Bong Joon-ho

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Bong Joon-ho
Bong Joon-ho FilmFest Muenchen 04Jul2019.jpg
Joon-ho pada 2019
Kelahiran (1969-09-14) 14 September 1969 (umur 52)
Daegu, Korea Selatan
Pekerjaan
  • Pengarah
  • Penulis skrip
Parti politikParti Progresif Baru
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanBong Jun-ho
McCune–ReischauerPong Chunho

Bong Joon-ho (Hangul봉준호, Sebutan bahasa Korea: [poːŋ tɕuːnho → poːŋdʑunho]; lahir 14 September 1969) ialah seorang pengarah dan penulis skrip Korea Selatan. Filem-filemnya termasuk hit Korea Selatan Memories of Murder (2003), berdasarkan daripada kisah benar kes pembunuhan bersiri, filem raksasa The Host (2006), dan filem berbahasa Inggeris pertamanya, filem pengembaraan cereka sains Snowpiercer (2013).

Para pemerhati industri filem Korea menggelarnya "Bong Tae-il", yang dibaca dalam bahasa Korea, kedengaran mirip dengan perkataan "detail". Meskipun beliau menyimpan faksinasi untuk bahan subjek yang kuat, filem-filemnya diisi dengan humor (kadangkala gelap) dan perubahan suasana hati yang drastik.[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Bong Joon-ho dilahirkan di Daegu pada tahun 1969 dan memutuskan untuk menjadi pembuat filem di sekolah menengah. Bapanya ialah seorang pereka dan datuknya ialah seorang pengarang terkenal. Beliau belajar sosiologi di Universiti Yonsei pada akhir 1980-an dan menjadi ahli kelab filem di sana. Beliau kemudian menjadi peminat Edward Yang, Hou Hsiao-hsien dan Shohei Imamura. Pada awal tahun 1990-an, beliau menamatkan program dua tahun di Akademi Seni Filem Korea. Semasa di sana, beliau menghasilkan beberapa filem pendek 16mm. Filem Memory Within the Frame and Incoherence diundang untuk ditayangkan di Vancouver International Film Festival dan Hong Kong International Film Festival. Beliau juga telah berkolaborasi dalam beberapa karya dengan rakan sekelasnya - terutama menjadi sinematografer pada filem pendek 2001 Imagine'$ yang sangat terkenal, yang diarahkan oleh rakannya Jang Joon-hwan. Selain sinematografi untuk filem pendek Hur Jae-young, A Hat, Bong juga berperanan sebagai pengarah pencahayaan pada filem pendek awal Choi Equan, Sounds From Heaven and Earth, dan The Love of a Grape Seed.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Paquet, Darcy (28 February 2008). "The Bong Joon-ho Page". Koreanfilm.org. Dicapai pada 2012-11-18.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]