British Aerospace Hawk 200

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hawk 200
Sebuah pesawat BAE Hawk 208 milik Tentera Udara Diraja Malaysia
Peranan Pesawat pejuang ringan pelbagai peranan
Pengeluar British Aerospace
Penerbangan sulung 19 Mei 1986
Pengenalan 1986
Status Dalam perkhidmatan
Pengguna utamas Tentera Udara Indonesia
Tentera Udara Diraja Malaysia
Tentera Udara Diraja Oman
Dikeluarkan 1990-2002[1]
Jumlah dibina 62
Dibangunkan daripada BAE Systems Hawk

British Aerospace Hawk 200 adalah sebuah pesawat pejuang ringan pelbagai peranan satu tempat duduk dan berenjin tunggal yang direka untuk pertahanan udara, larangan udara, anti-kapal, pemintasan, sokongan udara dekat, dan serangan darat.[2]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1984, British Aerospace (kini BAE Systems) telah memutuskan untuk meneruskan pembangunan bagi sebuah versi pesawat tempur berdasarkan pesawat Hawk, yang mana didesignasikan sebagai Hawk 200; pada masa ini keluarga pesawat Hawk biasanya digunakan sebagai sebuah pesawat latihan lanjut dengan keupayaan tempur. Sebuah pesawat demonstrasi telah dihasilkan untuk menyokong proses pembangunan, yang mana telah membuat penerbangan sulungnya pada 19 Mei 1986.[3]

Kurang daripada dua bulan selepas membuat penerbangan ini, pesawat demontrasi Hawk 200 telah terlibat dalam satu kemalangan maut, membunuh juruterbang ujian BAe, Jim Hawkins; Hawkins dituduh mengalami disoriented atau tidak sedarkan diri, disebabkan oleh daya g-LOC (g menyebabkan kehilangan daya kesedaran), semasa melakukan aksi manuver bagi mengkaji kelincahan pesawat.[perlu rujukan]

Meskipun kehilangan pesawat ini, BAe meneruskan program Hawk 200; menjelang tahun 1987, contoh pra-pengeluaran pertama telah dikeluarkan.[2] Pada tahun 1990, Hawk 200 berjaya menerima pesanan pertama apabila Oman memilih untuk membeli 12 buah pesawat Hawk 203, yang mana kesemuanya telah diserahkan menjelang tahun 1993.[1]

Versi[sunting | sunting sumber]

Hawk 203
Versi eksport untuk Tentera Udara Diraja Oman
Hawk 205
Cadangan versi eksport untuk Tentera Udara Diraja Arab Saudi
Hawk 208
Versi eksport untuk Tentera Udara Diraja Malaysia; hanya dilengkapi dengan sebuah prob pengisian minyak di udara.[1]
Hawk 209
Versi eksport untuk Tentera Udara Indonesia

Pengguna[sunting | sunting sumber]

  • Sebuah Hawk 109 dan tiga buah Hawk 209 daripada Skuadron Udara ke-12 Tentera Udara Indonesia
    Angka-angka pengguna berdasarkan data dari flightglobal and[1]
 Indonesia
 Malaysia
 Oman

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Data dari [4]

Ciri-ciri umum

  • Krew: 1
  • Panjang: 11.38 m (37 ka 4 in)
  • Rentang sayap: 9.39 m (30 ka 10 in)
  • Tinggi: 4.16 m (13 ka 8 in)
  • Luas sayap: 16.69 m2 (179.6 ka2)
  • Nisbah aspek: 5.3
  • Berat kosong: 4,128 kg (9,101 lb)
  • Berat berlepas maks: 9,101 kg (20,064 lb)
  • Kapasiti bahan api: 1,360 kg (3,000 lb) internal: 3,210 kg (7,080 lb) with 3 drop tanks
  • Janakuasa: 1 × Rolls-Royce Turbomeca Adour Mk 871 non-afterburning turbofan, 26 kN (5,800 lbf) tujahan

Prestasi

  • Halaju maksimum: 1,037 km/j (644 mph, 560 kn) at sea level
  • Kelajuan maksimum: Mach 1.2 (never exceed at altitude)
  • Halaju kruis: 796 km/j (495 mph, 430 kn) at 12,500 m (41,000 ka)
  • Stall speed: 197 km/j (122 mph, 106 kn) flaps down
  • Jarak: 892 km (554 bt, 482 nmi) internal fuel only
  • Jarak tempur: 617 km (383 bt, 333 nmi) with 3x Sea Eagle and 2x 592 l (156 US gal; 130 imp gal)
  • Julat feri: 1,950 km (1,210 bt, 1,050 nmi) with 3 drop tanks
  • Had khidmat: 15,250 m (50,030 ka)
  • Had-g: +8 -3
  • Kadar mendaki: 58.466 m/s (11,509.1 ft/min)
    • Takeoff distance with maximum weapon load: 2,134 m (7,001 ka)
    • Landing distance at maximum landing weight with brake chute: 854 m (2,802 ka)
    • Landing distance at maximum landing weight without brake chute: 1,250 m (4,100 ka)

Persenjataan

Avionik

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Fighter-planes". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2015. Dicapai pada 21 March 2015.[pengesahan diperlukan]
  2. ^ a b "BAe Hawk Advanced Trainer / Light Strike (1976)". MilitaryFactory.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2015. Dicapai pada 21 March 2015.
  3. ^ Jackson, Paul (2003). Jane's All The World's Aircraft 2003–2004. Coulsdon, UK: Jane's Information Group. m/s. 481. ISBN 0-7106-2537-5.
  4. ^ John W.R. Taylor, penyunting (1988). Jane's All the World's Aircraft 1988-89. London: Jane's Information Group. ISBN 0-7106-0867-5.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:BAE Systems Hawk related Templat:BAE aircraft