Bukan Cinta Malaikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bukan Cinta Malaikat
PengarahAziz M. Osman
Herdanous Larobu
PenerbitPuteri Lily Lokman
Mashal K.
Deeraj K.
Chandir Bagwandas
Lakon layar olehAziz M. Osman
Herdanous Larobu
Cerita olehAziz M. Osman
Dibintangi olehAshraf Muslim
Nora Danish
Fachry Albar
Donita
Muzik olehJoseph S. Diafar
Syarikat
penerbitan
Ace Motion Pictures
Ganesa Perkasa Films
PengedarEmpire Film Solutions
Mula ditayangkan
13 Julai 2017 (Indonesia)
25 Januari 2018 (Malaysia)
Tempoh tayangan
105 minit
NegaraMalaysia
Indonesia
BahasaBahasa Melayu
Bahasa Indonesia
PerbelanjaanRM1.2 juta[1]

Bukan Cinta Malaikat ialah sebuah filem drama 2017 kerjasama dua negara, Malaysia dan Indonesia arahan Aziz M. Osman terbitan bersama Ace Motion Pictures dan Ganesa Perkasa Films. Ia dibintangi oleh Ashraf Muslim, Nora Danish, Fachry Albar dan Donita sebagai pelakon utama.[2][3] Ditayangkan di Indonesia pada 13 Julai 2017, filem ini menerima keluaran tayangan rasmi di Malaysia pada 25 Januari 2018.[2][4]

Pada September 2018, Sinar Harian menyenaraikan Bukan Cinta Malaikat sebagai salah satu daripada 10 filem Malaysia dengan kutipan pecah panggung terendah 2018.[5]

Plot[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Dewi (Nora Danish) yang dibawa oleh neneknya, Suraya untuk ke Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi agar Dewi dapat melupakan kekasihnya, Adam (Ashraf Muslim). Suatu hari sewaktu di Madinah, satu insiden telah terjadi yang menyebabkan Dewi ditangkap pihak penguat kuasa. Bagaimanapun, Dewi berjaya membebaskan diri setelah dibantu seorang lelaki Indonesia bernama Reyhan (Fachry Albar), seorang sukarelawan Muslim Care yang berasal dari Bandung sedang bertugas di Wilayah konflik di Timur Tengah.

Dewi kembali ke kampung halamannya di Terengganu dan muncul Adam yang menagih cintanya kembali. Dewi pada mula keberatan tetapi akhirnya menerima Adam semula dan mereka berkahwin di pekan Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. Pada masa sama, Reyhan menyatakan hatinya yang sudah lama mencintai Dewi. Bermula dari situ, muncul pelbagai konflik dan kekeliruan yang akhirnya membawa kepada sebuah kejutan.

Seorang teman Reyhan dari zaman kanak-kanaknya, Aliyah (Donita) mengharapkan cinta Reyhan. Halangan demi halangan silih berganti demi menyatukan cinta di antara Dewi, Reyhan dan Adam.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Bukan Cinta Malaikat diarahkan bersama oleh Aziz M. Osman dan Herdanous Larobu yang turut menulis skrip dan mengolah cerita. Ace Motion Pictures dan Ganesa Perkasa Films mengendalikan urusan penerbitan, sementara Empire Film Solutions mengendalikan urusan pengedaran. Filem ini menjalani penggambaran pada Oktober 2016 dan beberapa lokasi penggambaran termasuk Makkah, Madinah, Arab Saudi; Bandung, Indonesia dan Terengganu, Malaysia.[6]

Filem ini menggabungkan pelakon dari Malaysia dan Indonesia.[6] Nora Danish yang sebelum ini berlakon dalam beberapa filem arahan Aziz, memegang watak sebagai Dewi. Ashraf Muslim yang memegang watak Adam, mengakui sukar untuk menggalas wataknya memandangkan ia jauh daripada perwatakan sebenar.[4] Pelakon Indonesia, Fachry Albar yang terkenal dengan peranan filem dan sinetron, memegang watak sebagai Reyhan, sukarelawan Muslim Care,[7] manakala Donita memegang watak sebagai Aliyah.[8][4]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Bukan Cinta Malaikat dikeluarkan pada 13 Julai 2017 di Indonesia[9] dan pada 28 Januari 2018 di Malaysia. Treler rasmi filem ini dikeluarkan pada 24 Mei 2017 bersempena dengan sambutan bulan puasa Ramadan.[10] Majlis tayangan amal filem ini diadakan di MBO Starling Mall, Damansara dan dianjurkan oleh Akademi Remaja Islam Austime (Arisma).[11] Filem ini mendapat ulasan positif dari pengkritik filem. Shazryn Mohd Faizal, menulis untuk mStar Online mendapati impak dan momentum filem ini tidak membuahkan hasil seperti mana yang boleh dilakukan terutamanya untuk mengangkat imej wanita Islam di kaca mata kaum sejenisnya dan juga kaum lelaki sendiri.[12] Dalam ulasan untuk Kompasiana, Irvan Sjafari melihat Bukan Cinta Malaikat sebagai sebuah "filem dengan idea yang cemerlang, tetapi hasilnya tidak membuahkan hasil".[13][a]

Pada September 2018, Bukan Cinta Malaikat disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 filem Malaysia dengan kutipan pecah panggung terendah bagi tahun 2018 oleh Sinar Harian, bersama-sama Makrifat Cinta dan Hantu Wangan dan tujuh lagi filem.[5]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Januari 2018, Fimtab Unik Sdn. Bhd. memfailkan tuntutan saman terhadap pengarah filem ini, Aziz M. Osman yang didakwa menukar nama syarikat itu kepada syarikat miliknya, Ace Motion Pictures pada kredit tajuk semasa tayangan perdana Bukan Cinta Mailaikat di e@Curve, Mutiara Damansara.[14] Aziz juga mendakwa, beliau meminta salinan asal filem itu daripada pihak Fimtab untuk disunting bagi edisi Malaysia. Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Ampang.[14] Meskipun kontroversi tersebut, filem ini menemui penonton di pawagam sehari kemudian.[14]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Asal: "...film dengan gagasan yang brilian, tetapi penggarapannya berantakan."

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki
Bibliografi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]