Buah nona

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Nona
Seri kaya
YosriPokokNona.jpg
Buah Nona
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
A. squamosa
Nama binomial
Annona squamosa

Buah nona atau seri kaya (nama saintifik: Annona squamosa)[1] datang dari genus Annona. Buahnya kilit yang berbonggol dan mempunyai banyak biji.

Terdapat berbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah. Pokoknya merupakan pokok renak 6-8 meter tinggi. Daunnya berselang, ringkas, oblong-lanceolate, panjang 5-17 cm dan lebar 2-5 cm. Bunganya dihasilkan dalam kelompok 3-4, setiap bunga 1.5-3 cm, dengan enam kelopak, hijau-kuning dengan keungguan dipangkal.

Buah biasanya bulat atau bujur, berbonggol-bonggol, 6-10 cm keratan rentas dan seberat 100-230 g. Isi buah boleh dimakan, putih sehingga kuning cair, menyerupai dan rasa seperti kastad. Bijinya tersebar dalam isi buah; perang hingga hitam, sepanjang 12-18 mm, dan keras berkilat.

Secara tradisi, buah nona sering diperam di dalam kepuk beras sehingga masak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Balfour, Edward (1871). Cyclopædia of India and of Eastern and Southern Asia, Commercial, Industrial and Scientific: Products of the Mineral, Vegetable and Animal Kingdoms, Useful Arts and Manufactures (dalam bahasa Inggeris). 1. Madras: Scottish & Adelphi. m/s. 125, 549.

commons:Annona squamosa

Pautan luar[sunting | sunting sumber]