Bukit Gantang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mukim Bukit Gantang
Coat of arms of Perak.svg
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Perak
Daerah Daerah Larut & Matang
Mukim Mukim Bukit Gantang
Keluasan N/A

Bukit Gantang merupakan mukim dalam daerah Taiping, negeri Perak Darul Redzuan. Mukim Bukit Gantang terletak di bawah pentadbiran Daerah Larut, Matang dan Selama. Mukim ini terletak bersempadanan dengan Mukim Kg. Buaya, Daerah Kuala Kangsar yang memisahkannya dengan sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Berapit. Terletak pada koordinat 4° 47' 0" Utara, 100° 46' 0" Timur. Kampung Bukit Gantang berhampiran Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan dengan Changkat Jering, Kampung Cheh, Matang, Padang Rengas, Kuala Sepetang dan lain-lain.

Nama gantang diambil daripada nama bukit, ditemui sejenis alat yang dinamakan gantang.[perlu rujukan] Gantang ialah sejenis alat untuk mengukur jumlah beras atau padi. Bentuknya seperti bentuk tong susu tepung Nestle yang bersaiz 2 kilo. Saiz yang lebih kecil ialah cupak. 4 cupak bersamaan 1 gantang.

Kawasan ini merupakan kawasan pertanian khususnya padi sawah , getah, kelapa sawit dan buah-buahan. Bukit Gantang mendapat julukan 'Tropical Fruit Village'. Hampir keseluruhan penduduknya terdiri daripada orang Melayu.

Sejarah awal Bukit Gantang[sunting | sunting sumber]

Satu ketika dahulu, Bukit Gantang pernah dijadikan sebagai sebuah pusat pentadbiran Jajahan Larut oleh Long Jaafar setelah dilantik sebagai Ketua daerah Larut[1] melalui perlantikan oleh ayahandanya Syed Alang Alauddin ibni Sultan Mudzaffar Syah III[2], Maharaja Benua Islam Siam Kedah pada tahun 1856. Syed Alang Alauddin juga bergelar Panglima Bukit Gantang.

Long Jaafar telah mendirikan sebuah kubu pertahanan di Pekan Bukit Gantang bagi menangkis serangan dari Thai dan Kedah semasa zaman pertengahan dahulu. Kota ini juga telah menyaksikan peperangan antara Thai dan Kedah terhadap Kerajaan Negeri Perak dan menyaksikan pertahanan utara negeri Perak jatuh kepada Thai dan Kedah yang mengakibatkan angkatan perang Perak terpaksa berundur ke Kuala Kangsar sebelum perjanjian damai antara Thai dan Perak ditandatangani.

Peperangan Siam dan Perak[sunting | sunting sumber]

Peperangan ini berlaku adalah disebabkan keengganan Kerajaan Perak menghantar Bunga Emas kepada Siam yang menyaksikan bahawa Kerajaan Perak berada dibawah naungan Siam. Walaubagaimanapun, Kerajaan Perak tidak mengiktirafkan. Sultan Kedah telah diarahkan oleh Kerajaan Siam untuk menyerang Kerajaan Perak kerana pada ketika itu Kerajaan Kedah berada dibawah jajahan Siam. Terdahulu dalam tahun 1767, Kerajaan Siam Ayutthaya telah ditawan oleh Sukhuthai dari Lannathai yang beragama Buddha. Dan selepas kejatuhan Kerajaan Islam Patani ke tangan Siam.

Zaman Keemasan Bukit Gantang[sunting | sunting sumber]

Semasa dibawah era pemerintahan Long Jaafar, Bukit Gantang telah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan awam seperti bangunan - bangunan kedai, pejabat - pejabat orang besar jajahan, Stesen Keretapi Bukit Gantang dan laluan jalanraya yang menghubungkan Bukit Gantang dengan Sg. Limau yang pada ketika itu dijadikan sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

Pada masa itu, pendapatan utama bagi Jajahan Larut adalah perlombongan bijih timah yang diusahakan di Taiping yang kebanyakkannnya diusahakan oleh imigran Cina Manchu Islam dari kumpulan Hai San dan Ghee Hin yang beragama Buddha dari Pulau Pinang melalui perjanjian dan konsesi yang dianugerahkan kepada mereka oleh Long Jaafar.

Stesen Keretapi yang pertama dibuat di Tanah Melayu adalah antara Taiping - Port Weld pada tahun 1885.[3]

Zaman Kesuraman Bukit Gantang[sunting | sunting sumber]

Apabila Syed Alang Alauddin mangkat dalam tahun 1862, Long Jaafar telah dilantik menjadi Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah bergelar Sultan Jaafar Mudazam Syah. Baginda kemudiannya melantik Ngah Ibrahim untuk menggantikan tempatnya sebagai Raja Larut. Ngah Ibrahim telah memindahkan Pusat Pentadbiran Jajahan Larut dari Bukit Gantang ke Matang kerana berpendapat bahawa Bukit Gantang terletak agak jauh dari Taiping.

Ketika Pusat Pentadbiran Jajahan Larut di Matang, Ngah Ibrahim telah menjadikan Pelabuhan Kuala Sepetang sebagai pelabuhan laut baru bagi menggantikan Pelabuhan Sungai Limau. Walaubagaimanapun, pergolakan dan campurtangan penjajah Inggeris telah bermula semasa era pemerintahan Ngah Ibrahim yang menyaksikan beliau telah dihukum buang negeri kerana terlibat dengan komplot pembunuhan Residen British yang Pertama di Perak iaitu Sir James Birch. Pada ketika ini, Bukit Gantang hanya menjadi sebuah Pekan Kecil yang mempunyai tinggalan - tinggalan sejarah seperti Kota Bukit Gantang, Tapak Stesen Keretapi Bukit Gantang, Makam Long Jaafar dan ahli - ahli keluarganya, Pejabat Penghulu serta makam - makam lama.

Wakil rakyat[sunting | sunting sumber]

Kampung[sunting | sunting sumber]

Antara kampung di sini ialah:

  • Kampung Bukit Gantang
  • Kampung Lorde
  • Kampung Seberang Ampang
  • Kampung Pauh
  • Kampung Senduk
  • Kampung Cheh
  • kampung Cheh Ulu
  • Kampung Changkat Ibol
  • Kampung Berchat
  • Kampung Banggol Rendang
  • Kampung Kubu
  • Kampung Chengal Jantan
  • Kampung Jelutong
  • Kampung Sungai Petai
  • Kampung Tengah
  • Kampung Dusun Batak

Masjid[sunting | sunting sumber]

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]