Borneo Utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Borneo Utara
بورنيو اوتارا
Koloni Britania Raya
(Protektorat sampai tahun 1946)

 

1882–1963
 

Bendera Lencana
Moto
Pergo et Perago
Ibu negara Jesselton
Bahasa Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
Kerajaan Monarki
Ratu Inggris
 - 1882 - 1901 Victoria
 - 1952 - 1963 Elizabeth II
Gabenor
 - 1896 - 1901 Robert Scott
Zaman bersejarah Imperialisme Baru
 - Syarikat Berpiagam Borneo Utara British Mei 1882
 - Protektorat Inggeris 1888
 - Penjajahan Jepun 1 Januari 1942
 - Pembebasan oleh Australia Jun, 1946
 - Kembali menjadi koloni 15 Julai 1946
 - Kemerdekaan 31 Ogos 1963
 - Pembentukan persekutuan Malaysia 16 September 1963
Keluasan
 - 1936 76,115 km2 (29,388 bt persegi)
Kependudukan
 - 1936 est. 285,000 
     Kepadatan 3.7 /km2  (9.7 /bt persegi)
Mata wang Dolar Borneo Utara sampai 1953
Dollar Malaya dan Borneo setelah 1953
Sejarah Malaysia
Kemerdekaan Malaya dan proklamasi penggabungan Borneo Utara dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
Rencana ini adalah sebahagian dari Sejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia
Kerajaan awal
Gangga Negara (Kurun-2 hingga kurun-11)
Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)
Pan Pan (Kurun-3 hingga kurun-5)
Srivijaya (Kurun-7 hingga kurun-14)
Kedah Tua
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Brunei (Kurun-15–sekarang)
Kesultanan Kedah (1136–sekarang)
Kesultanan Melaka (1402–1511)
Kesultanan Sulu (1450–1899)
Kesultanan Johor (1528–sekarang)
Era Penjajahan Barat
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)
Perang Kelang (1867-1874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946)
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Pertempuran Pulau Pinang (1914)
Perang Dunia Kedua
Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942)
Perang Singapura (1942)
Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu
Peralihan Malaysia
Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Rundingan Baling (1955)
Malaysia selepas Merdeka
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Pemisahan Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Serangan hendap Lahad Datu 1985 (1985)
Peristiwa Memali 1985 (1985)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
Perhimpunan Bersih (2007)
Perhimpunan Bersih (2011)
Perhimpunan Bersih (2012)
Pencerobohan Lahad Datu (2013)
Perhimpunan Bersih (2015)

Flag of Malaysia.svg Portal Malaysia

Borneo Utara (North Borneo) merupakan satu negeri naungan British di bawah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada 1882-1946, dan kemudian menjadi tanah jajahan mahkota British 1946-1963. Ia terletak di bahagian timur laut pulau Borneo dan kini dikenali sebagai Sabah setelah terbentuknya persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Templat:Sejarah Brunei Sebelum wilayah timur Borneo utara diserahkan oleh Sultan Brunei kepada Sultan Sulu sebagai tanda penghargaan kerana membantu Brunei dalam perang saudara yang berlaku di Brunei, khususnya dalam semua wilayah yang ditakluki oleh Empayar Brunei.[1][2]

Pulau Balambangan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1761, pegawai di Syarikat Hindia Timur Inggeris, Alexander Dalrymple berjaya memeteraikan perjanjian dengan Sultan Sulu bagi membolehkan penguasaan syarikat di Pulau Balambangan, terletak kira-kira 51 km diluar pesisir pantai Kudat yang dikenali sebagai Felicia oleh British. Sebuah pelabuhan bebas telah ditubuhkan disitu sebagai entreport terpenting di wilayah Asia timur, lebih-lebih lagi bagi perdagangan Inggeris-China.

Walaubagaimananpun, pelabuhan tersebut telah gagal menempakan kejayaan jangka panjang, berikutan serangan berterusan pihak lanun dan British telah meninggalkan pulau tersebut pada 1805.

Labuan[sunting | sunting sumber]

Minat British terhadap Borneo Utara dihidupkan semula selepas tempoh 40 tahun khususnya Labuan, sebuah pulau yang terletak di sebelah barat laut Borneo. Pada 1844, James Brooke berunding dengan Sultan Brunei tentang penyerahan pulau Labuan untuk digunakan oleh British sebagai tempat melombong batu arang di samping menjadikan satu pangkalan untuk membenteras kegiatan lanun serta meningkatkan perdagangan.

Pada 18 Disember 1846, satu perjanjian telah ditandatangani yang menyebabkan Pulau Labuan dan pulau-pulau kecil yang berhampiran diserahkan buat selamanya oleh Sultan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddin II kepada pihak British.[3] Brooke telah menjadi Gabenor Labuan yang pertama dan Konsul Besar di Borneo. William Napier dilantik menjadi Timbalan Gabenor, Sir Hugh Low sebagai Setiausaha Kolonial dan Spencer St. John sebagai setiausaha sulit kepada Brooke. Labuan tidak mampu berkembang seperti mini Singapura atau Pulau Pinang, seperti yang diharapkan oleh pengasasnya.

Iklim yang tidak memuaskan, serangan malaria dan kekurangan kemudahan asas telah menjadi faktor penghalang kepada pembangunan pulau tersebut. Rentetan sejarah Labuan boleh dilihat daripada pelbagai perubahan pentadbirannya. Pada tahun 1890, Labuan telah diletakkan di bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Pada 1907, ia diletakkan di bawah kerajaan Negeri-negeri Selat. Selepas Perang Dunia Kedua, Labuan menjadi sebahagian daripada jajahan Borneo Utara. Kemudian pada 16 April 1984, Labuan telah menjadi sebahagian daripada Wilayah Persekutuan Malaysia.

1881-1963[sunting | sunting sumber]

Syarikat Perdagangan Amerika[sunting | sunting sumber]

Pada 1865, seorang konsul Amerika di Brunei, Claude Lee Moses telah berjaya menyewa Borneo Utara dari Sultan Brunei untuk tempoh 10 tahun. Kemudian beliau menjualnya kepada Syarikat Perdagangan Amerika (American Trading Company) yang dimiliki oleh J.W.Torrey, T.B. Harris dan beberapa orang pedagang Cina. Torrey memilih Kimanis, satu kawasan di barat daya Borneo Utara sebagai pangkalannya dan memulakan pembinaan penempatan lalu dinamakan 'Ellena'. Usaha mencari bantuan kewangan bagi membiayai pembangunan penempatan tersebut gagal lalu ditinggalkan. Dengan hampir menjelangnya tamat tempoh sewaan wilayah tersebut, Torrey berhasil menjual haknya kepada konsul Austria-Hungary di Hong Kong iaitu Baron Gustavus von Overbeck. Overbeck berjaya memperbaharui tempoh sewaan tersebut untuk 10 tahun dari Temenggong Brunei. Selain itu, Overbeck berhasil mendapatkan bantuan kewangan dari Dent bersaudara (Dent brothers - Alfred and Edward) bagi menampung perbelanjaan rancangan yang dirancang untuk Borneo Utara. Harris meninggal dunia pada tahun 1866 dan Torrey pulang semula ke Amerika Syarikat pada tahun 1877. Beliau meninggal di Boston, Massachusetts pada Mac 1884.

Alfred Dent dan sewaan[sunting | sunting sumber]

Bendera Borneo Utara

Akhirnya, Overback bersama Count Montgelas, dari Kedutaan Austro-Hungarian di London dan A.B. Mitford, seorang ahli politik kemudiannya telah bersetuju memberi hak-hak mereka kepada Alfred Dent.

Sebelum itu, Overback juga berminat untuk menduduki bahagian timur laut Borneo Utara, yang mana ketika itu diperintah oleh Kesultanan Sulu. Oleh itu, suatu perjanjian bersama antara Overback dan Sultan Sulu telah diadakan bagi mengambil wilayah tersebut pada 22 Januari 1878. Sebagai balasan daripada Overback kepada Sultan Sulu, Overback dan Alfred Dent akan menyediakan bantuan pertahanan kepada Sultan bagi melawan golongan "spaniards" dan memberikan (RM 5,300 setahun, nilai dalam dollar Mexico yang mana pada ketika itu bersamaan dengan nilai emas). Pajakan ini berterusan sehinggalah Sabah mengecapi kemerdekaan bersama Malaysia pada tahun 1963, bersama-sama dengan Singapura, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Sehingga kini, dikatakan kerajaan Malaysia masih membayar pajakan kepada Kesultanan Sulu.[4][5]


Selepas kekecewaan British terhadap Labuan, minat British terhadap Borneo Utara pudar sehinggalah pada bulan Julai 1881, apabila Alfred Dent dan adiknya menubuhkan British North Borneo Provisional Association Ltd dan mendapat status Charter pada 1 November 1881. Pada Mei 1882, sebuah syarikat perdagangan baharu pimpinan Alfred Dent, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British mula mentadbir Borneo Utara. SBUB menggelarkan Sabah sebagai "negeri di bawah bayu". Sir Rutherford Alcock dilantik sebagai Presiden pertama, dan Alfred Dent sebagai Pengarah urusan syarikat.

Protokol Madrid 1885[sunting | sunting sumber]

Pada 1885, perjanjian Protokol Madrid antara Britain, Jerman dan Sepanyol dimeterai untuk mengiktiraf kedaulatan Sepanyol ke atas Arkipelago Sulu dan pengaruh Sepanyol hanya terhad di bahagian itu. Artikel 3 khususnya mengesahkan Sepanyol melepaskan semua tuntutan ke atas Borneo; kepunyaan atau bekas kepunyaan Sultan Sulu (Jolo) juga dilepaskan termasuk semua kepulauan di bawah pentadbiran SBUB. Ketiga-tiga negara juga berjanji untuk berdagang sesama sendiri tanpa sekatan di Arkipelago dan Borneo Utara.[6]

Syarikat Berpiagam Borneo Utara British[sunting | sunting sumber]

Pada 1888, Borneo Utara telah menjadi negeri naungan British di mana kerajaan British akan melindungi Borneo Utara di bawah pengaruh British. Pemerintahan Syarikat ini terhadap Borneo Utara telah memberi banyak pembangunan di kawasan ini. Borneo Utara diperintah melalui satu sistem secara hairaki (tidak langsung). Pada amnya pentadbiran berjalan dengan aman, namun begitu terdapat juga beberapa penentangan kecil. Penentangan yang serius termasuklah Perang Mat Salleh dari tahun 1894-1900 diikuti oleh penentangan Rundum yang dilakukan oleh suku Murut dalam tahun 1915.

Pihak SBUB berupaya memerintah Borneo Utara sehingga 1942, selama 60 tahun apabila Perang Dunia Kedua tercetus. Tentera Jepun mendarat di Labuan pada 1 Januari dan menduduki Borneo Utara sehingga ia dibebaskan oleh askar dari ‘9th Division Australian Imperial Forces (A.I.F)’ pada tahun 1945. Selepas Perang Dunia Kedua, Borneo Utara telah ditadbir oleh Pentadbiran Ketenteraan British (British Military Administration) sehingga 15 Julai 1946 apabila kerajaan sivil disambung semula.

Tanah Jajahan Mahkota British[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut: Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara

Pada 15 Julai 1946, Borneo Utara diletakkan di bawah Tanah Jajahan Mahkota British kerana SBUB tidak mampu membina semula kemusnahan Borneo Utara selepas Perang Dunia Kedua. Kemusnahan teruk yang dialami oleh bandar Sandakan telah menyebabkan Jesselton dipilih sebagai ibu negeri selepas era Perang Dunia Kedua dan status ini kekal ke hari ini. Sistem pentadbiran penjajahan selepas perang adalah sama dengan sistem pentadbiran pada era SBUB. Pembinaan semula dan pembangunan negeri Borneo Utara menjadi fokus utama para pentadbir.

Gabungan bersama Persekutuan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Borneo Utara telah memperolehi hak pentadbiran sendiri pada 31 Ogos 1963 di Keningau, ia diikuti dengan transisi penggabungan dengan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. [7] Malaysia telah wujud dengan rasminya, tanpa Brunei, dua bulan kemudian yakni pada 16 September 1963 dan nama Borneo Utara telah ditukar kepada Sabah. Terlebih dahulu dari itu, Borneo Utara telah membentuk pentadbiran peralihan sementara bagi bergabung dengan Persekutuan Malaysia. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa Sabah telah menjadi sebuah negara mahupun merdeka secara hakiki, berikutan ketiadaan pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada tahun 1965, Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia.

Pemimpin adat temnpatan pertama ialah Pehin Orang Kaya-Kaya Koroh bin Santulan dari Keningau "Bapa kepada bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Stephen (Suffian) Koroh, dan Gabenor Negeri sabah ke-5 Tun Thomas (Ahmad) Koroh (abang sulung kepada Suffian)". Santulan juga dipanggil Pengeran, bapa kepada Pehin Orang Kaya-Kaya Koroh adalah berketurunan Murut dari susur galur Hashim Jalilul Alam Aqamaddin, Sultan Brunei ke-25.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Muzium Brunei (1969). Brunei Museum Journal. The area from Kimanis Bay to the Paitan River not from Sulu but from Brunei 
  2. Ben Cahoon. "Sabah". worldstatesmen.org. Diperoleh pada 10 October 2014. Sultan of Brunei cedes the lands east of Marudu Bay to the Sultanate of Sulu in 1704. 
  3. Rozan Yunos (7 September 2008). "Loss of Labuan, a former Brunei island". The Brunei Times. Diarkibkan daripada asal pada 29 April 2014. Diperoleh pada 29 April 2014. 
  4. (Inggeris) Malaysia soldiers attack armed Filipino clan in Borneo. BBC News Asia.
  5. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130309/re_03/Wajarkah-bayar-tuntutan-pengganas-Sulu
  6. http://www.lawnet.sabah.gov.my/Lawnet/SabahLaws/Treaties/Protocol%28Madrid%29.pdf
  7. Frans Welman. Borneo Trilogy Volume 1: Sabah. Booksmango. pp. 159–. ISBN 978-616-245-078-5. Diperoleh pada 28 May 2013.