Bugatti
Rencana ini perlu dikemas kini.(Mac 2023) |
![]() | Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Perancis. (Mac 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Koordinat: 48°31′32″N 07°30′01″E / 48.52556°N 7.50028°E
![]() | |
![]() | |
Jenis/bentuk sah | Automobile manufacturer, anak syarikat ![]() |
---|---|
Industri | Automotif |
Pendahulu | Bugatti Automobili ![]() |
Ditubuhkan | 1909 |
Pengasas | Ettore Bugatti |
Nasib | Dijual kepada Hispano-Suiza pada 1963 |
Ibu pejabat | Molsheim, Perancis |
Tokoh penting | Ettore Bugatti (pengasas) Jean Bugatti |
Keluaran | Kereta, bahagian pesawat |
Pemilik | Bugatti Rimac ![]() |
Syarikat induk | Bugatti Rimac ![]() |
Tapak web | www![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Bugatti Automobiles S.A.S. merupakan pengeluar kereta dari Molsheim, Alsace, Perancis. Ia dimiliki oleh kumpulan Volkswagen, sebuah pengeluar kereta berasal dari Jerman sebagai anak syarikat Volkswagen Perancis. Ia diasaskan pada tahun 2000[1] sebagai pengganti Bugatti Automobili SpA.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Dengan dorongan Ferdinand Piëch yang ketika itu merupakan timbalan presiden, Volkswagen membeli hak bagi menghasilkan kereta di bawah jenama Bugatti pada tahun 1998. Ini diikuti dengan pembelian Lamborghini oleh sebuah anak syarikat Volkswagen iaitu Audi. Kilang Rolls-Royce di Crewe, England, United Kingdom, dan Bentley.
Pada 22 Disember 2000, Volkswagen secara rasmi memasukkan Bugatti Automobiles S.A.S., bersama-sama dengan bekas ketua gandar VW "drivetrain chief" Karl-Heinz Neumann sebagai presiden. Syarikat tersebut membeli Château Saint Jean 1856, dahulunya rumah tetamu Ettore Bugatti di Dorlisheim, berhampiran Molsheim, dan mula mengubah suainya sebagai ibu pejabat syarikat. Kilang asal masih ditangan Snecma, yang keberatan berpisah dengannya. Di Pebble Beach Concours d'Elegance pada Ogos 2000, VW mengumumkan bahawa mereka sebaliknya akan membina kilang moden baru atelier bersebelahan selatan Château. atelier ini dibuka secara rasmi pada 3 September 2005.
Kereta[sunting | sunting sumber]
kereta konsep Giugiaro[sunting | sunting sumber]
Volkswagen menempah Giorgetto Giugiaro, ItalDesign bagi mereka siri kereta konsep bagi mengembalikan marque ke hadapan. Contoh pertama, EB 118, adalah coupé dwi pintu yang diperkenalkan di Mondial de l'Automobile pada 1998. Ia diikuti oleh kereta sedan EB 218 touring empat pintu, diperkenalkan di Salon International de l'Auto "Geneva Motor Show" pada 1999. kemudian pada tahun yang sama, 18/3 Chiron ditunjukkan di Pameran Motor Frankfurt - IAA di Frankfurt. Konsep Bugatti terakhir tidak direka oleh ItalDesign: rekaan VW, EB 18/4 GT telah diperkenalkan pada tahun 1999 di Pameran Motor Tokyo.
Kesemua konsep awal ini mencirikan 555 PS (408 kW; 547 hp) 18-cylinder engine. Ini merupakan pertama kali enjin W pada kenderaan penumpang, dengan tiga jalur enam lejang. Ia berkongsi banyak komponen dengan keluarga enjin modular Volkswagen.
EB 16.4 Veyron[sunting | sunting sumber]
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Pembangunan kenderaan ini bermula dengan kereta konsep 1999 EB 18/4 "Veyron", yang sendiri berasaskan rangka kereta konsep Bugatti 18/3. Ia sama dari segi reka bentuk dan penampilan dengan kereta pengeluaran Veyron akhir. Satu perbezaan utama adalah EB 18/4 menggunakan enjin W18 dengan tiga jalur enam lejang. Ketua pereka Veyron adalah Hartmut Warkuss, dan luaran direka oleh Jozef Kabaň dari Volkswagen, bukannya Giorgetto Giugiaro dari ItalDesign, yang telah mengendalikan tiga kereta konsep Bugatti sebelumnya.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Volkswagen AG - Annual Report 2000" (PDF). Wolfsburg: Volkswagen AG. 2001. m/s. 31/33. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-08-27. Dicapai pada 15 October 2008.
With effect from 22 December 2000, Groupe VOLKSWAGEN France s.a. established BUGATTI AUTOMOBILES S.A.S. as a 100 % wholly owned subsidiary.
Unknown parameter|dateformat=
ignored (bantuan)