Bukan Propaganda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Bukan Propaganda"
Single oleh Mawi dan Syamsul Yusof
daripada album OST Desolasi
Dikeluarkan pada14 Oktober 2016 (Digital)
Dirakam pada2016
GenreHip hop, R&B, Nasyid
Panjang3:49 minit
SyarikatArteffects Sdn. Bhd.
PenulisSyamsul Yusof
PenerbitHafiz Hamidun
Kronologi single Syamsul Yusof dan Mawi
"Kalah Dalam Menang"
(2016)
"Bukan Propaganda"
(2016)
"Menangislah"
(2018)
Video muzik
"Bukan Propaganda" di YouTube

"Bukan Propaganda" merupakan lagu nyanyian Syamsul Yusof dan Mawi yang dikeluarkan pada 14 Oktober 2016. Ia merupakan kolaborasi kedua mereka selepas lagu "Kalah Dalam Menang" dan juga lagu tema filem Desolasi yang ditayangkan pada 8 Disember 2016.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

"Bukan Propaganda" menandakan kolaborasi kedua Syamsul Yusof dan Mawi selepas berjaya dengan lagu "Kalah Dalam Menang" yang dimuatkan dalam filem Munafik. Lagu ini dicipta dan ditulis oleh Syamsul dan diterbitkan oleh Hafiz Hamidun untuk Arteffects Sdn. Bhd.[1][2]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video untuk "Bukan Propaganda" diarahkan oleh Syafiq Yusof yang juga pengarah filem Desolasi. Ia berlatarkan warna putih menampilkan Syamsul Yusof dan Mawi berpakaian serba hitam dan duduk di atas kerusi, di tengah mereka terdapat sebuah televisyen yang memaparkan sedutan adegan filem Desolasi.

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

  • Muat turun digital[3]
  1. "Bukan Propaganda" – 3:49

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 14 Oktober 2016[3] Muat turun digital
Media penstriman
Arteffects International

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zaidi Mohamad (2016-11-22). "Syamsul dedah alasan pilih Mawi rakan duet". Berita Harian. Dicapai 2017-02-27. 
  2. ^ Rudy Imran Shamsuddin (26 Mac 2017). "Mawi mahu 'curi' ilmu Syamsul". Harian Metro. Dicapai 2017-02-27. 
  3. ^ a b "Bukan Propaganda (From "Desolasi") - Single". iTunes Store (MY). Apple. 14 Oktober 2016. Dicapai 1 Mac 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]