Agama Buddha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Buddha)
Lompat ke: pandu arah, cari
Arca Buddha di Borobudur, Jawa, Indonesia

Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha Śākyamuni (Siddhārtha Gautama) yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. Agama Buddha menyebar ke benua India dalam 5 kurun selepas Baginda meninggal dunia. Dalam dua ribu tahun yang seterusnya, agama Buddha telah menyebar ke tengah, tenggara dan timur Asia. Kini, agama Buddha telah dipaparkan sebagai tiga aliran utama, iaitu Theravāda (Bahasa Sanskrit: Sthaviravāda), Mahāyāna, and Vajrayāna.

Di dalam aliran Theravāda, matlamat utama ialah pencapaian tahap luhur nirvana, yang dicapai melalui "Lapan Jalan Mulia" atau juga dikenali sebagai "Jalan Kesederhanaan". Dengan ini, seseorang itu dikatakan bebas dari kitaran kesengsaraan dan kelahiran semula. Aliran Theravāda merupakan aliran yang paling diikuti di Sri Lanka dan Asia Tenggara.

Aliran Mahāyāna, yang termasuk tradisi Tanah Tulen, Zen, Buddhisme Nichiren, Shingon dan Tiantai (Tendai) banyak dijumpai di bahagian Asia Timur. Bertentangan dengan nirvana, Mahayana mengilhamkan pencapaian kebuddhaan melalui laluan bodhisattva, satu tahap di mana seseorang itu terus berada di kitaran kelahiran semula untuk membantu manusia lain mencapai kesedaran.

Aliran Vajrayāna, sebuah ajaran yang berunsurkan siddha India mungkin boleh dilihat sebagai satu aliran baru atau sebahagian daripada aliran Mahāyāna. Buddhisme Tibet, yang masih mengekalkan ajaran Vajrayāna abad ke-lapan India, masih dipraktiskan di kawasan sekitar Himalaya, Mongolia dan Kalmykia. Buddhisme Tibet mengilhamkan pencapaian kebuddhaan atau badan pelangi.

Agama Buddha mempunyai lebih kurang 488 - 535 juta penganut di seluruh dunia. Agama Buddha dikenali sebagai salah satu agama yang paling utama di dunia.

Seorang Buddha ialah seorang yang mendapati alam semesta yang benar melalui pelajarannya yang bertahun-tahun, penyiasatan dengan pengamalan agama pada masanya dan pertapaan. Penemuannya dikenali sebagai Bodhi atau "Pemahaman". Sesiapa yang menghidari kejahilan dan mengenali alam semesta nyata yang sebenar dikenali sebagai Buddha.

Śākyamuni dikatakan sebagai pengasas Buddha. Terdapat banyak penganut-penganut Buddha selepas Śākyamuni dan persengketaan sesama manusia dan kemusnahan persekitaran dunia sering berlaku mengikut nafsu sebelum Śākyamuni. Mengikut ajaran Buddha, sesiapa dapat mempelajarinya dan juga memahami alam semesta nyata yang sebenar seperti Buddha dengan menurut kata-kata Buddha dan Sangha yang dikenali sebagai "Dharma" dan mempraktikkannya dengan mengamalkan kehidupan yang bermoral dan pemikiran yang suci. Secara keseluruhan, tujuan seorang menganut agama Buddha adalah untuk menamati segala kesengsaraan dalam kehidupan kemanusiaan. Bagi mencapai matlamat ini, penganut Buddha harus menyucikan dan melatih minda sendiri dengan mengikut "Lapan Jalan Mulia", atau "Jalan Kesederhanaan" supaya memahami kenyataan yang sebenar lalu mencapai kebebasan dari segala kesengsaraan, iaitu nirodha atau nirvāna (Pāli nibbāna).

Kehidupan Buddha[sunting | sunting sumber]

Agama Buddha merupakan agama dari India yang bercirikan ajaran Buddha. Semua perincian tentang kehidupan Buddha telah disebut dalam banyak teks awalan Buddha tetapi ianya tidak konsisten, latar belakang sosial dan butiran kehidupan Buddha pula tidak dapat disahkan, tarikh yang tepat pula tidak dapat dipastikan.

Bukti-bukti teks awalan tersebut mencadangkan beliau dilahirkan sebagai Siddhārtha Gautama di Kapilavatthu, sebuah bandar di kawasan dataran sempadan moden Nepal-India. Beliau manghabiskan kehidupannya di kawasan yang dikenali secara moden pada hari ini, Bihar dan Uttar Pradesh. Sesetengah penulis wali telah menyatakan bahawa ayahnya adalah seorang Raja yang bernama Suddhodana dan ibunya yang bernama Maya, dan beliau dilahirkan di Taman-Taman Lumbini. Walaubagaimana pun, sarjana seperti Richard Gombrich mempertimbangkan pernyataan itu sebagai dakwaan palsu kerana terdapat kombinasi bukti yang mencadangkan beliau dilahirkan di dalam komuniti Shakyas - di mana beliau kemudiannya menerima gelaran Shakyamuni dan komuniti tersebut ditadbir oleh sebuah majlis mesyuarat kecil oligarki atau republik di mana ia tidak terdapat konsep pangkat dan sebaliknya mementingkan konsep senioriti. Sesetengah cerita mengenai Buddha, kehidupannya, ajarannya dan dakwaan tentang masyarakat di mana beliau membesar mungkin telah direka dan ditokok tambah pada masa kemudiannya dalam teks-teks Buddha.

Teks-teks awalan Buddha (yang diterima sebagai teks-teks benar) dan biografi awalan Buddha menyatakan beliau belajar dengan guru Vedik, seperti Alara Kalama dan Uddaka Ramaputta, mempelajari meditasi dan falsafah kuno, terutamanya konsep "ketiadaan, kekosongan" dan "apa yang tidak dilihat atau terlihat".

Buddha tergerak dengan sifat sengsara semula jadi dalam kemanusiaan. Beliau bermeditasi berseorangan untuk satu tempoh yang berpanjangan, dengan pelbagai kaedah termasuklah mengelakkan diri dari terlibat dalam keseronokan dunia, dalam sifat kesengsaraan dan kaedah-kaedah untuk mengatasi kesengsaraan. Beliau terkenal dengan posisi duduknya iaitu duduk di bawah pokok Ficus religiosa, yang sekarang dikenali sebagai pokok Bodhi di bandar Bodh Gaya di kawasan dataran Gangetic di Asia Tenggara. Beliau mencapai kesedaran, menemui apa yang para penganut Buddha gelar sebagai "Jalan Kesederhanaan", suatu praktis rohani untuk menamatkan kesengsaraan (dukkha) dari kelahiran semula di alam Saṃsāra. Sebagai seorang manusia yang tersedar (Skt. samyaksaṃbuddha), beliau telah menarik pengikut dan mengasaskan Sangha (aturan monastik). Sekarang, sebagai seorang Buddha, beliau menghabiskan hayat yang seterusnya dengan mengajar Dharma yang ditemuinya dan meninggal dunia di Kushinagar, India pada umur 80 tahun.

Konsep penganut Buddha[sunting | sunting sumber]

Dukkha[sunting | sunting sumber]

Dukkha merupakan satu konsep pusat dalam buddhisme dan salah satu doktrin Empat Kebenaran Mulia dan juga pusat ciri kehidupan di dunia ini. Ia boleh diterjemah sebagai "kepuasan yang tidak dapat dipenuhi", "sifat ketidakpuasan dan ketidakjaminan semua fenomena yang mempunyai kondisi", "kesakitan". "Dukkha" sering diterjemahkan sebagai kesengsaraan di mana ia merupakan penterjemahan yang salah kerana ia bukanlah merujuk kepada kesengsaraan sebenar, akan tetapi ketidakpuasan terhadap tahap dan benda bersifat sementara termasuklah pengalaman yang menyenangkan tetapi bersifat sementara.

Empat Kebenaran tersebut mencerminkan orientasi asas Buddhisme: kita mengejar dan berpaut kepada tahap dan benda yang bersifat sementara, di mana ianya adalah dukkha, "kepuasan yang tidak dapat dipenuhi" dan kesakitan. Ini menyebabkan kita terperangkap dalam saṃsāra, kitaran kelahiran semula yang tidak berkesudahan, dukkha dan meninggal dunia lagi. Akan tetapi, terdapat satu cara untuk membebaskan kita dari kitaran ini dan kepada tahap nirvana, iaitu "Lapan Jalan Mulia".

Kebenaran Dukkha adalah pandangan asas di mana kehidupan di dunia biasa ini, dengan pautan dan keinginan untuk tahap dan benda yang tidak berkekalan ialah dukkha dan tidak memuaskan. Kita menginginkan kegembiraan dari tahap dan benda yang tidak berkekalan dan oleh itu, tidak dapat mencapai kebahagiaan yang sebenarnya.

Sitting Buddha, named "Phra Puttha Palileyaka", Wat Pho, Bangkok

Pautan luar[sunting | sunting sumber]