Bukit Ibam (kawasan negeri)
Kawasan pilihan raya ![]() | |||
---|---|---|---|
Bahagian pilihan raya negeri | |||
Badan perundangan | Dewan Undangan Negeri Pahang | ||
ADUN |
PN | ||
Kali terakhir dipertandingkan | 2022 |
Bukit Ibam merupakan sebuah bahagian pilihan raya negeri di Pahang, Malaysia yang mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dengan kod N.40.
Kawasan DUN ini memberi mandat kepada seorang ahli Dewan Undangan Negeri di DUN Pahang mengikut sistem undian terbanyak.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Daerah mengundi | Pemilih (2016) |
---|---|
Bandar Bukit Ibam | 1,566 |
Kampung Aur | 783 |
Kota Bahagia | 812 |
Bukit Serok | 799 |
Felda Keratong 2 | 2,593 |
Felda Keratong 3 | 1,992 |
Felda Keratong 5 | 2,196 |
Felda Keratong 7 | 1,752 |
Felda Keratong 4 | 2,388 |
Felda Keratong 1 | 3,341 |
Felda Selancar 1 | 1751 |
Jumlah | 19,974 |
Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.[1] |
Kawasan ini telah diciptakan pada tahun 1986 dalam kawasan Parlimen Rompin. Berdasarkan warta yang diperakui pada 29 April 2016, kawasan pilihan raya negeri ini mempunyai 11 daerah mengundi iaitu Bandar Bukit Ibam, Kampung Aur, Kota Bahagia, Bukit Serok, Felda Keratong 1, Felda Keratong 2, Felda Keratong 3, Felda Keratong 4, Felda Keratong 5, Felda Keratong 7 dan Felda Selancar 1.[1] Masing-masing mempunyai satu atau lebih pusat pengundian seperti Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam (Bandar Bukit Ibam), Sekolah Kebangsaan Kampong Aur (Kampung Aur), Sekolah Kebangsaan Ladang Kota Bahagia (Kota Bahagia), Sekolah Kebangsaan Bukit Serok (Bukit Serok), Sekolah Kebangsaan (Felda) Keratong 2 (Felda Keratong 2), Sekolah Kebangsaan (Lktp) Keratong 3 (Felda Keratong 3), Sekolah Agama Rakyat LKTP Keratong 5 (Felda Keratong 5), Sekolah Kebangsaan (LKTP) Keratong 7 (Felda Keratong 7), Sekolah Kebangsaan (LKTP) Keratong 4 (Felda Keratong 4), Sekolah Kebangsaan (LKTP) Keratong 1 (Felda Keratong 1) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Selancar (Felda Selancar 1).[2]
Demografi[sunting | sunting sumber]
Pecahan etnik pengundi kawasan negeri Bukit Ibam setakat 2018
Menurut pilihan raya negeri Pahang 2018, sebanyak 18,544 orang pengundi yang berdaftar yang terdiri daripada empat jenis kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Ia juga termasuk etnik Bumiputera Malaysia Timur dan Orang Asli Kebanyakkannya pengundi ialah beretnik Melayu dengan peratusan sebanyak 90.61, kemudian diikuti oleh etnik Orang Asli Semenanjung Malaysia (7.41%), India (1.1%), Cina (0.38%), lain-lain (0.31%) dan paling sedikit ialah Bumiputera Malaysia Timur (0.19%).[3]
Gambaran keseluruhan demografi pengundi di kerusi DUN Bukit Ibam | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Pilihan raya negeri | Kod DUN semasa | Etnik pengundi (dalam peratus) | Jumlah pengundi | |||
Melayu | Cina | India | Lain-lain | |||
Pilihan raya negeri Pahang 2018.[3] | N40 | 90.61 | 0.38 | 1.1 | 7.5 | 22,806 |
Sejarah pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Parti | Calon | Undian | % | ||
---|---|---|---|---|---|
BN | Samsiah Arshad | 9,448 | 50.95 | ||
PAS | Nazri Ahmad | 6,970 | 37.59 | ||
PH | Zulkurnain Mohamad Ridzuan | 2,126 | 11.46 | ||
Jumlah undi sah | 18,544 | 100.0 | |||
Jumah kertas undi ditolak | 310 | ||||
Kertas undi tidak dikembalikan | 0 | ||||
Keluar mengundi | 18,944 | 83.07 | |||
Pengundi berdaftar | 22,806 | ||||
Majoriti | 2,478 | 13.36 | |||
BN kekal | Peralihan | ? | |||
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b "Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-Syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Di Dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu Kali Keenam Tahun 2018" (PDF). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 1. 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-04-12. Dicapai pada 2018-05-15.
- ^ "Warta Kerajaan Persekutuan | Notis Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. 29 April 2016. m/s. 123. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-03-28. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
- ^ a b "2018第14屆全國大選成績表: 雪蘭莪" (PDF) (dalam bahasa Cina). Guang Ming Daily. 2018-05-11. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-11-05. Dicapai pada 2019-01-03.
- ^ "Semakan Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14". Semakan Keputusan Pilihan Raya. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020.
- ^ "14th General Election Malaysia (GE14/PRU14) - Pahang". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Julai 2021.