Boneka (lagu Ernie Zakri)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Boneka"
Single oleh Ernie Zakri
Dikeluarkan pada24 Julai 2020
FormatMuat turun digital, media penstriman
GenrePop
Panjang3:50 minit
SyarikatRocketfuel Entertainment
PenulisOmar K, Firdaus Rahmat, Iqie Hugh
PenerbitOmar K
Kronologi single Ernie Zakri
"Gundah"
(2019)
"Boneka"
(2020)
Video muzik
"Boneka" di YouTube

"Boneka" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Ernie Zakri.[1] Lagu ini ialah hasil nukilan oleh Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh, berkisarkan tentang kekuatan seseorang individu selepas putus cinta dengan pasangannya.[2] Ia dikeluarkan pada 24 Julai 2020 oleh Rocketfuel Entertainment.

Latar belakang dan komposisi[sunting | sunting sumber]

"Boneka" ialah hasil ciptaan Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh dan berdurasi selama 3 minit dan 50 saat.[3] Lagu ini berkisarkan tentang seorang wanita yang ditinggalkan kekasih, namun dia kuat dan tabah mengharungi dugaan perpisahan itu kerana dia bukanlah 'boneka' yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh mana-mana lelaki.[3] Ernie Zakri berkata dalam satu temuramah bersama Sinar Harian:

"Sebenarnya melalui lagu ini, saya mewakili mana-mana pihak yang ditinggalkan oleh kekasih mereka, tidak kira untuk wanita mahupun lelaki,".[3]

Proses rakaman lagu ini dijalankan di Enormus Studio milik Omar K,[4] dan mengambil masa satu hingga dua jam untuk disiapkan.[5] Menurut Ernie, beliau tidak mempunyai masalah bekerja dengan Omar K kerana sudah beberapa kali beliau dan Omar bekerjasama, ia juga menjadi kerjasama sulung beliau bersama dua komposer baharu, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh.[5] Beliau turut mendedahkan rakaman "Boneka" sempat dijalankan sebelum penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia.[3]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video rasmi untuk "Boneka" telah dilancarkan di saluran YouTube Rocketfuel Network pada 24 Julai 2019.[6] Ia difilemkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan fasa pemulihan sekaligus menjadi muzik video Ernie pertama yang menampilkan beliau memakai tudung.[7][8] Menurut Ernie, idea untuk merakamkan muzik video itu datang daripada dirinya sendiri sambil menyatakan "saya nak sesuatu yang baharu".[9]

Menerusi satu ciapan di laman Twitter, Ernie mendedahkan beliau turut mengambil inspirasi fesyen yang digayakan oleh penyanyi Singapura, Rahimah Rahim untuk penataan fesyen bagi muzik video "Boneka".[10]

Biarpun mendapat ulasan positif daripada penonton dan warganet kerana mempamerkan gaya fesyen yang pelik dan unik,[11][12] ia turut mendapat kritikan kerana ia menggunakan terlalu banyak kain seolah-olah seperti di kedai tekstil.[6][13] Ernie kemudian meluahkan rasa gembira kerana konsep yang dibawa dalam muzik video "Boneka" mendapat perhatian di media sosial sambil berkata "kalau itu membuatkan mereka mengingati lagu Boneka, mengapa tidak?".[6] Muzik video "Boneka" telah meraih jumlah tontonan sebanyak 750,000 tontonan sejak pelancarannya, ia turut menduduki carta sohor kini YouTube.[9][14] Ia juga turut mendapat perhatian daripada sensasi YouTube luar negara.[9]

Di belakang tabir penggambaran muzik video "Boneka" dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Ernie Zakri pada 25 Ogos 2020.[15]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Dalam ulasan retrospektif mengenai lagu ini, Nur Emira Saizali dari Kosmo! menyifatkan "Boneka" membeli jiwa pendengar sambil berkata: "...Malaysia memerlukan karya-karya hebat seperti "Boneka". Mungkin Ernie (Zakri) menjadi penanda aras untuk lahirnya naskhah hebat yang mampu mencabar penggiat seni lain demi melahirkan sesuatu yang epik...,".[16]

Persembahan secara langsung[sunting | sunting sumber]

Bagi mempromosikan "Boneka", Ernie Zakri mempersembahkan lagu ini secara langsung dalam rancangan meleTOP pada 8 September 2020.[17]

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Kredit diperoleh daripada muzik video.[18]

Lagu
  • Ernie Zakri - vokal
  • Omar K, Firdaus Rahmat, Iqie Hugh - komposer/penulis lirik
Muzik video
  • Kel Wen - pengarah/penerbit
  • Praveen Kumar - pengarah fotografi
  • Abdol Monir - pembantu kamera I
  • Faisal Rahman - Gaffer
  • Rusman Bahari - Grip
  • Kelson - penyunting/pewarna
  • Behati - busana
  • Abu Shaef Hamza - penggaya
  • Amir Salleh - pembantu penggaya
  • Farhanah Fauzy - pembantu penggaya
  • Nurhidayah Idris - pembantu penggaya
  • Sahir Sabri - jurusolek
  • Boojae Fadzil - koreografi
  • Ayana Mansor - pembantu koreografi/penari
  • Shadida Madina - penari
  • Raja Aizureen - penari
  • Emma Tosh - penari
  • Meyra Sam - penari
  • Nadhirah Rahmat - penari
  • Min Mohamed - pengarah seni
  • Jan Chan - Propmaster
  • Ravi - pembantu pengarah seni
  • Feros Sayna - pasukan penerbitan Rocketfuel
  • Aqilah Maria - pasukan penerbitan Rocketfuel
  • Shaikh Affiz - pasukan penerbitan Rocketfuel
  • Fahmi Mahamuddin - pasukan penerbitan Rocketfuel
  • Alif Shah Jamil - pasukan penerbitan Rocketfuel
  • Amir Yasin - pasukan penerbitan Rocketfuel
  • Amin Aizuddin - pasukan penerbitan Rocketfuel
  • Faqar Azmi - pasukan penerbitan Rocketfuel
  • Shaakendraa - pasukan penerbitan Rocketfuel
  • Carlos Khu - terima kasih

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

Muat turun digital[19]
  1. "Boneka" – 3:50

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 24 Julai 2020 Muat turun digital[19]
Media penstriman[20]
Rocketfuel Entertainment

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (27 Julai 2020). "Ernie Zakri lantang bersuara dalam Boneka". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 September 2020.
  2. ^ "Ernie Zakri tampil bertenaga dengan imej berbeza menerusi Boneka". Kopiplanet. 28 Julai 2020. Dicapai pada 16 September 2020.
  3. ^ a b c d Aqmar Mustaza (29 Julai 2020). "Boneka: Ernie wakili wanita ditinggalkan kekasih". Sinar Harian. Dicapai pada 16 September 2020.
  4. ^ "Ernie Zakri bukan boneka! Nak bantu mereka yang dalam gundah". Kita Reporters. 27 Julai 2020. Dicapai pada 16 September 2020.
  5. ^ a b Fiza Kamarudin (27 Julai 2020). "Ernie rakam single Boneka dalam masa satu hinhga dua jam sahaja, Wow!". Astro Gempak. Dicapai pada 16 September 2020.
  6. ^ a b c Norfaezah Sakri (26 Julai 2020). "Tampilkan babak kedai kain dalam MV Boneka, Ernie Zakri gembira dapat curi perhatian netizen - "Seni itu subjektif dan besar maksudnya". mStar Online. Dicapai pada 16 September 2020.
  7. ^ Zaidi Mohamad (26 Julai 2020). "Gaya pelik Ernie curi tumpuan". Berita Harian. Dicapai pada 16 September 2020.
  8. ^ Sudirman Mohd Tahir (27 Julai 2020). "Ernie Zakri jaga aurat dalam muzik video". Harian Metro. Dicapai pada 16 September 2020.
  9. ^ a b c Sudirman Mohd Tahir (4 Ogos 2020). "Berkarya tanpa batasan". Harian Metro. Dicapai pada 16 September 2020.
  10. ^ Khai Azfar (27 Julai 2020). "Peminat anggap 'Boneka' Ernie Zakri berhantu". Murai.my. Dicapai pada 16 September 2020.
  11. ^ Budiey (26 Julai 2020). "Fesyen unik Ernie Zakri dalam video muzik Boneka curi tumpuan". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 September 2020.
  12. ^ Qistina (28 Julai 2020). "'Bakal juara AJL ni' - Penampilan pelik Ernie Zakri dalam Boneka buat peminatnya teruja". Hijabista. Dicapai pada 16 September 2020.
  13. ^ "Tampilkan babak kedai kain dalam MV Boneka, Ernie Zakri gembira dapat curi perhatian netizen". Suria. 27 Julai 2020. Dicapai pada 16 September 2020.
  14. ^ "Teruja Boneka trending di YouTube". Harian Metro. 28 Julai 2019. Dicapai pada 16 September 2019.
  15. ^ "Boneka: Behind The Scenes". Ernie Zakri Official. 25 Ogos 2020. Dicapai pada 16 September 2020.
  16. ^ Nur Emira Saizali (22 Ogos 2020). "Boneka beli jiwa pendengar". Kosmo!. Dicapai pada 16 September 2020.
  17. ^ "Ernie Zakri - Boneka: Persembahan Live MeleTOP". meleTOP. 9 September 2020. Dicapai pada 16 September 2020.
  18. ^ "Boneka" (catatan media). Ernie Zakri. Rocketfuel Entertainment. 24 Julai 2020.Selenggaraan CS1: lain-lain (link)
  19. ^ a b "Boneka - Single by Ernie Zakri". iTunes (MY). 24 Julai 2020. Dicapai pada 16 September 2020.
  20. ^ "Boneka - Single by Ernie Zakri". Spotify. 24 Julai 2020. Dicapai pada 16 September 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]