Breaking di Sukan Olimpik Musim Panas 2024

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Breaking
di Sukan Olimpik XXXIII
TempatPlace de la Concorde
Tarikh14—15 Ogos 2024
Bil. acara2
Pesaing32 (dijangka)
2028 →

Breaking di Sukan Olimpik Musim Panas 2024 akan berlangsung dari 14 hingga 15 Ogos 2024 di Place de la Concorde, Paris, Perancis.[1] Edisi ini merupakan kali pertama breaking dipertandingkan di Sukan Olimpik Musim Panas.[2] Presiden IOC Thomas Bach telah mengatakan bahawa mereka memasukkan breaking sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menarik minat anak muda terhadap Sukan Olimpik.[3]

Kelayakan[sunting | sunting sumber]

Terdapat 32 tempat yang diberikan dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2024, 16 untuk lelaki dan 16 untuk perempuan. Standard kelayakan telah dikeluarkan oleh Persekutuan Sukan Tarian Dunia pada 8 April 2022.[4]

Setiap Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (JOK) dibenarkan untuk menghantar maksimum empat peserta (dua bagi setiap jantina) ke Sukan Olimpik 2024. Slot ini adalah dianugerahkan kepada atlet tersebut dan bukannya kepada JOK. Hanya atlet yang berumur 14 tahun ke atas dibenarkan bertanding dalam Sukan Olimpik.[5]

Pasukan Perancis akan memperoleh dua slot (satu bagi setiap jantina) secara automatik, manakala empat slot yang lain (dua bagi setiap jantina) akan ditentukan oleh Suruhanjaya Tripartit. 26 slot yang lain pula diperuntukkan melalui proses kelayakan, di mana atlet-alet akan memperoleh slot kelayakan dengan memenangi pertandingan Siri Kelayakan Olimpik (14), Kejohanan Benua (10) serta Kejohanan Dunia (2).[5]

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Acara Tarikh Tempat
Kejohanan WDSF Dunia 2023 22 – 24 September 2023 Belgium Leuven
Kejohanan Benua Asia Akan ditentukan Akan ditentukan
Kejohanan Benua Eropah Akan ditentukan Akan ditentukan
Kejohanan Benua Afrika Akan ditentukan Akan ditentukan
Kejohanan Benua Amerika Akan ditentukan Akan ditentukan
Kejohanan Benua Oceania Akan ditentukan Akan ditentukan
Siri Kelayakan Olimpik Akan ditentukan Akan ditentukan

Pemenang[sunting | sunting sumber]

Event Emas Perak Gangsa
B-boys (Lelaki)
butiran
B-girls (Perempuan)
butiran

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Paris 2024 Olympic Competition Schedule by session" (dalam bahasa Inggeris). POCOG. 1 April 2022. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  2. ^ "Breakdancing to make its Olympic debut at Paris 2024". CNN. 7 Disember 2020. Dicapai pada 23 Januari 2021.
  3. ^ "'Breaking' news: Breakdancing added as an event for 2024 Paris Olympics". LA Times. 7 Disember 2020. Dicapai pada 23 Januari 2021.
  4. ^ "Breaking Qualification System unveiled for Olympic Games Paris 2024". Persekutuan Sukan Tarian Dunia (dalam bahasa Inggeris). 8 April 2022. Dicapai pada 23 Jun 2022.
  5. ^ a b "Qualification system - Games of the XXXIII Olympiad - Paris 2024" (PDF). IOC (dalam bahasa Inggeris). 1 April 2022. Dicapai pada 23 Jun 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]