Budaya di Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Terdapat beberapa jenis teater tradisional yang masih wujud di Kedah seperti Mek Mulung, Menora Kedah, Jikey dan Wayang Kulit Gedek (atau Wayang Gedek). Di Kedah, terdapat dua jenis persembahan Jikey iaitu Jikey Kedah dan Jikey Langkawi.

Suatu ketika dahulu, negeri Kedah terkenal dengan persembahan Makyong Kedah yang kini telah pun pupus. Begitu juga dengan Wayang Kulit Kelantan dan Wayang Kulit Melayu yang pernah bertapak di negeri Kedah.