Budi Karya Sumadi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Budi Karya Sumadi
Menteri Pengangkutan
Memegang jawatan
27 Julai 2016
PresidenJoko Widodo
Didahului olehIgnasius Jonan
Butiran peribadi
Lahir (1956-12-18) 18 Disember 1956 (umur 67)
Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia
Alma materUniversiti Gadjah Mada

Budi Karya Sumadi (lahir 18 Disember 1956) ialah seorang arkitek Indonesia yang kini berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan di bawah Kabinet Kerja presiden Joko Widodo.

Dilahirkan dan dibesarkan di Palembang, Sumadi melanjutkan pelajar dalam bidang seni bina di Universiti Gadjah Mada sebelum bekerja untuk syarikat milik kerajaan, akhirnya menjadi CEO dan dipindahkan ke Angkasa Pura. Beliau akhirnya dilantik sebagai menteri pada tahun 2016.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sumadi dilahirkan di Palembang, Sumatera Selatan pada 18 Disember 1956. Bapa beliau ialah seorang penjawat awam dan ibunya bekerja sebagai guru tadika, dan juga sebagai ahli majlis wilayah Sumatera Selatan antara tahun 1956 dan 1959. Sumadi mendapat pendidikan 12 tahun pertama di Palembang, sebelum beliau berpindah ke Yogyakarta untuk mempelajari bidang seni bina di Universiti Gadjah Mada, di mana beliau menamatkan pengajiannya pada tahun 1981.[1][2]

Beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sumadi minat bermain pingpong sebagai salah satu hobinya, dan beliau berkata beliau bermain hobi itu selama 15–30 minit setiap pagi.[4] Beliau juga mempunyai band (kumpulan) dengan menteri lain di kabinet, yang digelar "Elek Yo Band", di mana ia memainkan gitar akustik dan menyediakan vokal.[5]

Beliau disahkan positif COVID-19 pada 14 Mac 2020.[6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Profil Budi Karya Sumadi". VIVA (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 13 November 2018.
  2. ^ Fauzi, Achmad (28 July 2016). "Ini Dia Profil Menteri Perhubungan Baru, Budi Karya Sumadi". KOMPAS (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 13 November 2018.
  3. ^ Afriyadi, Achmad Dwi (12 April 2018). "Lebih Dekat dengan Budi Karya, 'Calon' Dokter yang Jadi Menteri". detikFinance (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 13 November 2018.
  4. ^ Ratya, Mega Putra (6 December 2016). "Hobi Olahraga Pingpong dan Waktu untuk Keluarga Menhub Budi Karya". detikNews (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 13 November 2018.
  5. ^ Ihsanuddin (3 January 2018). "Cerita di Balik Terbentuknya Elek Yo Band, Grup Musik Kabinet Jokowi." KOMPAS (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 13 November 2018.
  6. ^ "Menhub Budi Karya Sumadi positif COVID-19". Antara News (dalam bahasa Indonesia). 14 March 2020. Dicapai pada 14 March 2020.
  7. ^ https://nasional.kompas.com/read/2020/03/14/20580251/breaking-news-menhub-budi-karya-sumadi-positif-covid-19