Breakdance

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Breakdance

Breakdance ialah suatu gaya tarian jalanan yang terkenal di Amerika Syarikat. Ia melibatkan kombinasi gerakan akrobatik pada kaki dan tangan tertentu yang mengikut rentak muzik hip-hop. Persembahan tarian ini adakala boleh diadakan secara perseorangan, berpasangan atau berpasukan baik untuk tujuan riadah mahupun secara bertarung dalam pertandingan menunjukkan bakat.

Tarian ini mula dikembangkan dalam kalangan belia masyarakat Amerika Afrika dan Puerto Rico yang menghuni kejiranan Bronx Selatan di Bandar Raya New York pada tahun 1970-an.[1][2]

-->

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ April, Matthew (2009). Foundation: B-boys, B-girls, And Hip-Hop Culture In New York. Oxford University Press. m/s. 125, 141, 153.
  2. ^ "Breakdancing, B-boying, Breaking". History of Hip Hop.