Bukit Jelutong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bukit Jelutong (anggaran. pop. 44,000) yang berada dalam kawasan seksyen U8 ialah sebuah bandar yang terletak di pinggir Pusat Bandar Shah Alam, ibu negeri Selangor, Malaysia. Bukit Jelutong dahulunya ialah sebuah ladang kelapa sawit dengan nama yang sama dan dimiliki Kumpulan Guthrie sehinggalah ia mula dimajukan menjadi perumahan dan pusat komersil pada tahun 1996 oleh Guthrie Property Holding Berhad (GPHB). Poskod bagi bandar ini ialah 40150 Shah Alam dan terletak dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Diperingkat pentadbiran, bandar ini diwakili oleh seorang ahli majlis manakala Zon 19 pula ialah zon yang merujuk kepada bandar ini di peringkat MBSA.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.