Bouzouki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bouzouki
Bouzouki
Alat tali
PengelasanAlat bertali
Lingkungan dimain

C3 - E6 (tetrakordo), D3 - E6 (trikordo)

Bouzouki (AFA: /buːˈzuːki/) ialah suatu alat muzik bertali terkenal di Yunani yang dibawa ke sana pada tahun 1900-an oleh pendatang ke Yunani dari Turki, dan alat ini cepat menjadi alat muzik utama dalam genre rebetiko dan cabang-cabang muziknya.[1]

Nama bouzouki berasal daripada perkataan Turki bozuk yang bermakna "pecah" atau "ditukarkan", yang berasal daripada perkataan terbitan bozuk düzen yang biasanya digunakan untuk alat ini dari Turki, iaitu saz-bozuk. Dari segi pembinaan, bouzouki mempunyai perbezaan bukan sahaja dalam jumlah tali tetapi juga dalam ciri lain, seperti panjang leher, kelebaran, ketinggian, kedalaman badan utama, kelebaran lubang pada badan dan lain-lain. Bouzouki Yunani ialah suatu alat muzik bertali petik dalam kumpulan lute, yang dipanggil kumpulan thabouras atau tambouras. Bouzouki trikordo merupakan gaya binaan klasik bouzouki dan diperkenalkan sekitar tahun 1990, serta merupakan ciri utama kebanyakan muzik rebetiko. Bouzouki tetrakordo mempunyai 8 tali logam yang disusun secara 4 pasangan yang dikenali sebagai courses yang biasanya dilaras dengan pic C3C4–F3F4–A3A3–D4D4. Di samping membangunkan bouzouki tetrakordo moden, Manolis Hiotis juga merupakan perintis pengunaan pembesar suara untuk alat muzik ini, dan dia mungkin telah menggunakannya seawal tahun 1945. Antara alat muzik yang berkaitan ialah baglamas atau bagladamaki Yunani, yang sangat berbeza daripada baglama Turki.

Rujukan[sunting | sunting sumber]