Budak Boys

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Budak Boys (drama))
Budak Boys
Ditulis olehZabidi Mohamed
PengarahBade Hj. Azmi
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Terjawab Sudah" oleh Dans
Lagu penutup"Terjawab Sudah" oleh Dans
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohd Faris Che Aziz
PenerbitDato' A. Aida
PenyuntingChemoll
Daniel
Tempoh siaran20 minit
Syarikat penerbitan
A. Aida Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal30 Januari 2018 – 5 Mac 2018
Kronologi
MengikutiBilo Nogori Jupo Kelate
Diikuti olehSuamiku Mat Piun

Budak Boys ialah sebuah siri drama televisyen ketenteraan Malaysia 2018 arahan Bade Hj. Azmi, dibintangi oleh Nafiz Muaz, Ashraf Muslim, Nafiez Zaidi, dan Eyra Hazali.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 30 Januari 2018 hingga 5 Mac 2018 menggantikan Bilo Nogori Jupo Kelate.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Hamizul mengajak Kamarul memohon masuk ke RMC namun Kamarul menolak kerana dia tidak yakin untuk hidup dengan disiplin ketenteraan. Selepas mendapat surat tawaran ke RMC, Hamizul begitu gembira namun Kamarul masih tidak bersedia. Namun selepas Dorani memberi nasihat, Kamarul kembali bersemangat. Bermula lah kisah Kamarul dan kawan-kawanya menghadapi latihan ketenteraan di sekolah RMC. Di sana, dia mula menyukai Mastura, anak perempuan salah seorang pengajar di sana. Di kampung, Kamarul menerima pelbagai ejekan dan cabaran dari rakan sekampungya, Haykal dan Rizal dengan niat untuk memperlekehkan dia sebagai seorang pelajar RMC.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Budak Boys (TV3)". My Infotaip. 29 Januari 2018. Dicapai pada 29 Januari 2018.
  2. ^ Budak Boys (2018): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 16 Ogos 2018.