Budaya Zarzi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Budaya Zarzi ialah suatu budaya arkeologi dari hujung Paleolitik dan Mesolitik di Iraq, Iran, Asia Tengah.

Zaman budaya ini dianggarkan kira-kira 18,000-8,000 tahun SM. Budaya ini didahului oleh budaya Baradost di rantau sama dan berkaitan dengan budaya Imereti di Kaukasus.

Budaya ini dinamai dan diakui sempena gua Zarzi di Kurdistan Iraq.

Di sini banyak mikrolit (sehingga 20% jumpaan) dijumpai. Bentuk-bentuknya pendek dan trapezoid tidak simetrik, dan segi tiga dengan berongga.

Andy Burns menyatakan "Budaya Zarzi di rantau Zargos di Iran sezaman dengan budaya Natufia tetapi berlainan daripadanya. Tarikh-tarikh untuk keseluruhan budaya Zarzi datang dari Gua Palegawra, dan bertarikh kembali ke 17,300-17,000 sebelum kini, tetapi jelaslah bahawa budaya ini sangat sezaman dengan budaya Kebara Levant, yang dengannya budaya Zarzi mengongsi ciri. Kelihatannya budaya ini telah berubah ansur daripada budaya Baradost Paleolitik Atas."

Terdapat hanya beberapa buah tapak budaya Zarzi dan kawasan berkenaan kelihatan agak kurang diduduki semasa Epipaleolitik. Tinggalan fauna daripada budaya Zarzi menunjukkan bahawa bentuk sementara bagi struktur menunjukkan suatu strategi sara diri pemburu-pemungut, tertumpu pada onager, rusa merah dan kaprin. Tapak-tapak yang lebih diketahui termasuk Gua Palegawra, Shanidar B2 dan Zarzi."[1] Budaya Zarzi kelihatan menyertai peringkat awal yang telah dipanggil oleh Kent Flannery sebagai revolusi spektrum lebar.

Budaya Zarzi dijumpai berkaitan dengan tinggalan anjing bela jinak dan dengan pengenalan busur dan panah. Budaya ini kelihatan telah melanjut ke utara ke rantau Kobistan dan ke Iran Timur sebagai pelopor budaya Hissar dan budaya-budaya berkaitan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Burns Andy "Epipaleolithic
  2. ^ Mellaart, James (1976) "The Neolithic of the Near East" (MacMillan)

Templat:Mesopotamia purba