Pergi ke kandungan

British Airways

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
British Airways
British Airways Airbus A350-1000
IATA ICAO Pengenal
BA BAW; SHT SPEEDBIRD; SHUTTLE
Ditubuhkan
AOC #441
Hab
Program kesetiaanExecutive Club/Avios
PerikatanOneworld
Subsidiari
Pesawat254
Destinasi215[2]
Syarikat indukInternational Airlines Group
Ibu pejabatWaterside
London, England, UK
Orang penting
Pendapatan operasi▲ £2.0 billion (2024)[4]
Pendapatan bersih▲ £2.7 billion (2024)[4]
Pekerja▲ 40,521 (2024)[4]
Laman webbritishairways.com Sunting ini di Wikidata
Waterside

British Airways atau BA adalah syarikat penerbangan terbesar di United Kingdom dan antara yang terbesar di dunia. Kebanyakkan perkhidmatannya ditumpukan di Eropah dan Amerika Utara. Heathrow dan Gatwick yang terletak di London merupakan hab British Airways.

Permulaan BA adalah sinonim dengan permulaan aviasi komersial iaitu selepas Perang Dunia Pertama. Pada 25 Jun 1919, Aircraft Transport and Travel (AT&T) melancarkan penerbangan komersial pertama dunia dengan menghubungkan London dan Paris. Instone, Handley Page, Daimler Airways dan British Air Marine Navigation menubuhkan Imperial Airways pada 13 Mac 1954. Imperial Airways beroperasi ke Australia dan Afrika.

Pada masa yang sama, penerbangan-penerbangan kecil mula muncul di United Kingdom. Salah satunya ialah British Airways Ltd. Atas arahan kerajaan UK British Airways Ltd digabungkan dengan Imperial Airways untuk membentuk penerbangan kebangsaan UK iaitu British Overseas Airways Corporation (BOAC) pada tahun 1939.

Permulaan era jet pada tahun 1950 dipelopori oleh BOAC dengan penggunaan De Havilland Comet. Pada tahun 1974, BOAC ditukar menjadi British Airways dan serentak dengan Air France, memulakan pernerbangan supersonik selaras pelancaran Concorde pada tahun 1976

Lord King dilantik sebagai Pengerusi BA baru pada tahun 1981. Misi beliau ialah mengswastakan BA dan dengan itu Colin Marshall dilantik menjadi CEO. Semenjak itu, BA terus berkembang dan kini menjadi salah satu penerbangan utama dunia.

British Airways Boeing 767

Armada penumpang

[sunting | sunting sumber]

Setakat Oktober 2025, British Airways mengendalikan pesawat laluan utama berikut:[5]

Armada British Airways
Pesawat Dalam perkhidmatan Pesanan Penumpang[6] Nota
F J W Y Jumlah
Airbus A319-100 23 — — 40 — 83 123 Satu pesawat (G-EUPJ) dicat dengan reka bentuk BEA retro, sempena sambutan ulang tahun ke-100 British Airways dan kekal dicat sedemikian sehingga kini.[perlu rujukan]
Airbus A320-200 47 — — 48 — 108 156 Tiga pesawat (G-EUYP/R/S) dicat dengan reka bentuk Oneworld.[7]
Airbus A320neo 33 4 — 48 — 108 156 IAG memesan tambahan 26 A320neo yang belum diagihkan kepada syarikat penerbangan tertentu dalam kumpulan IAG.
Airbus A321neo 20 2 — 56 — 136 192 IAG memesan tambahan 23 A321neo yang belum diagihkan kepada syarikat penerbangan tertentu dalam kumpulan IAG.
Airbus A350-1000 18 6 — 56 56 219 331 Dihantar bersama Club Suites.[perlu rujukan]
Pesanan dengan 12 pilihan (options).[perlu rujukan]
Airbus A380-800 12 — 14 97 55 303 469 Kerusi Club World versi lama.
Bakal dinaik naik taraf dengan kelas tempat duduk baharu sepenuhnya menjelang akhir 2026.[8]
Boeing 777-200ER 43[9] — 8 49 40 138 235 Konfigurasi Heathrow dengan konfigurasi dalaman baharu yang dilengkapi Club Suites.[10]
— 48 184 272
32 48 252 332 Pelanggan pelancaran.[perlu rujukan]
Konfigurasi Gatwick dengan kerusi Club World versi lama.[perlu rujukan]
52 336
Boeing 777-300ER 16[11] — 8 76 40 132 256 Semua dilengkapi dengan Club Suites.[perlu rujukan]
Boeing 777-9 — 24[12] 8 65 46 206 325 Pesanan dengan 18 pilihan (options).
Boeing 787-8 12[13] — — 31 37 136 204 Dinaik naik taraf dengan Club Suites.[perlu rujukan]
Boeing 787-9 18[14] — 8 38 39 130 215
42 127 216 Kerusi Club World versi lama.[perlu rujukan]
Boeing 787-10 12[15] 38[16][17] 8 48 35 165 256 Dihantar bersama Club Suites.[perlu rujukan]
Pesanan dengan 16 pilihan (options).[perlu rujukan]
Jumlah 254 74

Armada kargo

[sunting | sunting sumber]

Bahagian kargo IAG, IAG Cargo, mengendalikan operasi kargo menggunakan kapasiti pada pesawat penumpang British Airways. IAG mencapai persetujuan dengan Qatar Airways pada tahun 2014 untuk mengendalikan penerbangan bagi IAG Cargo menggunakan pesawat Boeing 777F milik Qatar Airways Cargo.[18]Templat:Needs update

British Airways World Cargo merupakan bahagian kargo syarikat penerbangan tersebut sebelum penggabungannya dengan Iberia Cargo untuk membentuk IAG Cargo. Jenis pesawat yang digunakan oleh bahagian ini antara tahun 1974 dan 1983 ialah Vickers 953C, Boeing 707-300C dan Boeing 747-200F.[perlu rujukan] Boeing 747-400F telah dikendalikan dari dekad 1990-an hingga tahun 2001 melalui Atlas Air dan dari tahun 2002 hingga awal 2012 oleh Global Supply Systems; daripada pesawat ini, hanya satu pesawat Atlas Air yang menggunakan reka bentuk (livery) BA,[perlu rujukan] manakala yang lain terbang menggunakan warna Atlas dan Global Supply sendiri. Dari tahun 2012 sehingga kontrak Global Supply System ditamatkan pada tahun 2014, tiga pesawat Boeing 747-8F telah diterbangkan untuk British Airways World Cargo.[19]

Sejarah pesanan

[sunting | sunting sumber]

Kecuali varian Boeing 707 dan varian awal Boeing 747 daripada BOAC, British Airways mewarisi armada pesawat yang kebanyakannya dibina di UK apabila ia ditubuhkan pada tahun 1974. Syarikat penerbangan ini memperkenalkan Boeing 737 dan Boeing 757 ke dalam armadanya pada dekad 1980-an, diikuti oleh Boeing 747-400, Boeing 767 dan Boeing 777 pada dekad 1990-an. BA merupakan pengendali Boeing 747-400 terbesar, dengan 57 buah dalam armadanya.[20][21] Sebelum pengenalan 787, apabila Boeing membina pesawat untuk British Airways, ia diperuntukkan kod pelanggan 36, yang muncul dalam penandaan pesawat mereka sebagai akhiran, seperti 777-236.[22]

Pada tahun 1991, British Airways membuat pesanan pertamanya untuk pesawat Boeing 777-200, dan memesan empat lagi untuk pembesaran armada pada tahun 2007 dengan kos sekitar AS$800 juta. Pesawat 777 pertama BA dilengkapi dengan enjin General Electric GE90. Walau bagaimanapun, BA beralih kepada enjin Rolls-Royce Trent 800 bagi pesawat seterusnya.[23][24]

Kemudian pada tahun 2007, British Airways mengumumkan pesanan mereka untuk 36 pesawat jarak jauh baharu, termasuk 12 Airbus A380 dan 24 Boeing 787 Dreamliner.[25] Enjin Rolls-Royce Trent sekali lagi dipilih untuk kedua-dua pesanan dengan Trent 900 menguasai A380 dan Trent 1000 menguasai 787. Boeing 787 dijadualkan untuk menggantikan 14 daripada Boeing 767 BA, manakala Airbus A380 dirancang untuk menggantikan 20 daripada Boeing 747-400 BA.

Pada 1 Ogos 2008, British Airways mengumumkan pesanan untuk 6 pesawat Boeing 777-300ER dan pilihan untuk empat lagi sebagai langkah sementara untuk menampung kelewatan penghantaran 787 mereka. Daripada enam yang dipesan, empat akan disewa dan BA akan memperoleh dua lagi secara penuh.[26]

Pada 22 April 2013, syarikat induk British Airways, International Airlines Group (IAG), mengesahkan bahawa ia telah menandatangani memorandum persefahaman untuk memesan 18 pesawat Airbus A350-1000 XWB untuk BA, dengan pilihan untuk 18 lagi. Pesawat tersebut akan menggantikan sebahagian daripada armada Boeing 747-400 syarikat penerbangan itu.[27] Pilihan untuk 18 pesawat Boeing 787, sebahagian daripada kontrak asal yang ditandatangani pada 2007 yang menyediakan sejumlah 28 pilihan, telah ditukarkan kepada pesanan tetap untuk penghantaran antara tahun 2017 dan 2021, meninggalkan hanya 10 pilihan yang tinggal untuk dimuktamadkan.[28]

Pada 26 Jun 2013, British Airways menerima penghantaran Boeing 787 Dreamliner pertamanya. Pesawat itu memulakan operasi di Toronto pada 1 September 2013 dan memulakan perkhidmatan ke Newark pada 1 Oktober 2013.[29] A380 pertama BA telah dihantar pada 4 Julai 2013.[30] Ia memulakan perkhidmatan tetap ke Los Angeles pada 24 September 2013, diikuti oleh Hong Kong pada 22 Oktober 2013.[31]

Pada 28 Februari 2019, IAG memesan sehingga 42 pesawat Boeing 777-9 untuk British Airways, iaitu 18 pesanan tetap dengan 24 pilihan, bernilai sehingga $18.6 bilion (~$21.9 bilion pada 2023), untuk menggantikan 747-400 BA.[12]

Di Pertunjukan Udara Paris 2019, IAG menandatangani surat niat untuk membeli 200 pesawat Boeing 737 MAX, walaupun jenis itu masih Digantung penerbangannya di seluruh dunia pada masa itu.[32][33]

Pada Julai 2019, syarikat penerbangan British itu menerima penghantaran pesawat Airbus A350-1000 XWB pertamanya, yang dilengkapi tanpa Kelas Pertama, tetapi mempunyai lebih banyak Club Suites baharu.[34]

Pada 16 Julai 2020, British Airways mengumumkan bahawa ia memersarakan serta-merta baki pesawat Airbus A318-100 dan Boeing 747-400 mereka, dengan yang terakhir daripada jenis 747 diterbangkan pada bulan sebelumnya. BA pada asalnya berhasrat untuk menghentikan secara berperingkat pesawat 747 yang masih ada menjelang tahun 2024, tetapi mempercepatkan rancangan tersebut, sebahagiannya disebabkan oleh kemerosotan perjalanan udara berikutan pandemik COVID-19, dan untuk memberi tumpuan kepada penggantian 747 dengan Airbus A350, Airbus A380 dan Boeing 787 yang lebih cekap bahan api.[35]

Pada 27 Oktober 2022, IAG memesan tambahan 37 pesawat Airbus A320neo (selain pesanan terdahulu), menjadikan jumlah pesanan sebanyak 59 buah.[36] Pesawat tersebut (gabungan A320neo dan A321neo) akan menyokong penggantian berterusan British Airways terhadap baki armada warisan A320ceo yang dihantar dari akhir 1990-an hingga awal 2000-an, termasuk persaraan akhirnya bagi semua pesawat A319, serta pesawat keluarga A320ceo yang diwarisi sebagai sebahagian daripada pengambilalihan British Midland International pada 2012.

Pada 28 Julai 2023, IAG menukarkan enam daripada sepuluh pilihan yang tinggal untuk Boeing 787 kepada pesanan tetap bagi 787-10 dan menambah enam lagi pilihan untuk varian tersebut bagi diperuntukkan kepada British Airways, serta menukarkan satu pilihan untuk Airbus A350-900 kepada pesanan tetap bagi diperuntukkan kepada Iberia.[37]

Pada 9 Mei 2025, IAG memesan sehingga 76 pesawat daripada Airbus dan Boeing, di mana 32 pesanan tetap dan 10 pilihan untuk Boeing 787-10 akan diperuntukkan kepada British Airways, manakala 21 pesanan tetap dan 13 pilihan untuk Airbus A330-900 akan diperuntukkan kepada Aer Lingus, Iberia dan LEVEL. Ia juga mendedahkan pemuktamadan pilihan untuk 18 pesawat tambahan, termasuk enam pesawat Airbus A350-1000 dan enam pesawat Boeing 777-9 untuk British Airways, serta enam pesawat Airbus A350-900 untuk Iberia.[17]

Armada terdahulu

[sunting | sunting sumber]
Pesawat Jumlah[perlu rujukan] Mula berkhidmat Dibersarakan Nota Ruj
Airbus A318-100 2 2009 2020 Mengendalikan perkhidmatan BA1/BA2 dan yang dahulunya juga BA3/BA4 'Baby Bus' antara London–City dan New York–JFK. [38]
Airbus A320-100 5 1988 2007 Dipesan oleh British Caledonian, yang bergabung dengan BA pada tahun 1988. [39]
Boeing 747-100 17 1974 1999 [a][40]
1 Bahagian muncung G-AWNG dipamerkan di Muzium Penerbangan Hiller, California (bukan dalam warna livery BA).
1 1990 Musnah dalam kemalangan sebagai penerbangan BA149.
Boeing 747-200 24 1977 2002 747-200 pertama yang dikuasakan oleh enjin Rolls-Royce RB211-524B. [40]
1 G-BDXJ dipelihara di Arodrom Dunsfold (bukan dalam warna livery BA).
Boeing 747-400 53 1989 2020 747-400 pertama yang dikuasakan oleh enjin Rolls-Royce RB211-524G.
Digantikan oleh Airbus A350-1000, Airbus A380 dan Boeing 777-300ER.
[40]
1 G-CIVW yang menggunakan reka bentuk (livery) standard Chatham Dockyard dipelihara di Aerodrom Dunsfold.
1 G-BNLY yang menggunakan reka bentuk (livery) Landor dipelihara di Aerodrom Dunsfold.
1 G-CIVB yang menggunakan reka bentuk (livery) Negus dipelihara di Lapangan Terbang Cotswold.
1 G-BYGC, yang menggunakan reka bentuk (livery) BOAC—dirancang untuk dipelihara di MOD St Athan, namun telah dilupuskan (scrapped) pada Oktober 2023.
Boeing 757-200 56 1983 2010 Pelanggan pelancaran bersama Eastern Air Lines.
Digantikan oleh Airbus A321.
[41][42]
Boeing 767-300ER 28 1990 2018 Pelanggan pelancaran dengan enjin Rolls-Royce RB211.
Digantikan oleh Boeing 787.
7 pesawat dijual kepada Qantas.
4 pesawat kini dikendalikan oleh Eastern Airlines, LLC.
[43]
Boeing 777-200 5 1995 2020 Pelanggan pelancaran dengan enjin General Electric GE90.
Tiga daripada pesawat tersebut (G-ZZZA, G-ZZZB dan G-ZZZC) adalah antara 777 terawal yang pernah dibina.
Pesawat ini digunakan untuk kempen pensijilan GE90 sebelum dihantar kepada BA pada November 1995.
Digantikan oleh Boeing 777-200ER.
[44][45]
Aérospatiale-BAC Concorde 7 1976 2003 Semua pesawat dipelihara, lihat Sejarah pesawat Concorde. [46]

Galeri sejarah

[sunting | sunting sumber]

Destinasi

[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan lihat Destinasi-destinasi British Airways

BA hari ini terbang kesuluruh dunia, meliputi kesemua benus di dunia

  1. ↑ Airways, British. "BRITISH AIRWAYS' SHORT-HAUL GATWICK SUBSIDIARY, BA EUROFLYER, REACHES SIGNIFICANT MILESTONE FOLLOWING RECEIPT OF AIR OPERATOR'S CERTIFICATE AND OPERATING LICENCE". mediacentre.britishairways.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 December 2022. Dicapai pada 6 December 2022.
  2. ↑ "British Airways on ch-aviation". Dicapai pada 28 March 2026.
  3. ↑ Davies, Rob (12 October 2020). "BA chief Alex Cruz steps down as airline reels from pandemic". ft.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 October 2020. Dicapai pada 12 October 2020.
  4. 1 2 3 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "IAGAnnualReport"
  5. ↑ "Orders and Deliveries October 2025". Airbus S.A.S. / airbus.com.
  6. ↑ "Seat maps". britishairways.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2016. Dicapai pada 7 November 2018.
  7. ↑ "British Airways Airbus A320 in oneworld Livery Spotted in London". aviationsourcenews.com. 10 November 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 May 2024. Dicapai pada 16 January 2025.
  8. ↑ "British Airways Retrofitting A380s With New Cabins By 2027". One Mile at a Time. March 2024. Dicapai pada 26 November 2024.
  9. ↑ "British Airways - Information Page". www.britishairways.com. Dicapai pada 2026-07-21.
  10. ↑ @British_Airways (May 23, 2023). "I can confirm that the final LHR 777-200ER (G-YMMU) has now been refurbished with club suites" (Twit). Dicapai pada 23 May 2023 – melalui Twitter.
  11. ↑ "British Airways - Information Page". www.britishairways.com. Dicapai pada 2026-07-21.
  12. 1 2 "Boeing Signs Deal for Up to 42 777X Airplanes with International Airlines Group" (Siaran akhbar). Boeing. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 February 2019. Dicapai pada 28 February 2019.
  13. ↑ "British Airways - Information Page". www.britishairways.com. Dicapai pada 2026-07-21.
  14. ↑ "British Airways - Information Page". www.britishairways.com. Dicapai pada 2026-07-21.
  15. ↑ "British Airways - Information Page". www.britishairways.com. Dicapai pada 2026-07-21.
  16. ↑ "Boeing 787 Orders and Deliveries". The Boeing Company. 30 June 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 July 2018. Dicapai pada 8 August 2018.
  17. 1 2 "IAG places order for Boeing 787-10 and Airbus A330-900neo aircraft". Business Traveller. 9 May 2025. Dicapai pada 7 June 2025.
  18. ↑ "IAG Cargo signs freight deal with Qatar Airways". IAG Cargo. 17 January 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 February 2014. Dicapai pada 21 January 2014.
  19. ↑ Rohit T.K. (17 January 2014). "Atlas Air loses contract with British Airways, shares dive". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 January 2014. Dicapai pada 21 January 2014.
  20. ↑ "Explore our past: 1980–1989". British Airways. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2010. Dicapai pada 8 June 2010.
  21. ↑ "Explore our past: 1990–1999". British Airways. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2010. Dicapai pada 8 June 2010.
  22. ↑ "CAA Aircraft Register (Boeing aircraft registered to British Airways)". Civil Aviation Authority. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 May 2008. Dicapai pada 5 September 2009.
  23. ↑ "Rolls-Royce lands US jets deal". Birmingham Evening Mail. 18 August 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2012. Dicapai pada 18 November 2015 – melalui Highbeam.
  24. ↑ Mustoe, Howard; Rothwell, Steve. "British Airways Picks Troubled Rolls Engine for A380s". Bloomberg. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 December 2013. Dicapai pada 15 July 2013.
  25. ↑ "BA opts for A380 and Dreamliner". BBC News. 27 September 2007. Dicapai pada 27 September 2007.
  26. ↑ Dunkley, Jamie (1 August 2008). "BA warns that ticket prices will jump as routes are axed". The Daily Telegraph. London. Dicapai pada 1 August 2008.[pautan mati]
  27. ↑ "IAG to order 18 A350s for BA". Flightglobal.com. 22 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 August 2014. Dicapai pada 29 July 2014.
  28. ↑ "Airbus A350 for British Airways". Airliner World. June 2013. m/s. 5.
  29. ↑ Ellison, Marc (2 September 2013). "BA Dreamliner completes inaugural London-Toronto flight". Toronto Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2013. Dicapai pada 13 September 2013.
  30. ↑ "BA's first A380 superjumbo arrives at Heathrow airport". BBC News. 4 July 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 July 2013. Dicapai pada 4 July 2013.
  31. ↑ Wall, Robert (5 March 2013). "British Airways to Fly First A380s to Los Angeles, Hong Kong". Bloomberg. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 March 2013. Dicapai pada 5 March 2013. {{cite news}}: |archive-date= / |archive-url= cap masa tidak sepadan; cadangan: 8 Ogos 2013 (bantuan)
  32. ↑ "Boeing 737 Max: BA-owner IAG signs deal to buy 200 planes". BBC News. 18 June 2019. Dicapai pada 20 June 2019.
  33. ↑ "BA parent company reveals plans to buy 200 Boeing 737 Max jets". The Guardian. 18 June 2019. Dicapai pada 20 June 2019.
  34. ↑ Griffin, Matt (26 July 2019). "British Airways receives its first Airbus A350". International Flight Network. Dicapai pada 13 August 2019.
  35. ↑ "British Airways retires entire 747 fleet after travel downturn". BBC News. BBC. 17 July 2020. Dicapai pada 17 July 2020.
  36. ↑ "IAG confirms order for an additional 37 A320neo Family aircraft". Airbus. 26 October 2022. Dicapai pada 23 September 2025.
  37. ↑ Harper, Lewis (28 July 2023). "British Airways to take six more Boeing 787-10s". Flight Global. Dicapai pada 7 June 2025.
  38. ↑ Orban, André (31 July 2020). "British Airways retires the A318 "BabyBus" operating the London City-New York JFK route". Aviation24.be (dalam bahasa Inggeris British). Dicapai pada 24 March 2022.
  39. ↑ "Airbus delivers first A320". Flight International. 9 April 1988. m/s. 3.
  40. 1 2 3 End of an era as BA opts to retire remaining jumbo fleet Flight International 29 August 2020 page 13
  41. ↑ Kingsley-Jones, Max (31 October 2010). "BA's last Boeing 757 bows out in style". Aviation Week. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2013. Dicapai pada 15 July 2013.
  42. ↑ "British Airways' 757s Bow Out". www.globalaviationresource.com. Global Aviation Resource. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-30. Dicapai pada 2020-07-17.
  43. ↑ Editorial Board, 1 August 2018 (August 2018). "British Airways to retire its Boeing 767-300ERs". Airlinerwatch. Airliner Watch. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2018. Dicapai pada 4 November 2018.{{cite news}}: CS1 maint: numeric names: authors list (pautan)
  44. ↑ "British Airways Boeing 777-200 Fleet Details". The BA Source. Dicapai pada 6 August 2020.
  45. ↑ Norris, Guy; Wagner, Mark (1996). Boeing 777 (Enthusiast Color Series). Motorbooks International. m/s. 55-63. ISBN 0-7603-0091-7.
  46. ↑ Lawless, Jill. "Final Concorde flight lands at Heathrow". Associated Press, 26 October 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 December 2017. Dicapai pada 29 November 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "boac"
Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan