Pergi ke kandungan

Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Poster Bukan Kerana Aku Tak Cinta
GenreDrama
Aksi
Cinta
Konflik
Dendam
Berdasarkan daripada
Bukan Kerana Aku Tak Cinta
karya E-Man Sufi
Ditulis olehJanjira Rozie Rashid
Chinta Nadeesha
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Nelydia Senrose
Sharnaaz Ahmad
Iqram Dinzly
Lagu pembukaan"Salahkah" oleh Rossa & Hafiz Suip
Lagu penutup"Salahkah" oleh Rossa & Hafiz Suip
Negara asalMalaysia
Bahasabahasa Melayu
Bilangan episod60
Penerbitan
Penerbit eksekutifJalena Rejab
PenerbitZiela Jalil
Tempoh siaran30 minit
Syarikat penerbitan
Pena Creative Pictures
Penyiaran
Saluran asalAstro Mustika HD
Julung kali ditayangkan di
Malaysia
Siaran asal9 Dec 2013 – 22 April 2014 (2 episod akhir)
Kronologi
MengikutiJodoh Itu Milik Kita
Diikuti olehKusinero Cinta
Pautan luar
Laman sesawang

Bukan Kerana Aku Tak Cinta adalah siri drama televisyen Malaysia 2013 diadaptasi daripada sebuah novel dengan judul yang sama karya E-man Sufi, ditayangkan di slot drama Astro Mustika HD dari 9 Disember 2013. Siri drama inj dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose sebagai teraju utama.

Episod terakhir drama ini berjaya mendapat 800 ribu tontonan dan mencatat rekod tontonan tertinggi bagi saluran Astro Mustika.

Mengisahkan tentang seorang lelaki berdarah campuran Melayu-Cina berhijrah selepas melakukan banyak kejahatan sebelum ini. Ahmad Ziyad bin Iskandar Foo atau lebih dikenali sebagai Jebat, dibesarkan oleh keluarga gengster selepas ibu bapanya mati dibunuh. Bagaimanapun, Jebat berubah selepas satu kejadian dan bertemu pula dengan abangnya, Wahab dan majikan abangnya, Uwais yang banyak membantunya.

Ketika berhijrah, tidak pernah terlintas di hatinya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Namun, sifatnya yang tenang, rajin dan baik telah menarik hati Hannah Mastura binti Umar Mukhriz iaitu adik ipar majikannya. Pelbagai cara dilakukan Mastura untuk menarik perhatiannya sehingga Jebat berasa rimas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak pernah berputus asa. Jebat tidak pernah menyangka gadis cantik, kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang mempunyai parut di bahagian kening.

Selepas berkahwin dengan Mastura, satu persatu rahsia Jebat terbongkar. Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui suaminya dulu bekas ketua gengster? Mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]
Pelakon Utama Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Sharnaaz Ahmad sebagai Jebat / Ahmad Ziyad Iskandar Foo
Nelydia Senrose sebagai Hannah Mastura Umar Mukhriz

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Pelakon sampingan

[sunting | sunting sumber]
  • Awie Dean sebagai Fisya
  • Syamim Razi sebagai Daqiq
  • Nur Fateha sebagai Nafisa
  • Azhar Amir sebagai Ayah Budak

Runut Bunyi

[sunting | sunting sumber]

Lagu tema drama ini ialah, "Salahkah" nyanyian Rossa & Hafiz Suip.

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2014 Anugerah Astro On the Go Fan Choice Favorite Drama TV Show Bukan Kerana Aku Tak Cinta Menang
Favorite Fuyoo Actor Sharnaaz Ahmad Tercalon
Favorite Fuyoo Actress Nelydia Senrose Menang
2015 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 Pelakon TV Lelaki Popular Sharnaaz Ahmad Tercalon
Gandingan Serasi Di Layar Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose Tercalon
Anugerah MeleTOP Era Drama MeleTOP Bukan Kerana Aku Tak Cinta Menang
Pelakon TV MeleTOP Sharnaaz Ahmad Tercalon
Pelakon TV MeleTOP Nelydia Senrose Tercalon