Bujang Haji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bujang Haji
Genre
Ditulis oleh
  • Zh Emdee
  • Isqandar Jebat
PengarahIsqandar Jebat
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanPenuhi Panggilan Mu
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Hujan Lebat Production Sdn.Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV AlHijrah
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal8 Jun 2021 – 26 Julai 2021

Bujang Haji ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Isqandar Jebat, dibintangi oleh, Chiwan Chilok, Din Latah dan Mimi Ernida. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Qalbu TV AlHijrah bermula 8 Jun 2021. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang tiga sahabat bujang iaitu Yus, Adi dan Ucup yang bekerja sebagai penjual ikan segar di pasar harian. Rutin harian mereka adalah rutin harian biasa yang dilalui oleh anak muda setempat yang lain. Semuanya berubah apabila Haji Isa datang ke gerai mereka untuk membeli ikan. Haji Isa mahu mengadakan kenduri doa selamat, menjamu laksa kepada orang kampung sebagai tanda syukur dia terpilih untuk melaksanakan ibadah haji dalam masa terdekat.

Bermula detik itu, Yus, Adi dan Ucup seperti terpanggil dan mendapat semangat baru untuk turut ke kota suci Mekah melaksanakan rukun islam kelima itu. Mereka semakin sibuk mempersiapkan diri dengan ilmu dan bekalan kewangan yang cukup agar urusan haji mereka berjalan lancar.

Ketiga-tiga mereka bekerja keras untuk mencapai misi suci ini. Pelbagai peristiwa berlaku apabila masing-masing saling berlumba-lumba menunjukkan kesungguhan dan juga semangat mereka untuk menunaikan haji. Antara yang memeningkan adalah konflik percintaan.

Yus, Adi dan Ucop tersepit di antara niat suci mereka ke Mekah dan kehendak kekasih masing-masing. Kekasih Yus, Adi dan Ucop sibuk mengajak mereka untuk mencari kelengkapan persiapan Aidiladha sedangkan mereka sudah kesuntukan masa untuk melaksanakan persiapan akhir ke Mekah.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Bujang Haji. MyInfoTaip. Dicapai 3 Ogos 2021.