Bruce Willis
Jump to navigation
Jump to search
Bruce Willis | |
---|---|
![]() Bruce Willis di San Diego Comic-Con International | |
Kelahiran | Walter Bruce Willis 19 Mac 1955 Idar-Oberstein, Rhineland-Palatinate, West Germany |
Nama lain | W.B. Willis, Walter Willis |
Pekerjaan | Pelakon, penerbit, pemuzik |
Tahun aktif | 1980–kini |
Pasangan | Demi Moore (1987–2000) Emma Heming (2009–kini) |
Anak | 4 |
Walter Bruce Willis (dilahirkan pada 19 Mac, 1955), lebih dikenali sebagai Bruce Willis, ialah pelakon, penerbit, dan ahli muzik Amerika Syarikat yang dilahirkan di Jerman. Kerjayanya bermula di televisyen pada 1980-an dan berterusan di televisyen dan filem, termasuklah peranan komedi, drama, dan aksi. Dia dikenali dengan peranannya sebagai John McClane dalam siri Die Hard. Dia telah muncul dalam lebih daripada 60 filem, termasuklah kejayaan pecah panggung seperti filem Pulp Fiction (1994), filem 12 Monkeys (1995), filem The Fifth Element (1997), Armageddon (1998), filem The Sixth Sense (1999), Unbreakable (2000), Sin City (2005), Looper (2012) dan filem Moonrise Kingdom (2012).