Bukan Syurga Pilihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bukan Syurga Pilihan
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi daripada novel GANTUNG karya AH Clans terbitan NOVELPLUS
PengarahUngku Ismail Aziz
Dibintangi oleh
  • Ungku Ismail Aziz
  • Nadiya Nisaa
  • Fezrul Khan
Lagu pembukaanTersakiti nyanyian Fai Ramli
Lagu penutupTersakiti nyanyian Fai Ramli
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod40
Penerbitan
PenerbitMejar (K) David Teo
Syarikat penerbitan
MIG Productions Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima (Slot Tiara)
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal2 Januari 2023 – 24 Februari 2023
Kronologi
MengikutiJesnita
Diikuti olehIsteri Halal

Bukan Syurga Pilihan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Ungku Ismail Aziz dibintangi oleh beliau sendiri bersama Nadiya Nisaa, dan Fezrul Khan. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara, Astro Prima bermula 2 Januari 2023 menggantikan Jesnita.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Tihani Zahira, seorang wanita yang menjadi mangsa kekejaman rumah tangga dan telah diceraikan talak tiga oleh bekas suaminya, Zaid. Setelah itu, Zaid merayu mahu wanita itu kembali kepadanya dengan cara berkahwin dengan lelaki lain. Tetapi percaturan Zaid silap apabila Tihani Zahira berkahwin dengan lelaki yang sudah lama menyimpan perasaan pada wanita itu.[1]

Megat Ariff, seorang usahawan muda yang memendam perasaannya pada Tihani Zahira. Akhirnya, berjaya mengahwini wanita itu setelah Tihani diceraikan suaminya. Namun, perkahwinan mereka dibuat secara rahsia tanpa pengetahuan Bonda Megat Ariff, Toh Puan Ulya yang sangat mementingkan darjat dalam keturunannya. Toh Puan Ulya yang tidak mahu wanita biasa-biasa menjadi menantu, membuatkan Megat Ariff terpaksa menyorokkan perkahwinannya dengan Tihani Zahira.

Toh Puan Ulya mengatur strategi untuk memisahkan Megat Ariff dan Tihani Zahira. Segalanya rancangannya berjaya apabila Megat Ariff percaya dengan fitnah yang dibuat oleh bekas suami Tihani dan wanita itu dihalau dari rumah milik Megat Ariff sewaktu dia sarat mengandungkan anak pertama mereka.

Kehidupan Tihani berubah seratus peratus selepas dihalau. Sehingga dia menjadi gelandangan di ibu kota Kuala Lumpur. Tiada tempat bergantung hidup. Dan... Megat Ariff sendiri yang menghancurkan hidup Tihani.

Sepanjang tempoh menjadi gelandangan, Tihani terpaksa merempat di merata tempat sehingga dia melahirkan anak sulungnya tanpa suami di sisi. Melahirkan seorang anak istimewa tanpa sokongan sesiapa bukanlah sesuatu yang mudah. Setelah apa yang dia lalui, Tihani nekad mahu meneruskan hidupnya walaupun dia di gantung tak bertali.

Setelah kebenaran terbongkar, Megat Ariff kembali mencari Tihani dan mahu wanita itu kembali kepadanya. Namun, Tihani yang berubah keras menyukarkan Megat Ariff untuk memujuk wanita itu.

Sepanjang Megat Ariff memujuk Tihani, pelbagai peristiwa yang telah menimpa kehidupan mereka. Kejadian santau menyantau dilakukan oleh Toh Puan Ulya yang kejam dengan menggunakan khidmat Bomoh Paling Zalim iaitu Dukun Santet lakonan Didie Alias (penampilan khas) dan akhirnya ditumpaskan oleh Kyai Muda yang baru tamat pengajiannya di Pesantren, Ustaz Amirul lakonan Ashraf Muslim (penampilan khas).[2]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Ungku Ismail Aziz sebagai Megat Ariff
  • Nadiya Nisaa sebagai Tihani Zahira
  • Fezrul Khan sebagai Zaid
  • Aishah Ilias sebagai Sofeya
  • Azizah Mahzan sebagai Toh Puan Ulya
  • Neera Azizi sebagai Tina
  • Mardiana Alwi sebagai Syahrini
  • Ady Mohamad sebagai Nizam
  • Syaff Azahan sebagai Daniel
  • Natasha Carmaine sebagai Puteri Uzma
  • Fathil Dani sebagai Tahir
  • Qazem Nor sebagai Ady
  • Zarina Zainoordin sebagai Lidya
  • Fikhree Bakar sebagai Khairuddin
  • Manan Sulaiman sebagai Dato Borhan
  • Helvera Esmond sebagai Datin Mariam
  • Chumi Sandraj sebagai Nana
  • Thean Lo Jin sebagai Mary
  • Nasz Sally sebagai Kinah
  • Didie Alias sebagai Dukun Santet
  • Ashraf Muslim sebagai Ustaz Amirul
  • Hyeley sebagai Raysha
  • Ferth Jasni sebagai Megat Wazir
  • Nina Ariff sebagai Wafa
  • Shukry Ramlee sebagai Kamal
  • Rashdan Baba sebagai Dato Salman
  • Puteri Lofea sebagai Rania
  • Eleen Arisha sebagai Nadia
  • Ikhlas Jalil sebagai Luqman
  • Liha Rahim sebagai Zainab
  • Mazlee Razali sebagai Joe
  • Fauzan Aqmar sebagai Aqil
  • Hanna Qistina sebagai Julia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bukan Syurga Pilihan". Honeybie.com.
  2. ^ Drama Bukan Syurga Pilihan mCentralMY