Budak Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Budak Kelantan
PengarahWan Azli Wan Jusoh
PenulisWan Azli Wan Jusoh
Dihasilkan olehAhmad Puad Onah
DibintangiDanny X-Factor
Bienda
Mohd Asrulfaizal Kamaruzaman
Syarikat
penerbitan
Alternate Studio
Grand Brilliance
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Masa tayangan
  • 30 Oktober 2008 (2008-10-30) (Malaysia)
Negara Malaysia
BahasaMelayu (loghat Kelantan)

Budak Kelantan ialah sebuah filem drama Malaysia 2008 yang bertemakan kisah kehidupan dua orang sahabat lama kelahiran Kelantan di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur yang jauh berbeza gaya hidupnya berbanding di kampung halamannya, diselitkan unsur-unsur rohaniah di sebalik kehidupan "gedebe" dan realisme yang seolah-olah melampau di ibu kota. Filem terbitan Alternate Studio ini dibintangi Danny X-Factor, Mohd Asrulfaizal Kamaruzaman dan Bienda di bawah arahan sutradara kali pertama, Wan Azli Wan Jusoh. Mula ditayangkan buat pertama kali di saluran perdana Astro Box Office Movie Tayangan Hebat pada bulan Januari 2009.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Dua orang sahabat, Buchek (Danny X-Factor) dan Jaha (Asrulfaizal Kamaruzaman) bertemu kembali di Kuala Lumpur setelah terpisah sekian lama. Kini mereka sudah dewasa. Namun akibat menjalani hidup, sikap dan pandangan yang berbeza, dunia mereka tidak lagi sama.

Buchek baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Malaya manakala Jaha, yang pernah menjalani kehidupan di sekolah Henry Gurney, kini bergelumang di celah kesibukan Kotaraya Kuala Lumpur.

Di saat mereka bertemu, Jaha ingin berkongsi perjalanan kehidupannya dengan Buchek yang ternyata sangat berbeza dengan cara hidupnya. Buchek melihat cara kehidupan kawannya yang terlalu liar, lalu tercetus hasrat dihatinya untuk membantu Jaha ke jalan yang lurus.

Apabila Buchek mendapat tahu Jaha telah jatuh cinta pada Che Nor (Bienda), teman wanitanya, Buchek rela melepaskan Che Nor, dengan harapan Jaha akan berubah. Buchek percaya cinta boleh mengubah kehidupan manusia.

Namun, Che Nor enggan memenuhi permintaan Buchek kerana hatinya hanya untuk Buchek. Dia kesal dengan tindakan Che Nor yang difikirkannya terlalu mementingkan diri sendiri lebih dari perintah Tuhan.

Malangnya, Jaha maut dalam kemalangan sebelum sempat kembali ke pangkal jalan dan Buchek menyalahkan Che Nor kerana menolak cinta Jaha yang penuh keikhlasan. Dia mengambil keputusan meninggalkan Che Nor dan menyambut cinta Lee Chen Chen, gadis Cina yang telah diselamatkan daripada menjadi mangsa nafsu Jaha dahulu. Templat:Endspoiler

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem Budak Kelantan menelan belanja sejumlah RM600,000 sahaja[1] dan penggambarannya mengambil masa tiga minggu.[2] Filem ini juga merupakan kali pertama Wan Azli Wan Jusoh menjadi penulis lakon layar dan pengarah untuk sesebuah filem cetera[3], di samping penampilan sulung pelakon Mohd Asrulfaizal Kamaruzaman di layar perak.[4]

Wan Azli sendiri selaku sutradara pernah meluahkan rasa kurang senang hati dengan tajuk filem Budak Kelantan yang dipilih pihak penerbit, kerana bimbang judul Budak Kelantan akan "membenihkan prasangka yang tidak enak kerana judul sedemikian seperti merumuskan setiap visual ciptaan ke kanvas filem sulungnya itu akan dilihat seratus peratus menterjemahkan perilaku masyarakat dari negeri Cik Siti Wan Kembang." Mula-mulanya beliau memilih tajuk Koya Best sebagai "working title" ketika pembikinan, tetapi penerbit menukar tajuknya menjadi KB-KL-Amerika kerana bimbang tajuk itu agak sukar untuk difahami penonton, tetapi ditukar lagi menjadi Budak Kelantan gara-gara KB-KL-Amerika "terlalu meleret" untuk disebut.[5]

Pada Januari 2009, Astro Box Office Movies Tayangan Hebat, sebuah saluran berbayar baru daripada stesen tv berbayar Astro yang menayangkan filem-filem pada setiap slot waktu akan menayangkan filem Budak Kelantan

Mulai 11 Oktober 2009, Astro Citra, sebuah saluran berbayar baru daripada stesen tv berbayar Astro yang menayangkan filem-filem pada setiap slot waktu akan menayangkan filem Budak Kelantan.[6]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengambil latar masyarakat Kelantan di yang merantau di bumi orang - "Budak Kelantan", sebuah filem drama urban yang memaparkan realiti hidup anak-anak muda Kelantan di Kuala Lumpur, merupakan filem yang menghiburkan penonton.

Filem ini, diinspirasikan oleh penulis dan pengarah, Wan Azli Wan Jusoh, berdasarkan pengalamannya. Filem ini diikuti dengan dua subplot; satu menunjukan sisi budak Kelantan yang baik, dan satu lagi adalah sebaliknya. Filem ini menunjukan kekuatan plotnya pada setengah jam pertama tetapi keasyikan itu tidak berkekalan sehingga penamat filem ini. Kemuncak filem ini agak bermasalah dan kurang menyenangkan. Saya percaya bahawa Wan Azli dan krew boleh memilih penamat yang lebih baik.

Trio Kelantan dalam filem ini, Danny, Bienda and pendatang baru, Asrulfaizal kelihatan bersesuaian dengan peranan yang diberikan dalam filem ini. Danny, dengan pengalaman dalam bidang lakonan yang diperolehinya, membawa watak Buchek, seorang pelajar universiti yang baik pekerti yang datang ke Kuala Lumpur dengan niat yang baik, dijayakan oleh Danny dengan begitu baik. Berbanding Buchek, Jaha (Asrulfaizal), seorang yang bermasalah yang merupakan kawan lama Buchek dari Kelantan. Sebagai pelakon baru, Asrulfaizal melakukan kerja dengan begitu baik untuk watak Jaha. Lakonanya yang spontan dan bersahaja memberikan impak kepada penonton terutamanya mereka dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Beliau merupakan bintang dalam pembikinan dan perlu diambil perhatian akan kehadirannya dalam industri perfileman negara. Lakonan Bienda seakan hilang dan seperti kurang diketahui oleh penonton. Umum ketahui, wataknya sebagai Che Nor untuk membantu watak Buchek dan Jaha dalam penceritaan filem ini, tetapi lakonanya seaakan tidak memberi impak kepada filem ini. Ia hanya gambaran yang biasa dan mudah dilupakan oleh penonton.

Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam filem ini ialah pengaturan warna filem ini. Ia kelihatan mentah dan kasar. Tambahan pula, pengendalian kamera seperti filem Cloverfield-Blair Witch memberi kesan terhadap penceritaan filem ini. Ini dapat meningkatkan keseronokan penonton sambil penonton dapat memahami tentang cerita tersebut.

Keseluruhanya, filem ini dilihat percubaan terbaik bagi pengarah baru seperti Wan Azli. Beliau berjata membawa keluar realisme dengan sentuhan yang segar untuk cerita ini. Filem ini turut mengajar penonton tentang penggunaan loghat Kelantan seperti yang pernah dilakukan oleh U-Wei Hj Saari memalui filem Jogho.[7]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sekitar Pra Tonton Filem Budak Kelantan Lakonan Danny X-Factor". Sensasi Selebriti. 2008-10-27. Dicapai pada 2008-11-02.
  2. ^ Izuan Shah (2008-10-24). "Budak Kelantan". gua.com.my. Dicapai pada 2008-11-02.[pautan mati kekal]
  3. ^ "Wan Azli". Sinema Malaysia. Dicapai pada 2008-11-02.[pautan mati kekal]
  4. ^ "Mohd Asrulfaizal". Sinema Malaysia. Dicapai pada 2008-11-02.[pautan mati kekal]
  5. ^ Tengku Suzana Raja Hamat (2008-10-24). "Judul bikin konflik? Filem tentang budak Kelantan kelas ketiga di KL". Kosmo!. Dicapai pada 2008-11-02.[pautan mati kekal]
  6. ^ http://www.astro.com.my/entertainment/default.asp
  7. ^ http://www.cinema.com.my/movies/movie_contents.aspx?search=2008.5592.budakkelantan.10713

Pautan luar[sunting | sunting sumber]