Bubur asyura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bubur asyura Terengganu.

Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha. [1]

Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura.

Sejarah hari Asyura[sunting | sunting sumber]

Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).

Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar,[2] maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan juga dengan Nabi Nuh.[3]

Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).[4]

Jenis bubur Asyura di Malaysia[sunting | sunting sumber]

  • Bubur Asyura Utara - Teskturnya kental malah ada juga yang kadangkala boleh dipotong seperti kuih sama seperti bubur Asyura Pantai Timur. Campuran beras, tepung, gula, kekacang, pisang, jagung, ubi-ubi seperti keladi, keledek dan sangat manis rasanya. Dimasak dengan masa yang agak lama.
  • Bubur Asyura Pantai Timur - Teksturnya sangat kental dan sama seperti jenis kuih talam dan perlu dipotong untuk dihidangkan. Bahan yang digunakan agak sama dengan bubur Asyura Utara tetapi dimasak bersama tumisan bawang, halia, lengkuas, daging, ayam dan rempah khas. Juga dimasak dengan masa yang lama.
  • Bubur Asyura Selatan - Tekstur yang lebih ceroi dan cair serta tidak manis, sama seperti bubur lambuk cuma ditambah pelbagai jenis kekacang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]