Pergi ke kandungan

Bukit Agok

Koordinat: 4°54′01″U 114°46′58″T / 4.900259°U 114.782737°T / 4.900259; 114.782737
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bukit Agok
Bukit Agok (kiri) dilihat dari Jejambat Lugu
Titik tertinggi
Ketinggian68 meter (223 ka)
Koordinat4°54′01″U 114°46′58″T / 4.900259°U 114.782737°T / 4.900259; 114.782737
Geografi
Ralat Lua: bad argument #1 to 'len' (string expected, got nil).
NegaraBrunei
DaerahTutong
MukimKeriam

Bukit Agok ialah sebuah bukit di Mukim Keriam, Daerah Tutong, Brunei.

Bukit Agok di Mukim Keriam terletak di sempadan Daerah Tutong berhampiran Daerah Brunei-Muara,[1] di antara Tanjung Punyit dan pintu masuk ke Sungai Tutong.[2]

Padang Tembak Bukit Agok terletak di sebahagian kawasan bukit tersebut dan digunakan oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bagi latihan tembakan secara langsung.[3][4] Sebahagian besar kawasan pantai di sekitarnya tidak boleh diakses kerana Bukit Agok turut digunakan untuk ujian peluru berpandu ke laut.[1]

Di Bukit Agok, aktiviti merukyah anak bulan dijalankan bagi menentukan permulaan bulan Ramadan dan bulan-bulan Islam yang lain di Brunei.[5]

  1. ^ a b Gallop, C. H. (2005). Wanderer in Brunei Darussalam [Pengembara di Negara Brunei Darussalam] (dalam bahasa Inggeris). Marshall Cavendish. m/s. 35. ISBN 978-983-3346-52-3.
  2. ^ China Sea Pilot: The North-Western coast of Borneo, Philippine Islands from Cape Buliluyan in Palawan to Cape Bojeador in Luzon, and the islands and dangers in the Southern and Eastern parts of South China Sea [Juruterbang Laut China: Pantai Barat Laut Borneo, Kepulauan Filipina dari Cape Buliluyan di Palawan ke Cape Bojeador di Luzon, dan pulau-pulau serta bahaya di bahagian Selatan dan Timur Laut China Selatan] (dalam bahasa Inggeris). United Kingdom Hydrographic Office. 2018. m/s. 120. ISBN 978-0-7077-4511-4.
  3. ^ "Commander of the Royal Brunei Armed Forces' Working Visit to Bukit Agok Firing Range" [Lawatan Kerja Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke Padang Tembak Bukit Agok]. Kementerian Pertahanan (dalam bahasa Inggeris). 15 Jun 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Januari 2026. Dicapai pada 22 Januari 2026.
  4. ^ "Drone and Drone Jammer Training for the Selection of New Operators for 233 Squadron" [Latihan Dron dan Pencegah Dron bagi Pemilihan Pengendali Dron dan Pencegah Dron Baharu bagi Skuadron 233]. Kementerian Pertahanan (dalam bahasa Inggeris). 23 Mac 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Januari 2026. Dicapai pada 22 Januari 2026.
  5. ^ Mohamad Azmi Awang Damit (5 Jun 2016). "Anak bulan Ramadan tidak sabit kelihatan". Pelita Brunei. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Januari 2026. Dicapai pada 22 Januari 2026.