Boneka pakaian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gambar Manekin di tingkap kedai
Manekin di Jakarta, Indonesia

Manekin adalah anak patung berbentuk manusia dengan seluruh badan atau separuh badan yang dijadikan model untuk memperagakan busana di kedai.

Anak patung ini sering dipamerkan di tingkap kedai atau butik sehingga disebut juga anak patung tingkap kedai. Pakaian yang dipakai manekin merupakan fesyen terkini. Keberadaannya bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai untuk melihat-lihat dan kemudian membeli.

Istilah ini juga digunakan untuk anak patung seukuran manusia dengan simulasi saluran pernafasan yang digunakan dalam pengajaran pertolongan cemas dan CPR. Selama tahun 1950-an, manekin digunakan dalam ujian senata nuklear untuk membantu menunjukkan kesan senjata nuklear pada manusia.[1][2]

Asal kata manekin ialah mannekijn dari Bahasa Belanda Pertengahan yang bermaksud orang kecil atau anak patung kecil.[3]Makna manekin yang lain ialah peragawati atau model.

Manekin diperbuat daripada plastik, kayu, atau gentian kaca. Bahagian manekin seperti kepala, tangan dan kaki boleh dipasang. Kepala manekin juga sering dipakaikan rambut palsu.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Nuclear Test Mannequins". Seattle Times Trinity Web. Seattle Times Company. 1995. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2012.
  2. ^ Trivedi, Bijal P. (15 July 2002). "Archaeologists Explore Cold War Nuclear Test Site". National Geographic News. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 August 2017.
  3. ^ Hobson, Archie (2004). The Oxford Dictionary of Difficult Words. Oxford University Press. ISBN 0-1951-7328-7. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)