Boro di London

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Boro London)
Boro London
بورو لندن
London Raya di England
32 boro London di England
KategoriDaerah pihak berkuasa tempatan
LokasiLondon Raya
Ditubuhkan olehAkta Kerajaan London 1963
Ditubuhkan pada
  • 1 April 1965
Bilangan32 (setakat 2013)
Jenis yang mungkin
Status yang mungkin
  • Bandaraya (1)
  • Boro diraja (3)
Jumlah penduduk150,000–300,000
Keluasan15–150 km2
Kerajaan/pemerintah
  • Majlis boro London

Boro London (Bahasa Inggeris: London borough) merupakan 32 daripada 33 daerah pihak berkuasa tempatan di kawasan pentadbiran London Raya (daerah ke-33 ialah Bandaraya London) dan setiap boro ditadbir oleh majlis boro London. Kesemua boro di London diwujudkan pada waktu yang sama seperti London Raya iaitu pada 1 April 1965 oleh Akta Kerajaan London 1963. 12 daripada boro tersebut merupakan boro London Dalam dan 20 lagi ialah boro London Luar.

Boro-boro London mempunyai jumlah penduduk sekitar 150,000 hingga 300,000 orang. Boro di London Dalam mempunyai bilangan populasi dan keluasan yang lebih kecil tetapi lebih padat berbanding di London Luar. Boro London diwujudkan dengan menggabungkan beberapa kelompok bekas unit kerajaan tempatan. Satu kajian dijalankan di antara 1987 hingga 1992 membawa kepada beberapa perubahan yang agak kecil di sempadan-sempadan boro.

Majlis-majlis boro London menyediakan kebanyakan perkhidmatan kerajaan tempatan, berbeza dengan Pihak Berkuasa London Raya (GLA) yang mempunyai bidang kewenangan yang terhad di seluruh London Raya. Majlis-majlis itu pertama kali dipilih pada 1964 dan bertindak sebagai pihak berkuasa bayangan sehingga 1 April 1965. Setiap boro dibahagikan kepada wad-wad pilihan raya, tertakluk kepada semakan berkala, untuk tujuan memilih canselor. Pilihan raya majlis diadakan setiap empat tahun sekali dengan pilihan raya seterusnya akan diadakan pada 2018.

Senarai boro[sunting | sunting sumber]

Terdapat empat boro yang tidak mempunyai perkataan "Boro London" di dalam nama mereka: Bandaraya Westminster dan boro diraja Kingston upon Thames, Kensington dan Chelsea, dan Greenwich.