Bruce Cabot
Penampilan
Bruce Cabot (lahir Étienne de Pelissier Bujac, Jr., 20 April 1904 - 3 Mei 1972) merupakan seorang pelakon filem Amerika Syarikat, paling diingati sebagai Jack Driscoll dalam King Kong (1933) dan untuk peranannya dalam filem seperti The Last of Mohicans (1936), Fury (1936), dan Dodge City (1939). Beliau juga muncul dalam beberapa filem John Wayne bermula dengan Angel and the Badman (1947), dan berakhir dengan Big Jake (1971).
Cabot meninggal dunia pada 3 Mei 1972, pada usia 68 tahun di Motion Picture Country Home di Woodland Hills, California akibat kanser paru-paru . [1] Beliau dikebumikan di kampung halamannya di Carlsbad, New Mexico.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Bruce Cabot, Film Actor, Dies; Played the Hero in King Kong, The New York Times. May 4, 1972; Retrieved October 9, 2017.