Boon Siew Honda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai syarikat motosikal Malayaia. Untuk pengasasnya, sila lihat Loh Boon Siew.

Boon Siew Honda merupakan sebuah syarikat Malaysia yang dilesenkan untuk memasang, mengedar dan menjual model-model motosikal Honda di Malaysia. Ia diasaskan oleh Tan Sri Dato' Loh Boon Siew pada tahun 1958 setelah berjumpa dengan Soichiro Honda setelah menyedari potensi besar pasaran model Honda Cub di Malaysia.[1] Pada tahun 2008, Boon Siew Sdn. Bhd. ditubuhkan semula dengan nama Boon Siew Honda Sdn. Bhd. sebagai sebuah syarikat usaha sama dengan 50% saham dimiliki Oriental Holdings Berhad (pemilik asal Boon Siew Sdn. Bhd.) dan baki 50% saham lagi dimiliki Honda sendiri.[2]

Program pemasangan tempatan dimulakan pada tahun 1969 di kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Mak Mandin, Pulau Pinang. Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, kilang kedua bakal dibina di Batu Kawan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ When two men’s dreams, turning into a reality… - Sejarah Boon Siew Honda dari laman web rasmi Boon Siew Honda. Dicapai pada 16 Februari 2012.
  2. ^ Corporate Background - dari laman web rasmi Boon Siew Honda. Dicapai pada 16 Februari 2012.
  3. ^ "BOON SIEW HONDA TO OPEN NEW PLANT IN BATU KAWAN". Dicapai 2012-02-15. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]