Bukit Ampang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bukit Ampang terletak di Hulu Langat, bersebelahan dengan kawasan Ampang, Selangor. Jalan raya telah dibina sekitar 1985 dari Ampang menuju Pekan Batu 14, Hulu Langat sebagai jalan alternatif untuk mengelakkan kesesakan jalan raya Cheras-Kajang. Selain itu jalan dari Dusun Tua ke Kuala Lumpur dapat dipendekkan.

Di Bukit Ampang telah dibina Menara Tinjau Bukit Ampang yang membolehkan pengunjung mengambil gambar panorama senja di Kuala Lumpur. Jika tidak ada jerebu, Menara Petronas jelas kelihatan dari sini.

Di Bukit Ampang juga pernah mempunyai tapak pelupusan sampah yang besar bagi kawasan Kuala Lumpur, Lembah Kelang dan daerah Hulu Langat. Dua buruh Indonesia pernah mati tertimbus di kawasan sampah kerana mencari barang yang masih boleh digunakan. Oleh itu Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad selaku ADUN Dusun Tua ketika itu mengambil inisiatif menutup tapak pelupusan sampah ini.