Pergi ke kandungan

Bukit Ambok

Koordinat: 4°49′U 114°40′T / 4.817°U 114.667°T / 4.817; 114.667
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bukit Ambok
Bukit Ambok dilihat dari Kompleks Sukan Tutong, 2026
Titik tertinggi
Ketinggian76.50 m (251.0 ka) [1]
Koordinat4°49′U 114°40′T / 4.817°U 114.667°T / 4.817; 114.667[2]
Geografi
Ralat Lua: bad argument #1 to 'len' (string expected, got nil).
NegaraBrunei
DaerahTutong

Bukit Ambok ialah bukit di Daerah Tutong, Brunei.[3]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Toponim Bukit Ambok muncul pada lembar peta Hydrographic Office (H.O.) Chart nombor 2123 bernama Tanjong Baram to Tanjong Nosong yang menjangkau kawasan daripada Tanjung Baram di Daerah Miri, Sarawak ke Tanjung Nosong di Daerah Kuala Penyu, Sabah yang diterbitkan pada Disember tahun 1941.[2][4] Ia juga dicatatkan dalam Gazetter (No. 8) – Borneo yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat.[2] Toponim bentuk muka bumi ini juga telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames dengan pengenal pasti Bukit Ambok dalam GeoNames ialah 1820942.[3]

Dalam bahasa Melayu Brunei dalam rumpun bahasa-bahasa Austronesia, perkataan ambok merujuk kepada monyet. Secara harfiah, padanan terjemahan untuk Bukit Ambok dalam bahasa Melayu ialah Bukit Monyet. Secara tidak langsung, padanan terjemahan ini memberi gambaran awal tentang asal-usul nama Bukit Ambok yang mana dinamakan sempena banyak populasi monyet yang mendiami kawasan itu. Tetapi pendapat ini ditentang oleh penutur bahasa Tutong itu sendiri. Sebaliknya, penamaan Bukit Ambok adalah bersempena dengan sejenis buah, iaitu mata kucing. Perkataan ambok berasal daripada ambug, iaitu perkataan lama bagi mata kucing yang digunakan oleh penduduk tempatan Tutong. Terdapat banyak pokok mata kucing yang tumbuh menyebabkan penduduk mula mengelar bukit ini sebagai Bukit Ambok.[5]

Bukit Ambok mempunyai ketinggian 76.50 meter (251.0 ka) dari aras permukaan laut. Kedudukan fizikal bukit ini terletak pada tebing utara Sungai Tutong, iaitu kira-kira 7.2 kilometer (4.5 bt) ke arah timur-timur luat daripada Kuala Tutong, iaitu muara sungai bagi Sungai Tutong di Laut China Selatan.[1] Bukit Ambok ditumbuhi semak samun yang rendah, dan kelihatan menonjol ke atas dan tampak berbeza dengan kawasan hutan yang tumbuh padat di sekelilingnya.[1][6]

Kebanyakkan tanah Bukit Ambok dilitupi hutan dengan tumbuhan malar hijau.[7] Topografi kawasan adalah rata.[8] Terdapat kira-kira 111 orang penduduk perkilometer persegi di persekitaran Bukit Ambok menjadikan taburan penduduk sekitar Bukit Ambok dalam kategori jarang.[9] Petempatan manusia yang terbesar yang berada paling hampir dengan Bukit Ambok ialah Pekan Tutong, 1.8 kilometer (1.1 bt) barat dari Bukit Ambok. Manakala Bandar Seri Begawan, iaitu ibu negara Brunei terletak pada arah timur laut dari Bukit Ambok iaitu sejauh 40 kilometer (24.9 bt).[8]

  1. ^ a b c United States Navy Hydrographic Office (1949). Sailing Directions for Soenda Strait and the Western Coast of Borneo and Off-lying Islands 1949: Including Cocos Islands, Christmas Island, Java Coast from Soenda Strait to Tandjoengpriok, Sumatra Coast from Soenda Strait to Palemban, Straat Bancka, Gaspar Straten and Straat Karimata [Arah Pelayaran ke Selat Sunda dan Pantai Barat Borneo dan Kepulauan Luaran: Termasuk Kepulauan Cocos, Pulau Krismas, Pesisiran Jawa dari Selat Soenda [Sunda] ke Tandjoengpriok [Tanjung Priok], Pesisiran Sumatera dari Selat Soenda [Sunda] ke Palemban [Palembang], Straat Bancka [Selat Bangka], Gaspar Straten [Selat Gaspar] dan Straat Karimata [Selat Karimata]] (dalam bahasa Inggeris) (ed. 4). Washington, D.C. m/s. 345. Dicapai pada 15 Mac 2024.
  2. ^ a b c Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 8) – Borneo [Gazetir (Ke-8) – Borneo] (dalam bahasa Inggeris). Washington: United States Goverment Printing Office. m/s. 1. Dicapai pada 15 Mac 2024.
  3. ^ a b "Bukit Ambok, Brunei" [Bukit Ambok, Brunei] (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 17 Januari 2026. Dicapai pada 17 Januari 2026.
  4. ^ Hydrographic Office (H.O.) Chart No. 2123 — China Sea: Tanjong Baram to Tanjong Nosong. Dismeber 1941. Dicapai pada 15 Mac 2024.
  5. ^ Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Haji Mohd Rozan. "An Introduction to the History of Geographical Names in Brunei" [Pengenalan kepada Nama Tempat Geografi di Brunei] (PDF). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 17 Januari 2026.
  6. ^ Sailing Directions (Enroute): Borneo, Jawa, Sulawesi, and Nusa Tenggara 2005 [Arah Pelayaran (Dalam Perjalanan): Borneo, Kawa, Sulawesi dan Nusa Tenggara 2005] (ed. 9). Lighthouse Press. 2005. m/s. 321. Dicapai pada 15 Mac 2024.
  7. ^ "NASA Earth Observations: Land Cover Classification" [Pemerhatian Bumi NASA: Klasifikasi Penutup Bumi]. NASA/MODIS. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2016. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  8. ^ a b "Viewfinder Panoramas Digital elevation Model" [Model Ketinggian Digital Viewfider Panoramas] (dalam bahasa Inggeris). 21 Jun 2015.
  9. ^ "NASA Earth Observations: Population Density" [Pemerhatian Bumi NASA: Kepadatan Penduduk]. NASA/SEDAC. Dicapai pada 30 Januari 2016.