Caitlyn Jenner

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bruce Jenner)
Caitlyn Jenner
Jenner di majlis Hari Hak Asasi Manusia di PBB, 10 Disember 2015
Kelahiran
William Bruce Jenner

(1949-10-28) 28 Oktober 1949 (umur 74)
Pusat pendidikanUniversiti Graceland
Tahun aktif1970-kini
Nilai bersihUS$100 juta (perkiraan 2014)[1][2]
Televisyen
Parti politikRepublikan
Pasangan
Anak-anakdengan Crownover;Burton Jenner
Cassandra Jenner
dengan Thompson;
Brandon Jenner
Brody Jenner
dengan Kardashian;
Kendall Jenner
Kylie Jenner

Caitlyn Marie Jenner - nama lahir: Bruce Jenner (lahir 28 Oktober 1949) - adalah seorang bekas atlet dekatlon dari Amerika Syarikat. Beliau pernah menjadi pemain bola sepak Amerika untuk tim Graceland Yellowjackets di universitasnya sebelum mengalami kecederaan lutut serius; dan beliau bertukar sukan ke dekatlon tidak lama selepas itu atas saranan seorang pelatihnya Setelah latihan intensif, Jenner berhasil memenangkan pingat emas dalam acara itu pada Sukan Olimpik Musim Panas 1976 di Montreal, Kanada sehingga mendapat jolokan "atlet terbaik di dunia."[3]

Jenner dikurniakan enam orang anak hasil seberapa pernikahannya dengan beberapa isteri sebelumnya iaitu Chrystie Crownover, Linda Thompson, dan Kris Jenner. Semenjak tahun 2007, Jenner tampil dalam acara Keeping Up with the Kardashians dengan Kris beserta anak-anak mereka, Kendall dan Kylie Jenner serta anak tirinya Kourtney, Kim, dan Khloé Kardashian.

Pada April 2015, Jenner melelakan diri sebagai seorang perempuan transgender; beliau rasmi mengumumkan nama baharunya di isu majalah Vanity Fair edisi Julai tahun sama. Nama dan gendernya turutbditukar secara sah pada 25 September 2015.[4]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Jenner dilahirkan dengan nama William Bruce Jenner pada 28 Oktober 1949 di Mount Kisco, New York[5] kepada Esther Ruth (nama keluarga asal: McGuire) dan William Hugh Jenner; ayahnya seorang arboris.[6][7] Dia berdarah kacukan Inggeris, Scotland, Ireland, Belanda dan Wales.[8] Jenner didiagnoskan dengan masalah disleksia[9] pada usia mudanya.

Dia belajar di Sleepy Hollow High School, Sleepy Hollow, New York[10][11] serta Newtown High School di Newtown, Connecticut lalu menghabiskan persekolahannya pada tahun 1968.[12] Beliau mendapat biasiswa sukan bola sepak Amerika untuk ke Graceland College (now Graceland University) di Lamoni di negeri Iowa. Beliau terpaksa berhenti bermain sukan tersebut akibat suatu kecederaan serius pada lututnya.[13] Walau bagaimanapun, pelatihnya L. D. Weldon mencadangkannya bertukar sukan dekatlon yang dirasai lebih cocok untuk Jenner.[14]

Kerjaya sebagai atlet[sunting | sunting sumber]

Pada hari pertama acara dekatlon Sukan Olimpik di Montreal pada tahun 1976, Jenner meraih sebanyak lima catatan persendirian tertinggi, namun beliau kekal dalam kedudukan tempat kedua selepas Guido Kratschmer dari Jerman Barat.

Dalam acara terakhir iaitu lumba 1500 meter, Jenner mengalahkan atlet Soviet Leonid Litvinenko dengan catatan persendirian baharu melebihi Litvinienko dengan meraih mata sebanyak 8,618 poin.[15][16][17][18][19] Kemenangan Jenner diraikan hebat orang ramai sehingga mendapat Anugerah James E. Sullivan serta mendapat gelaran Atlet Lelaki Tahunan Associated Press pada tahun 1976.[20][13]

Kehidupan pasca-Olimpik[sunting | sunting sumber]

Pencapaian sukan[sunting | sunting sumber]

Rekod persendirian[sunting | sunting sumber]

Semua data diperolehi daripada Persatuan Persekutuan Atlet Antarabangsa (IAAF):[21]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Fox Business News: "Keeping Up with the Kardashians and Their Net Worth - Just How Rich are the Kardashians?"". July 21, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-10. Dicapai pada 2018-10-30.
  2. ^ Tauber, Michelle (February 21, 2014). "Bruce Jenner's Life Now: More Golf, Less Kardashians". People (magazine).
  3. ^ "Bruce Jenner: The world's greatest athlete". ESPN. 7 Julai 2015.
  4. ^ Josie Ensor (April 25, 2015). "Bruce Jenner: I was born with the body of a man and the soul of a woman". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 6, 2015. Dicapai pada Jun 3, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan geni bio tidak disediakan
  6. ^ Ernest Elder Crownover (1986). Matt and Daisy Dell Kuykendall Crownover: Their Ancestry and Posterity. E.E. Crownover. m/s. 39. Diarkibkan daripada yang asal pada November 15, 2017. Dicapai pada Jun 5, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "The Kardashian Women Can Thank Their Unique Ancestry for Their Killer Good Looks". in Touch. 18 December 2017.
  8. ^ Chet Cooper. "Gold Medalist Bruce Jenner interviewed by Chet Cooper". Ability magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 21, 2015. Dicapai pada Julai 13, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Unknown parameter |subscription= ignored (bantuan)
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan school pals tidak disediakan
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan return to tarrytown tidak disediakan
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan name taken off tidak disediakan
  12. ^ a b Don Holst; Marcia S. Popp (Disember 8, 2004). American Men of Olympic Track and Field: Interviews with Athletes and Coaches. McFarland & Company. m/s. 53–62. ISBN 978-0-7864-1930-2. Diarkibkan daripada yang asal pada April 12, 2017. Dicapai pada Jun 5, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan champion within tidak disediakan
  14. ^ Maury White. "Bruce Jenner". The Des Moines Register. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 21, 2015. Dicapai pada Jun 6, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  15. ^ Richard Hymans (2008). "The History of the United States Olympic trials – Track and Field" (PDF). USA Track and Field. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada Mac 27, 2016. Dicapai pada Jun 10, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  16. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan espnoly tidak disediakan
  17. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan athletics at the tidak disediakan
  18. ^ "Jenner's long haul pays off with gold and world mark". Eugene Register-Guard. (Oregon). wire services. 31 Julai 1976. m/s. 1B.
  19. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan giardina tidak disediakan
  20. ^ Bruce Jenner. IAAF. Retrieved May 8, 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]