Brigitte Macron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Brigitte Macron
Wanita Pertama Perancis
Memegang jawatan
14 Mei 2017
PresidenEmmanuel Macron
Didahului olehValérie Trierweiler
Butiran peribadi
LahirBrigitte Marie-Claude Trogneux
(1953-04-13) 13 April 1953 (umur 71)
Amiens, Somme, Perancis
PasanganAndré-Louis Auzière (k. 1974; c. 2006)
Emmanuel Macron (k. 2007)
Anak-anak3
HubunganJean-Michel Macron (bapa mertua)
KediamanIstana Élysée
PekerjaanGuru sekolah

Brigitte Marie-Claude Macron (Sebutan bahasa Perancis: [bri.ʒit ma.ʁi klod ma.kʁɔ᷉]; nama belakang yang diberi semasa lahir Trogneux, disebut: [tʁɔ.ɲø], sebelum ini memiliki nama belakang Auzière, Sebutan bahasa Perancis: [o.zjɛːʁ]; lahir 13 April 1953) ialah isteri Emmanuel Macron, Presiden Perancis yang berkhidmat sejak Mei 2017.[1] Pada 2015, bagi menyokong kerjaya politik suaminya, beliau berhenti dari pekerjaannya sebagai guru sastera di Lycée Saint-Louis de Gonzague di Paris.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Brigitte Macron dilahirkan sebagai Brigitte Marie-Claude Trogneux di Amiens, Perancis. Ibu bapanya ialah Simone (née Pujol; 1910–1998) dan Jean Trogneux (1909–1994), pemilik Chocolaterie Trogneux generasi kelima[3] yang sebelum ini ditubuhkan pada 1872 di Amiens.[4] Brigitte ialah anak bongsu dari enam bersaudara.[5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Brigitte Auzière pernah menjadi guru sastera di Collège Lucie-Berger di Strasbourg pada tahun 1980-an.[6] Pada tahun 1990-an, beliau mengajar bahasa Perancis dan Latin di Lycée la Providence yang merupakan sekolah Yesuit di Amiens. Di sekolah itulah beliau bertemu Macron untuk pertama kalinya.[7] Macron mengikuti pelajaran sastera yang disampaikan oleh Brigitte, dan Brigitte juga menjadi penanggungjawab kelas teater yang diikuti Macron.[8] Kisah cinta mereka tidak menjadi kebiasaan Brigitte 24 tahun dan 8 bulan lebih tua daripada Macron.[9]

Politik[sunting | sunting sumber]

Brigitte Auzière pernah mencuba nasib menjadi calon anggota dewan bandar Truchtersheim pada 1989, namun gagal.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Brigitte Trogneux – La biographie de Brigitte Trogneux avec Gala.fr". Gala.fr (dalam bahasa Perancis). Média Prisma. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-25. Dicapai pada 12 April 2017.
  2. ^ "Brigitte Macron, l'ex-prof de français qui pourrait entrer à l'Elysée". leparisien.fr (dalam bahasa Perancis). 5 Mei 2017. Dicapai pada 5 Mei 2017.
  3. ^ Lévy-Frébault, Tiphaine (25 Jun 2015). "Qui est Brigitte Trogneux, l'épouse d'Emmanuel Macron?". L'Express (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 3 Mei 2017.
  4. ^ "Arras : la chocolaterie Trogneux va déménager sur la place des Héros". La Voix du Nord (dalam bahasa Perancis). 30 Oktober 2015. Dicapai pada 7 Mei 2017.
  5. ^ "Brigitte TROGNEUX – Fraternelle : l'encyclopédie biographique de l'Homo erectus – Geneanet". gw.geneanet.org (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 15 April 2017.
  6. ^ a b Hartzer, Renaud (8 Mei 2017). "Brigitte Macron a fait ses premiers pas en politique... en Alsace". France 3 Grand Est (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 8 Mei 2017.
  7. ^ Druckerman, Pamela (2 Februari 2017). "Sex and the French Elections". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 12 April 2017.
  8. ^ "France's Macron defied parental veto on schoolboy love affair with teacher". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 12 April 2017. Dicapai pada 12 April 2017.
  9. ^ Persio, Sofia Lotto (6 Februari 2017). "Emmanuel Macron: From teacher's pet to teacher's husband to President of France?". International Business Times UK (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 April 2017.