Bryan Cristante

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bryan Cristante
Maklumat peribadi
Nama penuh Bryan Cristante
Tarikh lahir (1995-03-03) 3 Mac 1995 (umur 29)
Tempat lahir San Vito al Tagliamento, Itali
Ketinggian 1.87 m (6 ka 2 in)[1]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Roma
Nombor 4
Kerjaya remaja
2006–2009 Liventina Gorghense
2009–2013 Milan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2014 Milan 3 (1)
2014–2018 Benfica 7 (0)
2016Palermo (pinjam) 4 (0)
2016–2017Pescara (pinjam) 16 (0)
2017–2018Atalanta (pinjam) 48 (12)
2018–2019 Atalanta 0 (0)
2018–2019Roma (pinjam) 35 (4)
2019– Roma 60 (2)
Pasukan kebangsaan
2010 Itali B16 2 (0)
2011–2012 Itali B17 10 (0)
2012–2013 Itali B18 6 (3)
2013–2014 Itali B19 9 (4)
2014 Itali B20 1 (0)
2016 Itali B21 2 (0)
2017– Itali 12 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 Mei 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Jun 2021

Bryan Cristante (sebutan bahasa Itali: [ˈbraːjaŋ kriˈstante]; lahir 3 Mac 1995) merupakan seorang pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Serie A, Roma dan pasukan kebangsaan Itali.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Cristante telah dilahirkan di San Vito al Tagliamento tetapi dibesarkan di San Giovanni di Casarsa. Di sana, beliau telah didedahkan dengan permainan bola sepak dan mula bermain sukan itu sejak usia kanak-kanak lagi.[2] Beliau telah berpindah ke Liventina Gorghense, sebuah kelab amatur di Wilayah Treviso sebelum menyertai A.C. Milan pada tahun 2009.[3]

Milan[sunting | sunting sumber]

Cristante telah melakukan penampilan sulungnya untuk Milan pada 6 Disember 2011 semasa berusia 16 tahun dan 278 hari. Beliau beraksi dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah selepas menggantikan Robinho ketika menentang Viktoria Plzeň.[4] Beliau menjadi pemain Milan termuda yang melakukan penampilan sulung dalam pentas Liga Juara-Juara selain pemain muda ketiga kelab yang tampil untuk beraksi.[5][6]

Cristante telah dipilih sebagai pemain terbaik di Torneo di Viareggio 2013. Pada 4 Mac 2013, Cristante telah menandantangani kontrak pertamanya sekali gus meletakkannya sebagai pemain Milan sehingga tahun 2018. Beliau mula menyertai skuad senior pada permulaan musim 2013–14.[7]

Pada 10 November 2013, beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie A dengan menggantikan Kaká dalam aksi menentang Chievo Verona yang berkesudahan seri tanpa jaringan.[8] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Milan pada 6 Januari 2014 ketika menentang Atalanta.

Benfica[sunting | sunting sumber]

Pada 1 September 2014, Cristante telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab gergasi Portugal, Benfica[9][10] dengan perpindahan bernilai €4.84 juta.[11]

Pada 12 Disember, beliau melakukan penampilan sulungnya dalam aksi Primeira Liga menentang Vitória Setúbal.[12] Pada 14 Januari, beliau telah merekodkan gol pertamanya untuk Benfica dalam pusingan ketiga Piala Liga Portugal menentang Arouca.[13]

Atalanta[sunting | sunting sumber]

Cristante berpindah ke Atalanta secara pinjaman dari Benfica pada Januari 2017. Atalanta kemudian membawa masuk Cristante secara tetap pada musim panas 2018.

Roma[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Jun 2018, Cristante telah dipinjam ke Roma selama satu tahun dari Atalanta. Pada 28 Februari 2019, Roma telah melakukan rundingan untuk membawa masuk Cristante secara tetap ke sana.[14]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Cristante telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Itali untuk menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Macedonia dan Albania dan masing-masing pada 6 dan 9 Oktober. Pada 6 Oktober, beliau tampil melakukan penampilan sulungnya untuk skuad Azzurri dengan menjadi pemain gantian pada separuh masa kedua ketika menentang Macedonia yang berkesudahan kedua-dua pasukan terikat seri 1–1.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 15 September 2019.[15][16]
Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Lain[nb 2] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Itali Milan 2011–12 0 0 0 0 1 0 0 0 1 0
2012–13 0 0 0 0 0 0 0 0
2013–14 3 1 1 0 0 0 4 1
Jumlah 3 1 1 0 1 0 0 0 5 1
Portugal Benfica 2014–15 5 0 3 0 3 0 4 1 15 1
2015–16 2 0 0 0 2 0 1 0 5 0
Jumlah 7 0 3 0 5 0 5 1 20 1
Itali Palermo 2015–16 4 0 0 0 4 0
Itali Pescara 2016–17 16 0 2 0 18 0
Itali Atalanta 2016–17 12 3 0 0 12 3
2017–18 36 9 3 0 8 3 47 12
Jumlah 48 12 3 0 8 3 59 15
Itali Roma 2018–19 35 4 2 0 7 0 44 4
2019–20 3 1 0 0 0 0 3 1
Jumlah 38 5 2 0 7 0 47 5
Jumlah kerjaya 116 18 11 0 21 3 5 1 153 22
  1. ^ Termasuk kejohanan Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa
  2. ^ Termasuk kejohanan Taça da Liga dan Supercoppa Italiana

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 10 September 2018
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2017 1 0
2018 5 0
Jumlah 6 0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Benfica[17][18]

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bryan Cristante". Atalanta. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 13 June 2018.
  2. ^ Simone Gambino (7 December 2011). "An introduction to Bryan Cristante - AC Milan's 16-year-old Champions League wonderkid". goal.com. PERFORM. Dicapai pada 24 August 2012.
  3. ^ Pietro Mazzara (4 December 2011). "DNA vincente e serietà: ecco chi è Bryan Cristante". milannews.it (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 15 December 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Ian Holyman (6 December 2011). "Plzeň secure late draw with Milan to end on a high". uefa.com. Union of European Football Associations. Dicapai pada 7 December 2011.
  5. ^ Gaetano De Stefano (7 Disember 2011). "Pato and Robinho not enough, AC Milan fluff the finish in Prague". gazzetta.it. La Gazzetta dello Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Jun 2012. Dicapai pada 24 Ogos 2012.
  6. ^ Lu. Guaz. (7 December 2011). "Cristante, il suo nome nella storia". ilgiorno.it (dalam bahasa Italian). Il Giorno. Dicapai pada 24 August 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Bryan Cristante: il gioellino della "Cantera" rossonera". milanpassion.it (dalam bahasa Italian). Milan Passion. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Julai 2013. Dicapai pada 3 Jun 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Chievo-Milan (0-0): il tabellino della gara". Milan News.
  9. ^ "SL Benfica sign Bryan Cristante". SL Benfica.pt. 1 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2014. Dicapai pada 1 September 2014.
  10. ^ "Comunicado" [Announcement] (PDF). S.L. Benfica (dalam bahasa Portuguese). CMVM. 28 November 2014. Dicapai pada 29 November 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "Cristante rendeu ao Milan mais do que Balotelli" [Cristante gave Milan more than Balotelli] (dalam bahasa Portuguese). O Jogo. 26 April 2015. Dicapai pada 28 April 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ "V. Setúbal-Benfica, 0-5 (crónica)". Maisfutebol.iol.pt (dalam bahasa Portuguese). 12 September 2014. Dicapai pada 12 September 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "Benfica - Arouca (Fase 3 - jornada 2 Taça da Liga 2014-2015) - Liga Portugal". LPFP (dalam bahasa Portuguese). 14 January 2015. Dicapai pada 16 January 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "Official: Roma buy Cristante". Football Italia. 28 February 2019.
  15. ^ Bryan Cristante di ForaDeJogo. Retrieved 29 June 2015.
  16. ^ Biodata Bryan Cristante di Soccerway. Capaian 10 May 2015.
  17. ^ "Bryan Cristante". thefinalball. Dicapai pada 26 January 2017.
  18. ^ Cunha, Pedro Jorge (17 May 2015). "Benfica bicampeão: 28 com as faixas e dois à espera" [Benfica back-to-back champion: 28 with the sashes and two await] (dalam bahasa Portuguese). Maisfutebol. Dicapai pada 19 May 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ "Premio Golden Boy" [Golden Boy Award] (dalam bahasa italian). viareggiocup. Dicapai pada 26 January 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]