BookWalker

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Book☆Walker
Maklumat umum
URLbookwalker.jp
Jenis perniagaanAnak syarikat
JenisE-dagang
Ditubuhkan1 Disember 2005; 18 tahun yang lalu (2005-12-01)
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikBOOK WALKER Co.,Ltd. (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
PenciptaKadokawa Corporation
Orang pentingIchiro Hashiba (Pengarah dan CEO)
Anak syarikatGeeXPlus
Trista
Kandungan dan sokongan
IndustriPenerbitan, E-buku
KeluaranManga, Novel ringan, Majalah
KomersialYes
PendaftaranRequired
Dilancarkan pada3 Disember 2010; 13 tahun yang lalu (2010-12-03)
Status terkiniActive
Lokasi
Ibu pejabat,
Kawasan diberi khidmatSeluruh dunia
Pautan luar berkaitan
Pautan lainFacebook: BOOKWALKER.jp Twitter: BOOK_WALKER Sunting ini di Wikidata
Catatan
[1]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

BookWalker (Jepun: ブックウォーカー), sering ditulis di media massa sebagai Book☆Walker, adalah sebuah syarikat Jepun yang menjual E-buku untuk manga, novel ringan dan majalah daripada pelbagai syarikat penerbitan dan beberapa penerbitan sendiri. Syarikat ini terletak di Chiyoda, Tokyo dan diasaskan oleh Kadokawa Corporation. Syarikat ini diasaskan pada tahun 2005 dan melancarkan kedai pertama mereka di Jepun pada tahun 2010 dan pasaran antarabangsa pada tahun 2014.

Syarikat ini mempunyai dua anak syarikat, dan kedua-duanya mempunyai fokus yang berbeza. Sebuah syarikat berfokus pada mempromosikan hubungan syarikat dengan pempengaruh dan satu lagi melakukan perisian berkaitan buku digital.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

BookWalker telah diasaskan sebagai Kadokawa Mobile Co., Ltd. pada 3 Disember tahun 2005 oleh Kadokawa Corporation.[1] Pada 1 Disember tahun 2009, Kadokawa Mobile telah dinamakan semula kepada Kadokawa Content Gate Co., Ltd.[1] Pada Disember tahun 2010, perkhidmatan ini telah dilancarkan pada iOS di Jepun dengan nama Book☆Walker. [2] Aplikasi Android dan tapak laman web untuk PC juga dilancarkan pada April dan Disember tahun 2011. [3] [4] Pada 1 Julai tahun 2010, syarikat itu dijenamakan semula kepada BookWalker Co., Ltd. [1] Pada September tahun 2013, produk syarikat telah diperluaskan dengan menampilkan manga serta novel ringan . [5]

BookWalker Global telah dilancarkan dalam bahasa Inggeris pada November tahun 2014, menampilkan produk manga daripada penerbitan Viz Media dan Dark Horse Comics. [6] Bagaimanapun, disebabkan kekurangan produk manga, ianya ditutup buat sementara waktu, sebelum dibuka semula pada Oktober tahun 2015. [7] Pada November tahun 2015, kedai untuk pasaran global tersebut menambah tiga puluh lima judul daripada penerbitan Shōnen Gahōsha. [8] Pada Julai tahun 2015, kedai tersebut mula menawarkan tajuk daripada Yen Press. [9] Pada Disember tahun 2016, kedai Jepun melancarkan perkhidmatan langganan majalah, dipanggil Magazine☆Walker. [10] Pada Mac tahun 2019, kedai global itu mula menawarkan tajuk daripada Kodansha USA . [11] Pada April tahun 2019, kedai global tersebut mula menawarkan penerbitan daripada Tokyopop . [12] Pada Mei tahun 2019, kedai global itu mula menawarkan tajuk daripada Sol Press . [13]

Pada Disember tahun 2019, kedai BookWalker di Jepun melancarkan perkhidmatan langganan yang menawarkan beberapa buku yang diterbitkan sendiri oleh syarikat tersebut itu dengan sedikit bayaran. [14] Pada 2 April tahun 2020, Magazine☆Walker telah menamatkan perkhidmatan dan digantikan dengan perkhidmatan baharu yang dipanggil Book☆Walker Manga/Magazine Unlimited Reading. [15]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

BookWalker telah menerbitkan beberapa judul buku manga dan novel ringan terbitan syarikat sendiri di peringkat antarabangsa untuk dijual di kedai mereka, yang termasuk yang berikut:

  • The Combat Baker and His Automaton Waitress (novel ringan) [16]
  • Ga-Rei (manga) [6]
  • Magical Warfare (manga) [6]
  • Kisah Teka-teki Iblis (manga) [6]
  • Kerja Ryuo Tidak Pernah Selesai! (novel ringan) [17]
  • Tokyo Ravens (manga) [6]

Anak syarikat[sunting | sunting sumber]

GeeXPlus

Ditubuhkan pada 1 Julai tahun 2019, GeeXPlus merupakan anak syarikat yang berfungsi sebagai agensi bakat bertujuan "menghubungkan jenama Jepun kepada pengaruh global dengan menyediakan perancangan promosi, pengeluaran dan pengedaran." [1] [18] Mulai 1 Jun tahun 2022, beberapa bakat berikut telah bergabung dengan GeeXPlus: The Anime Man, CDawgVA, Daidus, Emirichu, Foxen Anime, Gigguk, Ohara, Sydsnap dan TheGamingBeaver. [19]

Trista

Ditubuhkan pada September tahun 2014, Trista merupakan anak syarikat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan, seperti manga Niconico dan aplikasi untuk membantu memantau masa tempoh yang digunakan untuk membaca. [20] Syarikat ini menjadi anak syarikat BookWalker pada 1 April tahun 2018. [1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "About Us" (dalam bahasa Jepun). BookWalker. Dicapai pada February 28, 2021.
  2. ^ "角川グループが電子書籍を中心としたコンテンツ配信プラットフォーム事業に本格参入!「Book☆Walker」をサービス名称に、オンリーワンの次世代型電子書籍プラットフォームを目指します。". PR Times (dalam bahasa Jepun). October 26, 2010. Dicapai pada February 28, 2021.
  3. ^ "角川グループの電子書籍配信プラットフォーム 「BOOK☆WALKER」がAndroid端末にもサービス提供開始". PR Times (dalam bahasa Jepun). April 21, 2011. Dicapai pada February 28, 2021.
  4. ^ "人気作を次々と感謝プライスで販売! 書店で『未来日記』を購入すると新作の電子書籍をプレゼント「BOOK☆WALKER ナンバーワン!キャンペーン」 開催中!". PR Times (dalam bahasa Jepun). December 15, 2011. Dicapai pada February 28, 2021.
  5. ^ "ラノベだけじゃない! BOOK☆WALKERが"フロア増床"リニューアル". IT Media (dalam bahasa Jepun). September 11, 2013. Dicapai pada February 28, 2021.
  6. ^ a b c d e "Kadokawa's English BookWalker Manga App Launches With Ga-Rei, Magical Warfare, Riddle Story of Devil, Tokyo Ravens". Anime News Network. November 5, 2014. Dicapai pada February 28, 2021.
  7. ^ "Kadokawa's English BookWalker App to Relaunch With Light Novels". Anime News Network. September 24, 2015. Dicapai pada February 28, 2021.
  8. ^ "Kadokawa's English BookWalker App Adds 35 Manga Volumes from Shonengahosha". Anime News Network. November 19, 2015. Dicapai pada February 28, 2021.
  9. ^ "Yen Press Licenses ERASED, Bungo Stray Dogs Manga (Update)". Anime News Network. July 4, 2016. Dicapai pada February 28, 2021.
  10. ^ "マンガ誌含む電子雑誌が月額500円(税抜)で読み放題! 「マガジン☆WALKER」サービス開始". PR Times (dalam bahasa Jepun). December 5, 2016. Dicapai pada February 28, 2021.
  11. ^ "BookWalker Now Offers Simulpubs From Kodansha Comics". Anime News Network. March 4, 2019. Dicapai pada February 28, 2021.
  12. ^ "Tokyopop Manga Now Available on Book☆Walker Global". Anime News Network. April 25, 2019. Dicapai pada February 28, 2021.
  13. ^ "Sol Press Titles Now Available on Book☆Walker Global". Anime News Network. May 24, 2019. Dicapai pada February 28, 2021.
  14. ^ "小説・ライトノベル10,000点以上が読み放題! 「角川文庫・ラノベ読み放題」スタート!". PR Times (dalam bahasa Jepun). December 3, 2019. Dicapai pada February 28, 2021.
  15. ^ "BOOK☆WALKER、「少年エース」などマンガ定額読み放題開始". Impress Watch (dalam bahasa Jepun). April 2, 2020. Dicapai pada February 28, 2021.
  16. ^ "Bookwalker Global to Release The Combat Baker and His Automaton Waitress Light Novel". Anime News Network. April 21, 2017. Dicapai pada February 28, 2021.
  17. ^ "Book☆Walker Picks Up "The Ryuo's Work is never Done!" (Working Title) Light Novel Series for Translation". Anime News Network. July 13, 2017. Dicapai pada February 28, 2021.
  18. ^ "GeeXPlus brings anime YouTubers to Japan". The Japan Times. February 3, 2020. Dicapai pada February 28, 2021.
  19. ^ "GeeXPlus - 英語圏インフルエンサーによるプロモーション事業". GeeXPlus, Inc. Dicapai pada June 2, 2022.
  20. ^ "Company Profile" (dalam bahasa Jepun). Trista. Dicapai pada February 28, 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:E-book digital distribution platformsTemplat:Ebooks