Bukalah Matamu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Bukalah Matamu"
Single oleh Aisyah Aziz & Bunga
daripada album Ejen Ali The Movie: Original Motion Picture Soundtrack
Dilancarkan pada20 September 2019
Dirakamkan pada2019
GenrePop
Hip Hop
EDM
Panjang4:19
SyarikatMonkey Bone Records
PenulisAzri Yunus
Bunga
Usamah Zaid Yasin
WAU Animation
TheFatRat (Christian Friedrich Johannes Büttner)
PenerbitWAU Animation
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Bukalah Matamu" ialah lagu nyanyian Aisyah Aziz dan Bunga yang dikeluarkan pada 20 September 2019, sebagai lagu tema filem animasi 2019, Ejen Ali: The Movie.[1] Lagu ini memberikan mesej kepada masyarakat yang mempunyai segalanya untuk membuka mata dan memperbaiki diri.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Lagu ini menjadi kontroversi di mana lagu itu dikatakan mempunyai persamaan dengan lagu dari TheFatRat dan Laura Brehm, The Calling. Pengarahnya, Usamah Zaid Yasin, telah menjelaskan bahawa mereka tidak berniat untuk meniru lagu seperti yang dituntut oleh kebanyakan orang. Mereka mengarang lagu itu dengan menjadikan beberapa kumpulan muzik sebagai rujukan seperti Linkin Park dan Daft Punk.[2]

Apabila mereka menyedari bahawa lagu itu mempunyai persamaan dengan The Calling, mereka terkejut dan segera menghubungi TheFatRat untuk menjelaskan keadaannya dan memberikan mereka penghargaan kepada lagu tersebut dan sedikit royalti dari filem itu.[3]

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

  • Muat turun digital[4]
  1. "Bukalah Matamu" – 4:19

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 20 September 2019 Muat turun digital[4]
Penstriman digital[5]
Monkey Bone Records, WAU Animation

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bukalah Matamu - Aisyah Aziz, Bunga Lyrics Video (Ejen Ali The Movie OST)" YouTube. 20 September 2019. Retrieved on 20 September 2019.
  2. ^ Tuan Hafis Tuan Ludin (20 November 2019). OST Ejen Ali The Movie guna lagu ciplak? “Kami sedia kongsi royalti” - Pengarah terkejut, segera hubungi The Fat Rat mStar Online. Dicapai pada 29 Mei 2020.
  3. ^ Lagu Tema Ejen Ali The Movie didakwa ciplak lagu TheFatRat, ini penjelasan pengarah Astro Gempak. 20 November 2019. Retrieved 26 December 2019
  4. ^ a b "Bukalah Matamu - Single". iTunes Malaysia (MY). 20 September 2019. Dicapai pada 29 Mei 2020.
  5. ^ "Bukalah Matamu - Single by Aisyah Aziz and Bunga". Spotify. 20 September 2019. Dicapai pada 29 Mei 2020.