Brunei di Sukan Olimpik Musim Panas 2004

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Brunei di
Olimpik Musim Panas 2004
Kod IOCBRU
NOCMajlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
Laman sesawangwww.bruneiolympic.org
di Athens
Peserta1 dalam 1 sukan
Pembawa benderaJimmy Anak Ahar
Pingat
Emas
0
Perak
0
Gangsa
0
Jumlah
0
Penampilan Olimpik Musim Panas
auto

Brunei, sebagai Negara Brunei Darussalam, bertanding di Sukan Olimpik Musim Panas 2004 di Athens, Greece, yang berlangsung antara 13 dan 29 Ogos 2004. Penyertaan negara di Athens menandakan penampilan keempatnya di Sukan Olimpik Musim Panas sejak penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik Musim Panas 1988.

Delegasi Brunei hanya melibatkan seorang atlet balapan dan padang, bermakna Brunei, bersama Kepulauan Virgin British dan Liechtenstein, menghantar jumlah atlet paling rendah ke Sukan Musim Panas 2004, dengan hanya seorang atlet. Atlet yang dipilih ialah Jimmy Anak Ahar, yang merupakan pelari jarak sederhana yang dipilih melalui kad bebas kerana negara tidak mempunyai atlet yang memenuhi piawaian "A" atau "B" dalam sebarang acara. Ahar juga dipilih sebagai pembawa bendera bagi upacara perasmian. Akhirnya, Ahar tidak berjaya melepasi saringan, bermakna Brunei tidak memenangi pingat di Sukan Olimpik Musim Panas ini.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Walaupun Brunei pertama kali menyertai Olimpik Musim Panas pada Sukan Olimpik Musim Panas 1988 di Seoul, Korea Selatan, ia hanya diwakili oleh seorang pegawai.[1] Pada Sukan Olimpik Musim Panas 1996 di Atlanta, Amerika Syarikat, barulah negara itu menghantar atlet ke Sukan tersebut. Sejak itu, ia telah mengambil bahagian dalam empat Sukan Olimpik Musim Panas antara penampilan sulungnya dan Sukan Olimpik Musim Panas 2004.[2] Tiada atlet Brunei pernah memenangi pingat di Sukan Olimpik Musim Panas sebelum Sukan Athens 2004.[2]

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Brunei (NOC) memilih seorang atlet melalui kad bebas. Biasanya, NOC boleh memasukkan sehingga tiga atlet yang layak dalam setiap acara individu selagi setiap atlet memenuhi piawaian "A", atau seorang atlet bagi setiap acara jika mereka memenuhi piawaian "B".[3] Walau bagaimanapun, memandangkan Brunei tidak mempunyai atlet yang memenuhi mana-mana piawaian, mereka dibenarkan memilih seorang atlet sebagai kad liar. Seorang atlet yang terpilih untuk bertanding dalam Sukan Athens ialah Jimmy Anak Ahar dalam acara 1500 meter lelaki.[4] Menghantar hanya seorang atlet ke Sukan Athens bermakna negara itu, bersama-sama dengan Kepualan Virgin British dan Liechtenstein, terkenal kerana menghantar bilangan atlet paling rendah ke Sukan Musim Panas 2004 (seorang).[5] Ahar adalah pembawa bendera untuk upacara pembukaan.[6] Dalam kalangan pegawai, pegawai sukan Sofian Ibrahim mewakili negara.[5]

Olahraga[sunting | sunting sumber]

Membuat penampilan sulung Olimpik Musim Panas, Jimmy Anak Ahar terkenal kerana menjadi pesaing termuda pernah mewakili Brunei di Sukan Olimpik berusia 22 tahun. Rekod umur kekal sehingga Sukan Olimpik Musim Panas 2012, apabila Anderson Chee Wei Lim mengatasinya.[7][6][2] Ahar layak ke Sukan Athens 2004 sebagai kad liar, kerana masa terbaiknya, tiga minit, 59.81 saat dalam acara 1500 meter lelaki Sukan Asia Tenggara 2003, adalah 21.81 saat lebih perlahan daripada standard kelayakan "B" yang diperlukan.[8][3] Beliau bertanding pada 20 Ogos dalam acara 1500 meter Lelaki menentang tiga belas atlet lain dalam saringan ketiga. Beliau berlari dengan masa 4 minit, 14.11 saat, menduduki tempat ke-13.[9] Beliau menduduki tempat di hadapan Samwel Mwera dari Tanzania (gagal mula), dan belakang Neil Weare dari Guam (4 minit, 5.86 saat), dalam sesi heat yang dijuarai Michael East dari Great Britain (3 minit, 37.37 saat). Secara keseluruhan, Ahar menduduki tempat ke-39 daripada 41 atlet yang bertanding.[a] dan 32.97 saat di belakang atlet paling perlahan yang mara ke pusingan seterusnya. Oleh itu, itu ialahj pengakhiran persaingannya.[10]

;Kunci
  • Nota–Kedudukan diberi berdasarkan acara heat sahaja
  • Q = Mara
  • q = Mara sebagai orang kalah terpantas atau dalam acara padang, dalam kedudukan tanpa mencapai sasaran
  • NR = Rekod kebangsaan baharu
  • N/A = Pusingan tidak ada bagi acara
  • Bye = Atlet tidak perlu bertanding dalam pusingan
Lelaki
Atlet Acara Heat Separuh akhir Akhir
Keputusan Kedudukan Keputusan Kedudukan Keputusan Kedudukan
Jimmy Anak Ahar 1500 m 4:14.11 13 Gagal mara

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dua orang atlet, Peter Roko Ashak dan Samwel Mwera, gagal mula.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Official Report, Games of the XXIVth Olympiad Seoul 1988, Volume 2: Competition Summary and Results (PDF). Seoul Olympic Organizing Committee. 1989. m/s. 153.
  2. ^ a b c "Brunei". Sports Reference. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2020. Dicapai pada 2 Julai 2016.
  3. ^ a b "IAAF Games of the XXX Olympiad – Athens 2004 Entry Standards". IAAF. Dicapai pada 2 Julai 2016.
  4. ^ "Brunei at the 2004 Athina Summer Games". Sports Reference. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2020. Dicapai pada 2 Julai 2016.
  5. ^ a b Tomasson, Chris (26 Ogos 2004). "Olympics: One is the lonliest number for this trio". Naples Daily News. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Ogos 2011. Dicapai pada 2 Julai 2016.
  6. ^ a b "2004 Athens: Flag Bearers for the opening ceremony". Olympics. 13 Ogos 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Julai 2015. Dicapai pada 22 Julai 2016.
  7. ^ "Jimmy Anak Ahar". Sports Reference. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2020. Dicapai pada 2 Julai 2016.
  8. ^ "IAAF – Athletes – Brunei – Jimmy Anak Ahar – Progression". IAAF. Dicapai pada 2 Julai 2016.
  9. ^ a b "IAAF – Results – Olympic Games – 2004 – Men – 1500 meters – Heats – Results". IAAF. Dicapai pada 2 Julai 2016.
  10. ^ "IAAF – Results – Olympic Games – 2004 – Men – 1500 meters – Heats – Summary". IAAF. Dicapai pada 2 Julai 2016.