Bruno Loerzer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bruno Loerzer
Jeneral Loerzer (kiri) dan Marsyal Goering
Kelahiran(1891-01-22)22 Januari 1891
Berlin
Meninggal dunia23 Ogos 1960(1960-08-23) (umur 69)
Hamburg
Kesetiaan
Perkhidmatan Luftstreitkräfte
Luftwaffe
Tahun perkhidmatan1911–20, 1935–45
Pangkat Generaloberst
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahDarjah Kerabat Diraja Hohenzollern
Pour le Merite
Knight Cross of the Iron Cross

Bruno Loerzer (22 Januari 1891 - 23 Ogos 1960) adalah seorang Kolonel Jeneral (Generaloberst) dalam Luftstreitkräfte Jerman semasa Perang Dunia I dan Luftwaffe semasa Perang Dunia II.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Oberleutnant Loerzer pada 1918
Mei 1918 anggota "Jasta" 26; Dari kiri ke kanan, Buder, Klassen, Riemer, Zogmann, Weiß (z.b.V.), Fritz Loerzer, Bruno Loerzer {tengah}, Mar; di kanan hujung Fritz Beckhardt

Dilahirkan di Berlin, Loerzer merupakan seorang pegawai tentera darat sebelum perang yang belajar sebagai juruterbang pada tahun 1914. Hermann Göring terbang sebagai pemerhati Loerzer dari 28 Oktober 1914 hingga penghujung Jun 1915. Ditukarkan ke bahagian pejuang, Loerzer terbang bersama dua Jagdstaffeln pada tahun 1916 sebelum menyertai Jagdstaffel 26 pada Januari 1917. Pada waktu itu beliau telah mendapat dua kemenangan terhadap pesawat Perancis. Jumlahnya mencapai 20 kemenangan pada penghujung Oktober dan beliau mendapat Pour le Merite pada Februari 1918.

Pada bulan yang sama, beliau mengambil alih pemerintahan Jagdgeschwader III yang baru dibentuk, iaitu "flying circus" (sarkis terbang) ketiga Jerman yang terkenal. Salah seorang Ace termasuklah adiknya Fritz, yang mendapat 11 kemenangan. Memimpin Jasta 26 dan tiga skuadron lain, dengan sokongan Hermann Dahlmann sebagai ajutan dan wingman, Loerzer membuktikan dirinya seorang wing komander yang berjaya. Dibekalkan dengan enjin baru BMW Fokker D.VII, JG III mencantas jalur yang luas menerusi formasi pihak Bersekutu pada musim panas 1918, dan skornya meningkat dengan baik. Beliau mencapai 10 kemenangan terakhirnya pada September apabila beliau mencecah skor terakhirnya 44 kemenangan. Sejurus sebelum gencatan senjata, beliau telah dinaikkan pangkat ke Hauptmann (kapten).

Loerzer berjuang secara tidak tetap dengan unit separa tentera anti-komunis Freikorps dari Disember 1918 hingga Mac 1920, menyebabkan berlakunya keadaan huru-hara dan kejahatan di Jerman. Beliau memerintah FA 427 di kawasan Baltik, membantu Eiserne Division dalam peranan udara taktikal.

Semasa tahun 1930an beliau merupakan pemimpin di beberapa organisasi penerbangan awam (National Socialist Flying Corps: NSFK), dan menyertai semula Luftwaffe pada tahun 1935 dengan pangkat Oberst (kolonel).

Loerzer mendapat keuntungan daripada persahabatan lamanya dengan Göring, menjadi Inspektor Pasukan Pejuang dengan pangkat Mejar Jeneral pada tahun 1938. Semasa tahun-tahun permulaan Perang Dunia II, beliau merupakan Panglima II Fliegerkorps (Kor Udara), telah dikurniakan Knight Cross of the Iron Cross (Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes) pada Mei 1940.

Kor II Udaranya terlibat dalam pecerobohan Rusia pada musim panas 1941, sebagai sebahagian daripada Armada Udara Ke-2 Kesselring—membantu Fieldmarshall von Bock.

Unitnya telah dipindahkan ke Messina, Sicily pada Oktober 1941, dan beliau kekal disana sehingga pertengahan tahun 1943, apabila unitnya kembali ke tanah besar Itali.

Göring menaikkan pangkat Loerzer ke Generaloberst pada 16 Februari 1943 dan pada 23 Februari dilantik sebagai Ketua Pejabat Perkhidmatan Anggota Luftwaffe (LP) merangkap Ketua Anggota Persenjataan dan pada Jun 1944 menjadi Ketua Staf Kepimpinan Nasional Sosialis Luftwaffe. Pada 20 Disember beliau telah digugurkan dari semua jawatan dan diletakkan dalam kumpulan pegawai simpanan namun pada 29 April 1945 beliau akhirnya bersara dari perkhidmatan tentera.

Loerzer meninggal dunia pada tahun 1960, pada usia 69 tahun.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Rujukan dalam Wehrmachtbericht[sunting | sunting sumber]

Date Original German Wehrmachtbericht wording Direct English translation
Thursday, 7 August 1941 [Am Verlauf dieser gewaltigen Schlacht waren die Armeen des Generalfeldmarschalls von Kluge und der Generalobersten Strauß und Freiherr von Weichs, die Panzergruppen der Generalobersten Guderian und Hoth sowie die Luftwaffenverbände der Generale der Flieger Loerzer und Freiherr von Richthofen ruhmreich beteiligt.] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) During the course of this great battle, the armies of Field Marshal von Kluge and the Colonel General Strauß and Freiherr von Weichs, the Panzer groups of Colonel-General Guderian and Hoth, and the Luftwaffe detachments of the generals of the Air Loerzer and Freiherr von Richthofen were involved gloriously.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Scherzer 2007, p. 512.
  2. ^ Fellgiebel 2000, p. 295.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Fellgiebel, Walther-Peer (2000). Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 — Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtteile (dalam bahasa German). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. ISBN 978-3-7909-0284-6. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Miltaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Norman Franks et al. (1993). Above the Lines: A Complete Record of the Fighter Aces of the German *Air Service, Naval Air Service, and Flanders Marine Corps 1914-1918. Grub Street, London.
  • Anthony Kemp (1982, 1990 reprint). German Commanders of World War II. Osprey Pub., London.
  • Die Wehrmachtberichte 1939–1945 Band 1, 1. September 1939 bis 31. Dezember 1941 (dalam bahasa German). München, Germany: Deutscher Taschenbuch Verlag GmbH & Co. KG. 1985. ISBN 978-3-423-05944-2. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pegawai tentera
Didahului oleh
tiada
Komander Jagdgeschwader 53 Pik As
Mac, 1937 – Mac, 1938
Diikuti oleh:
Oberstleutnant Werner Junck
Didahului oleh
tiada
Inspekteur der Jagdflieger
1 April 1938 – 31 Januari 1939
Diikuti oleh:
Oberst Werner Junck
Didahului oleh
General Wilhelm Wimmer
Panglima 2. Flieger-Division (1938-1939)
1 Februari 1939 – 11 Oktober 1939
Diikuti oleh:
II. Fliegerkorps
Didahului oleh
2. Flieger-Division
Panglima II. Fliegerkorps
11 Oktober 1939 – 23 Februari 1943
Diikuti oleh:
Generalleutnant Martin Harlinghausen