Bone

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kabupaten Bone
Lambang Kabupaten Bone.jpeg
Lambang Kabupaten Bone



Peta lokasi Kabupaten Bone
Koordinat:
Provinsi Sulawesi Selatan
Ibu kota Kota Watampone
Pemerintahan
 - Bupati Idris
Luas 4,559 km²
Populasi
 - Total 700,000 (2000)
 - Kepadatan 153.5
Demografi
 - Kode area telepon 0481
Pembagian administratif
 - Kecamatan 27
Simbol khas daerah
 - Situs web http://www.bonekab.go.id/

Bone ialah sebuah daerah autonomi yang terletak di Sulawesi Selatan, Indonesia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kesultanan Bone

Bone merupakan salah sebuah kerajaan utama Bugis dari abad ke-14 hinggalah ke abad ke-19. Pada abad ke-14, di bawah pemerintahan Raja Kerrampelua, sempadan Bone diperluas dan ketika itu, Bone menguasai tanah-tanah yang subur. Perluasan ini menyumbang kepada kemakmuran Bone. Pada tahun 1509, Bone diserang Luwu' tetapi berjaya mengalahkan Luwu' dan berjaya memperoleh alat kebesaran Luwu' iaitu Payung Merah. Sekitar 1535, Bone bersama dengan Goa dan Soppeng menguasai Luwu'. Pada abad ke-16 pula, kerajaan ini jatuh ke tangan Makassar dan kejatuhan ini menyebabkan rakyat Bone berasa tidak berpuas hati dan ingin membalas dendam. Pada tahun 1667, seorang putera Bone bernama Arung Palakka mengetuai suatu serangan menyerang Makassar.

Masyarakat Bone di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Ramai bangsa Bugis Bone ini telah berhijrah ke Malaysia dan bekerja sebagai tenaga buruh sama ada di ladang-ladang atau sebagai pekerja kontrak di sektor pembinaan. Mereka memilih untuk datang ke Malaysia khususnya di daerah terdekat seperti Tawau, Lahad Datu dan Sandakan kerana kehidupan di Malaysia lebih selesa dan terjamin berbanding di tanah air mereka yang penuh sesak dengan kepadatan manusia dan kurangnya peluang pekerjaan. Walaupun meninggalkan tanah air yang jauh di seberang lautan, mereka masih sayangkan tanah tumpah mereka dan sering balik kampung jika ada masa dan cukup dari segi kos kewangan.