Bubu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bubu merupakan beberapa jenis alat untuk menangkap ikan. Ia seperti bakul yang membolehkan ikan masuk kedalamnya tetapi terhalang untuk ikan keluar. Pelbagai jenis bubu seperti bubu batang, bubu diam (duduk), bubu jantung dan bubu tadah.

Menahan bubu atau memasang bubu bermaksud menempatkan bubu dalam air untuk menangkap ikan. Bubu dipasang di sungai atau di laut. Ada juga bubu yang dibubuh umpan untuk menarik perhatian ikan.

Pembuatan Bubu[sunting | sunting sumber]

Bubu kebiasaannya diperbuat daripada buluh dan digunakan di kawasan sungai atau tasik yang tidak begitu dalam kerana buluh adalah pilihan terbaik kerana buluh senang didapati.selain itu juga terdapat juga bubu diperbuat daripada kawat bagi kegunaan menangkap ikan di dasar laut.Sebuah bubu dibentuk daripada satu tapak berbentuk bulat yang diperbuat daripada rotan dan buluh. Dibentuk besar di bahagian hadapan dan mengecil ke belakang. Di bahagian hadapan bubu dibuat satu pintu masuk yang dipanggil 'injap'. Injap ini berbentuk seperti kon. Ia membenarkan ikan masuk tetapi menghalang mereka daripada keluar. Satu lagi pintu yang boleh dibuka dan ditutup disediakan di bahagian belakang bagi mengeluarkan ikan yang terperangkap.[1]

Umpan[sunting | sunting sumber]

Sebelum Bubu dipasang didalam sungai mestilah memasang umpan.Umpan yang paling senang adalah menggunakan keratan ikan.Ikat seketul daging ikan dibahagian dalam bubu menggunakan seutas tali dengan kemas.Kemudian tutup pintu bubu dengan kemas menggunakan tali atau dawai.Bubu yang telah siap dipasang umpan kemudiannya diikat pada sebatang kayu yang panjang.Tujuan kayu ini dikat adalah bertujuan memudahkan untuk memasang dan mengambil semula bubu yang telah tinggalkan selama 24 jam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ PPAK. "Bubu" Diarkibkan 2013-01-07 di Wayback Machine, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Alor Setar, 23 March 2002. Retrieved 28 Februari 2013.