Pergi ke kandungan

Buka depan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Buka depan ialah panjang penuh sesekeping tanah atau sesebuah bangunan, diukur pada sepanjang jalan raya yang dihadap oleh tanah atau bangunan itu. Ini dianggap sangat penting bagi sesetengah jenis harta tanah perdagangan dan harta tanah runcit untuk menentukan jenis undang-undang kecil pengezonan dan cukai harta yang perlu dipatuhi. Bagi kes bangunan bersebelahan, buka depan individu biasanya diukur dari tengah mana-mana satu dinding dua tuan.

Di Amerika Syarikat, jalan depan diistilahkan sebagai jalan raya yang menganjur selari dengan jalan raya utama atau lebuh raya dan yang bertujuan, terutamanya, sebagai jalan masuk dan jalan keluar untuk harta-harta yang menghadapnya.

Sebaliknya, "buka depan sungai" dan "buka depan lautan" ialah panjang penuh sesekeping tanah yang masing-masing betul-betul berhadapan sungai atau lautan. Panjang buka depan itu mempengaruhi nilai harta tersebut.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.