Kebudayaan India

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Budaya India)
Taj Mahal, Agra. Tanda peringatan Shah Jahan tahun 1648 untuk isteri beliau Mumtaz Mahal, yang dipuji sebagai "permata kesenian Islam di India" dan salah sebuah karya agung yang dikagumi ramai dalam warisan dunia pada tahun 1983."[1]
Rabindranath Tagore - Penerima Hadiah Nobel dari Asia yang pertama[2][3] dan penggubah lagu kebangsaan India, memainkan peranan penting dalam membangkitkan semula gaya kesenian tertentu seperti tarian Manipuri.[4]

Budaya India dicirikan dengan sinkretisme yang tinggi[5] dan kemajmukan budaya.[6] Budaya India mampu memantapkan tradisi lama sambil menyerap adat resam, tradisi dan idea baru dari para penjajah dan pendatang. Kepentingan kepelbagaian budaya telah lama menyatakan sejarah dan tradisi, perlembagaan dan penyusunan politik India.[7]

Monumen-monumen yang penting seperti Taj Mahal dan contoh seni bina Mughal yang lain serta seni bina India Selatan merupakan kesan tradisi-tradisi yang menggabungkan unsur-unsur dari merata tempat di dalam dan luar negara. Seni bina vernakular India pula menunjukkan perbezaan ketara antara rantau.

Muzik India meliputi beraneka tradisi dan gaya rantauan. Muzik klasiknya terbahagi kepada muzik klasik Hindustan India Utara dan muzik Karnatik India Selatan. Bentuk-bentuk muzik popular yang banyak disetempatkan termasuklah muzik filmi dan muzik rakyat seperti bhangra. Wujudnya banyak jenis tarian klasik, termasuk bharatanatyam, kathakali, kathak, kuchipudi, manipuri, odissi dan yakshagana; yang sering disertakan bentuk naratif dan disemai dengan unsur-unsur kesalihan dan mitos.

Karya-karya kesusasteraan India terawal disebarkan secara lisan dan hanya lama kemudian didapati dalam bentuk bertulis.[8] Ini termasuklah karya-karya kesusasteraan Sanskrit, seperti epik Mahabharata dan Ramayana, dan drama Pengiktirafan Śakuntalā,[8] serta juga karya-karya kesusasteraan Sangam dalam bahasa Tamil.[9] Antara pengarang India zaman moden yang giat mengarang dalam bahasa-bahasa India atau Inggeris, Rabindranath Tagorelah yang paling terkenal. Antologi lagu kesalihan beliau, Gitanjali, membantu Tagore meraih Hadiah Nobel pada tahun 1913.

Industri perfileman India, yang lahir pada tahun 1913 melalui Raja Harishchandra oleh Dadasaheb Phalke, kini merupakan industri perfileman terbesar di dunia, dengan perfileman bahasa Hindi komersial Bollywood yang bertapak di Mumbai sebagai wajahnya yang paling dikenali.[10] juga wujudnya tradisi-tradisi mantap dalam perfileman bahasa serantau, termasuk Bangla, Kannada, Malayalam, Marathi, Tamil, dan Telugu. Pather Panchali (1955), filem pertama auteur Satyajit Ray mengenai zaman kanak-kanak dan kematian di kawasan perkampungan Bengal, merupakan satu mercu tanda perfileman sedunia.[11][12]

Masakan India disifatkan dengan pelbagai gaya rantauan dan penggunaan herba dan rempah yang canggih. Makanan ruji di kawasan India ialah nasi (khususnya di selatan dan timur) dan gandum (terutamanya di utara).[13]

Pakaian India tradisional menampakkan perbezaan ketara dari rantau ke serantau dari segi warna dan gaya dan bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk iklim. Gaya-gaya pakaian yang popular termasuklah sari untuk wanita dan lungi atau dhoti untuk lelaki.

Sungguhpun sukan kebangsaan India ialah hoki, namun kriket ialah sukan paling popular. Di beberapa negeri, terutamanya yang di timur laut dan negeri-negeri Bengal Barat, Goa, dan Kerala, bola sepak juga popular.[14] Dewasa ini, tenis juga kian laris. Catur yang disangka ramai berasal dari India, juga melihat peningkatan popularitinya serentak dengan peningkatan bilangan grandmaster dari India. Sukan tradisi termasuklah kabaddi, kho-kho, dan gilli-danda, yang dimain di seluruh India. India merupakan tampat lahir seni yoga dan seni mempertahankan diri, iaitu Kalarippayattu dan Varma Kalai.

Kebanyakan perayaan India berbentuk keagamaan, namun ada yang disambut oleh rakyat tanpa mengira kasta atau kepercayaan. Perayaan yang paling banyak disambut termasuk Diwali, Holi, Onam, Dussehra, Bihu, Durga puja, kedua-dua Hari Raya, Krismas, Ugadi, dan Vaisakhi. India mempunyai tiga cuti kebangsaan. Setiap negeri juga mempunyai set sembilan hingga dua belas hari cuti yang tersendiri. Amalan keagamaan adalah sebahagian penting dalam kehidupan seharian dan dijadikan perkara awam. Nilai kekeluargaan tradisi Indian masih disanjung tinggi, meskipun keluarga-keluarga di bandar kini lebih menggemari keluarga asas atas sebab kekangan-kekangan sosioekonomi yang dikenakan sistem keluarga bergabung.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Taj Mahal". World Heritage List (dalam bahasa English). UNESCO World Heritage Centre. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Rabindanath Tagore: Asia's First Nobel laureate..." Time Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-18. Dicapai pada 2009-03-01. Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)
  3. ^ "The Nobel Prize in Literature 1913". Nobel Prize Winners. Nobel Foundation. Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)
  4. ^ Massey 2006, halaman 186
  5. ^ Das, N.K. (2006). "Cultural Diversity, Religious Syncretism and People of India: An Anthropological Interpretation". Bangladesh e-Journal of Sociology. 3 (2nd). ISSN 1819-8465. Dicapai pada 2007-09-27. The pan-Indian, civilizational dimension of cultural pluralism and syncretism encompasses ethnic diversity and admixture, linguistic heterogeneity as well as fusion, and variations as well as synthesis in customs, behavioural patterns, beliefs and rituals. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  6. ^ Baidyanath, Saraswati (2006). "Cultural Pluralism, National Identity and Development". Interface of Cultural Identity Development (ed. 1st Edition). m/s. xxi+290pp. ISBN 81-246-0054-6. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-02. Dicapai pada 2007-06-08. |edition= has extra text (bantuan)
  7. ^ Bhattacharyya, Harihar (2003). "Multiculturalism in Contemporary India". IJMS. 5 (2): 148–161. ISSN 1817-4574. Dicapai pada 2007-06-10. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  8. ^ a b MacDonell 2004, halaman 1-40
  9. ^ Zvelebil 1992, halaman 12
  10. ^ Concise Encyclopedia. Dorling Kindersley Limited. 1997. m/s. p. 334. ISBN 0-7513-5911-4. |pages= has extra text (bantuan)
  11. ^ Vilanilam 2005, halaman 133
  12. ^ "Time Magazine all time 100 top films". Time Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-14. Dicapai pada 2007-10-02.
  13. ^ Delphine, Roger, "The History and Culture of Food in Asia", in Kiple & Kriemhild 2000, halaman 1140-1151
  14. ^ Majumdar & Bandyopadhyay 2006, halaman 1-5