Bukan Gadis Biasa (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bukan Gadis Biasa
Genre
Berdasarkan daripada
Bukan Gadis Biasa oleh Liza Nur
PenciptaLiza Nur
Ditulis oleh
  • PGRs Team
  • Janjira
  • Rofa Azzahra
  • Chinta Nadeesha
PengarahAzman "Jinggo" Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanSatu - Zulhilmi
Lagu penutupAngkara - Aisha Husna
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28 Episod
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Uzair Haqimy
  • Luth Mikhail
PenerbitSheila Rusly
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
JS Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal23 April 2020 – 24 Mei 2020
Kronologi
MengikutiIroni Kasih
Diikuti olehNasi Kerabu Untuk Che Abe

Bukan Gadis Biasa merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Azman "Jinggo" Yahya, dibintangi oleh Ayda Jebat[1] dan Remy Ishak.[2] Diadaptasi daripada novel 2019 bertajuk sama karya Liza Nur[3][4] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 23 April 2020 menggantikan Ironi Kasih. Ini merupakan drama ketiga lakonan Ayda Jebat bersama JS Pictures selepas Cindai dan Dekatkan Jarak Kita.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[5]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Johana (Ayda Jebat) berubah perwatakan persis lelaki (tomboy) apabila terpaksa melalui kemelut kehidupan yang sukar semasa kecil dan terpaksa menjaga anak buahnya, Aisya setelah kematian kakaknya. Amirul (Mas Khan), jurulatih tinju kepada Johana meyimpan perasaan terhadapnya kerana tertarik dengan peribadi Johana yang penuh persoalan.

Rayyan (Remy Ishak) memiliki syarikat penyiasatan persendirian dan dia diupah oleh ayah saudaranya, Suffian (Zarul Husin) untuk menjejaki opahnya sendiri iaitu Aminah (Sheila Rusly) yang hilang dari rumah. Selepas meninggalkan rumah, Aminah yang sudah nyanyuk dan kurang siuman tersesat di tengah kota raya dan dibantu oleh Johana. Johana yang kasihan melihat Aminah membawanya pulang dan mereka tinggal bersama. Rayyan memulakan penyiasatan untuk mencari. Di situlah dia bertemu dengan Johana. Insiden demi insiden berlaku membuatkan Rayyan mula tertarik dengan Johana.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon sampingan[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  • "Satu" - Zulhilmi
  • "Angkara" - Aisha Husna

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Bukan Gadis Biasa menjadi subjek kecaman warganet terhadap solekan watak Opah Aminah dan aspek teknikal lain, penerbitnya Sheila Rusly berbangga kerana drama terbitannya ini mendapat sambutan hebat.[6][7] Dalam temuramah dengan Harian Metro, beliau berkata: "Saya tidak simpan dendam pun dengan sesiapa yang mengutuk, menghina, mencaci cela saya, produksi saya, suami dan pelakon-pelakon yang terbabit dalam Bukan Gadis Biasa. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka. Mungkin disebabkan kecaman mereka inilah Allah naikkan darjat drama ini. Saya tak ambil hati langsung dengan apa yang mereka komen di laman sosial saya, dekat forum atau blog mana-mana membincangkan berkenaan watak saya, perjalanan cerita serta kualiti cerita. Saya sikit pun tak ambil hati,".[8]

Penarafan[sunting | sunting sumber]

PENARAFAN TV NIELSEN AUDIENCE MEASUREMENT
EPISOD PERTAMA EPISOD AKHIR ATAS TALIAN JUMLAH TONTONAN SUMBER
11 juta
27 juta
[9][10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ayda Jebat Bukan Gadis Biasa Hot FM (13 April 2020). Dicapai pada 24 April 2020.
  2. ^ Mumtaj Begum (27 Mac 2020). #MYStayHome: Actor Remy Ishak is one with nature during the MCO The Star Online. Dicapai pada 24 April 2020.
  3. ^ Bukan Gadis Biasa TV3 My Infotaip. (23 April 2020). Dicapai Pada 18 April 2020.
  4. ^ Ridzuan Abdul Rahman (24 April 2020). Sukar dapat 'feel' bercinta Harian Metro. Dicapai pada 24 April 2020.
  5. ^ Bukan Gadis Biasa (2020): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 24 Mei 2020.
  6. ^ #Showbiz: There is a thin line between honest opinion and rude remarks, says Sheila Rusly New Straits Times (28 Mei 2020). Dicapai pada 6 Jun 2020.
  7. ^ Salma Syahbuddin (27 April 2020). “Rasa Macam Nak Tumbuk Je Opah Tu” Ramai ‘Naik Hantu’ Tonton Drama Bukan Gadis Biasa XTRA. Dicapai pada 5 Jun 2020.
  8. ^ Ridzuan Abdul Rahman (3 Jun 2020). Lagi dikecam, lagi orang tengok Harian Metro. Dicapai pada 6 Jun 2020.
  9. ^ Nur Asyikin Mayudin (3 Jun 2020). Hikmah dikecam 'Bukan Gadis Biasa' raih 11 juta tontonan - “Disebabkan kecaman itulah Allah naikkan darjat drama ini” mStar Online. Dicapai pada 5 Jun 2020.
  10. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (3 Jun 2020). Bukan Gadis Biasa raih 27 juta tontonan Berita Harian. Dicapai pada 5 Jun 2020.
TV3: Akasia, Isnin–Sabtu, 7:02 petang
Sebelumnya Bukan Gadis Biasa Berikutnya
Ironi Kasih Nasi Kerabu Untuk Che Abe