Break The Silence

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kumpulan Break The Silence adalah sebuah kumpulan penyanyi rock thrash Malaysia yang mula dikenali ramai semenjak tahun 1991.[1]

"Kumpulan Break The Silence" pada asalnya adalah daripada Kumpulan Slap Death. Tidak lama selepas itu, ahli kumpulan itu berpecah kecuali Dol dan dianggotai anggota baru sebelum berpecah sekali lagi.

Ramai peminat muzik dalam genre ini mengenali Break The Silence menerusi laman web mereka di internet. Kumpulan ini dikenali terutamanya oleh para pelayar internet. Ini kerana kumpulan Break The Silence menerbitkan album sendiri berjudul Merciless Mercenary, menggunakan saluran internet untuk memasarkan album tersebut.

Album Merciless Mercenary diterbit serta diedarkan oleh Demonz End Records dan para pembeli juga boleh mendapatkan maklumat lanjut album terbabit dengan melayari laman web www.demonzend. com.

Selain Dol, Break The Silence turut dianggotai oleh A.P. (vokalis dan gitaris), Hezree (dram) dan Flix (gitaris undangan).

Alamat[sunting | sunting sumber]

Bagi para peminat yang ingin menjadi ahli kelab kumpulan ini bolehlah menulis surat menerusi alamat:

Abdullah Maarof,
No. 55, Jalan Damansara,
Kampung Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur.


Ahli[sunting | sunting sumber]

Ahli Terkini
  • A.P. Hellthroat - Vocals, Gitar
  • Ali - Gitar
  • Dol Deathgrezzor - Bass
  • Hezree Flix - Dram
Bekas Ahli
  • Andy - Vokal, Gitar
  • Wan - Gitar

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Break The Silence - Edar album menerusi internet". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-31. Dicapai pada 2018-08-31.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]