Bujang Ulis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato' Seri Bujang Ulis (12 November 1948-3 Februari 2014) atau Bujang Hadzari Ulis ialah ahli politik Malaysia. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Pendidikan (1984-1987), mantan Timbalan Menteri Perusahaan Utama (1978-1948) dan mantan Ahli Parlimen Simunjan (kini Batang Sadong) selama empat penggal (1978-1990).

Dato' Seri

Bujang Ulis
Timbalan Menteri Pendidikan
Dalam jawatan
1984–1987
Berkhidmat dengan Chow Poh Kheng (1984-1985)
Ling Liong Sik (1985-1986)
Ng Cheng Kiat (1986)
Woon See Chin (1986-1988)
Menteri Abdullah Ahmad Badawi (1984-1986)
Anwar Ibrahim (1986-1987)
Didahului oleh Tan Tiong Hong
Mohd Khalil Yaakob
Digantikan oleh Woon See Chin
Leo Michael Toyad
Timbalan Menteri Perusahaan Utama
Dalam jawatan
1978–1984
Menteri Paul Leong Khee Seong
Didahului oleh Paul Leong Khee Seong
Digantikan oleh Megat Junid Megat Ayob
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Simunjan
Dalam jawatan
1978–1990
Didahului oleh Hadadak D. Pasauk
Digantikan olehKonstituensi dijenamakan semula kepada Batang Sadong
Butiran peribadi
Lahir12 November 1948
Simunjan, Sarawak
Meninggal dunia3 Februari 2014 (66 tahun)
Kampung Semariang Jaya, Petra Jaya, Kuching
Parti politik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak
PasanganMaimunah binti Sebli
Anak-anak9 orang
ProfesionGuru

Latar Belakang dan Keluarga[sunting | sunting sumber]

Bujang Ulis dilahirkan pada 12 November 1948 (10 Muharam 1368) di Kampung Lintang, Simunjan, Batang Sadong, Sarawak. Beliau merupakan anak ke-6 daripada 7 orang adik-beradik hasil perkongsian hidup Ulis bin Mat, seorang petani dengan isterinya Raliah binti Rais.

Isterinya Datin Seri Maimunah binti Sebli berasal dari Kampung Sourabaya Hilir, Petra Jaya, Kuching merupakan anak ke-7 daripada 10 adik-beradik. Bapanya Sebli bin Bunsu dan ibunya Tuyah binti Abang Yahya. Sebli bin Bunsu merupakan seorang pelaut yang kemudiannya menjadi guru takmir dan imam masjid di samping menjadi mekanik mesin jahit klasik.

Pertemuan ketika Bujang Ulis berkhidmat di SMK Tun Abang Haji Openg dan menyewa di Kampung Sourabaya Hilir telah membawa mereka kepada ikatan pertunangan pada April 1977. Mereka melangsungkan pernikahan pada 12 November 1977 di Kampung Sourabaya Hilir.


Anak-anak

Pasangan ini dikurniakan 9 orang cahaya mata iaitu:

  1. Siti Azima - 10 Ogos 1978 di Hospital Umum Sarawak, Kuching;
  2. Siti Aznina - 6 Disember 1980 di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur;
  3. Siti Zuraima - 7 September 1983 di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur;
  4. Faten Amanina - 17 Februari 1986 di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur;
    • Meninggal dunia pada 27 Januari 1998 (28 Ramadan 1418H) di Kampung Segedup, Batu Kawa, Kuching.
  5. Faten Nabiha - 8 Mei 1988 di Hospital Pantai, Kuala Lumpur;
    • Meninggal dunia pada 27 Januari 1998 (28 Ramadan 1418H) di Kampung Segedup, Batu Kawa, Kuching.
  6. Faten Nurul Nazariah - 10 Januari 1991 di Klinik Dr. Sim, Jalan Keretapi, Kuching;
  7. Fatin Nuraliah Nadirah - 7 Julai 1993 di Klinik Dr. Sim, Jalan Keretapi, Kuching;
  8. Fatimah Zahrah - 13 Ogos 1996 di Pusat Perubatan Normah, Kuching;
  9. Siti Aisyah Munawirah - 7 Julai 2001 di Pusat Perubatan Normah, Kuching.

PENDIDIKAN

Berikut ialah jadual pendidikan yang diterima oleh Bujang Ulis:

Pendidikan
Bil. Institusi Tahap Tahun
1. SK Abang Man, Simunjan Darjah 1 - 6
2. SMK Simunjan No. 2, Simunjan Tingkatan 1 - 3
3. SMK Dragon/Tun Abdul Razak Tingkatan 4 - 5
4. SMB St. Thomas, Kuching Tingkatan 6 - 6 atas
5. Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching Diploma Perguruan
6. Universiti Malaya, Kuala Lumpur Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)


PEKERJAAN

Bil. Pekerjaan/Jawatan Agensi Tahun
1. Penolong Kanan SMK Tun Abang Haji Openg
2. Pegawai Pelajaran Jabatan Pelajaran, Kuching
3. Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kuching

SMK Three Rivers

4. Ahli Parlimen Batang Sadong
5. Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan Utama

Kementerian Pelajaran

6. Ahli Perniagaan Sarasota Sdn. Bhd.

BHU Family Holdings

BHU Autologistics

Penglibatan Selain Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan seorang pelajar dan mahasiswa yang aktif dalam pelbagai bidang. Antaranya:

  1. Mewakili Daerah Simunjan bagi pertandingan Tilawah al-Quran.
  2. Menyertai pasukan debat di SMK St. Thomas.
  3. Menyertai Angkatan Nahdatul Islam Bersatu (BINA) - kini dikenali sebagai HIKMAH.

Tragedi Villa Setiakasih 1998[sunting | sunting sumber]

Villa Setiakasih iaitu kediaman Bujang Ulis sekeluarga telah musnah dalam satu kebakaran pada 27 Januari 1998 (28 Ramadan 1418H). Lebih kurang 90% Villa Setiakasih musnah akibat daripada kebakaran tersebut yang disyaki berlaku disebabkan litar pintas.

Kejadian dianggarkan bermula pada jam 11.00 malam, ketika majoriti ahli keluarga sudah tidur. Anak sulungnya, Siti Azima berada di dapur membuat kuih sempena persiapan menjelang hari raya Aidilfitri. Walau bagaimanapun, satu bahagian pada Villa Setiakasih (tidak dapat dipastikan) disedari oleh anak keduanya, Siti Aznina yang terjaga dari tidur kerana mengesyaki ada sesuatu yang mengganggu. Siti Aznina terus menuju ke bilik tidur utama untuk mengejutkan ibu bapanya, Bujang Ulis dan Maimunah. Mereka memanggil ahli keluarga lain dan keluar menyelamatkan diri. Maimunah Sebli sedang mengendong anak ke-7 yang baru berusia 5 bulan.

Jiran-jiran turut datang membantu menyelamatkan mana-mana harta benda yang berada di luar rumah. Selain itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat juga tiba di tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran. Semua bahagian Villa Setiakasih musnah kecuali bahagian dapur lama.

Lebih menyedihkan, dua anak beliau iaitu Faten Amanina (12) dan Fatin Nabiha (10) tidak dapat diselamatkan dalam kebakaran tersebut. Mayat mereka ditemukan pada keesokan harinya dan dikebumikan dalam satu liang lahad pada 28 Januari 1998 di Tanah Perkuburan Semariang, Petra Jaya, Kuching.

Selepas tragedi itu, Bujang Ulis tidak lagi membina rumah di tanah yang sama sebaliknya membawa keluarganya berpindah ke Kampung Semariang, Jaya, Petra Jaya yang terletak di sebelah Tanah Perkuburan Semariang.

Beliau juga tidak pernah terlepas menziarahi kubur anak-anaknya kecuali jika tidak berada di Kuching atau Simunjan. Bujang Ulis berbuat demikian sehingga hari terakhir sebelum beliau meninggal dunia pada 3 Februari 2014.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Februari 2014,meninggal dunia di kediamannya di Kampung Semariang Jaya, Petra Jaya, Sarawak. Anak sulungnya, Siti Azima memaklumkan arwah bapanya sempat menonton televisyen di dalam bilik sebelum rebah di pangkuan ibunya. Setengah jam kemudian ambulans tiba dan mengesahkan ayah sudah tiada. Ayahnya tidak menghidap sebarang penyakit. Jenazah bapanya dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Semariang.

Antara yang sempat melawat jenazah ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Ahmad Urai Abang Muhideen dan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Jamil Johari.Selain itu Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera), Datuk Naroden Majais; Menteri Muda Pembangunan Belia dan Perumahan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semariang, Syarifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. [1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]