Bukit Koman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Bukit Koman terletak di Raub, Pahang, Malaysia. Penduduknya terdiri daripada kaum INDIA Cina dan Melayu. Di sini terdapat lombong emas yang telah lama beroperasi tetapi tinggal terbiar kerana tidak ekonomikal lagi. Namun kerja-kerja mengorek emas hendak dilakukan semula pada 1996.

Laporan alam sekitar[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Ogos 1996 Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGMSB) menyerahkan laporan PEIA. Laporan ini menyatakan tentang kualiti alam sekitar berikutan aktiviti alam sekitar berikutan aktiviti lombong emas dan kesannnya terhadap penduduk kampung yang tinggal brdekatan. Pada 13 Januari 1997, Ketua Pengarah Alam Sekitar yang meluluskan laporan Penilaian Awal Kesan Alam Sekitar (PEIA) meluluskan projek lombong emas di Bukit Koman.

Bantahan penduduk[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Mac 2008, 4 penduduk mewakili yang lain iaitu Bukit Koman iaitu Wong Kin Hoong, Chong Sow Pin, Hue Fui How dan Mustapha Hussin memfailkan permohonan kebenaran untuk diisytiharkan bahawa laporan EIA bagi lombong yang dicadangkan itu dan pengorekan emas dari lombong lama di Bukit Koman, yang dikemukakan oleh RAGMSB kepada KP Alam Sekitar, tidak memenuhi syarat dan peraturan dalam Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Mereka menamakan Ketua Pengarah Alam Sekitar dan RAGMSB sebagai responden. Mereka juga memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan KP yang meluluskan laporan PEIA.

Mereka merayu pengisytiharan bahawa keputusan KP pada 21 Februari 2009, yang menolak permohonan mereka bahawa RAGMSB diperlukan membuat dan menyediakan laporan EIA yang baru dan terperinci, adalah tidak adil dan tidak munasabah. Penduduk membantah penggunaan sianida di situ yang hendak dimulakan pada Februari 2009. Penduduk kampung telah membawa kes itu ke mahkamah.Ini kerana projek itu terletak hanya kira-kira tiga meter dari rumah mereka.

Keputusan mahkamah[sunting | sunting sumber]

Pada I Jun 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan menolak penghakiman semula dengan erti kata menolak bantahan penduduk kampung .Lebih 50 penduduk Kampung Bukit Koman hadir di mahkamah. Peguam mewakili penduduk Jessica Ram Binwani menyatakan alasan penolakan itu ialah lambat memfailkan permohonan kebenaran itu yang sepatutnya difailkannya dalam tempoh 40 hari pengeluaran laporan PEIA.[1]

Tahap kesihatan[sunting | sunting sumber]

Projek lombong emas di Bukit Koman, Raub tidak membahayakan kesihatan 3,000 penduduk walaupun bahan kimia beracun sianida digunakan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah mengumumkan laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kesihatan Pahang di Kuantan pada 25 Jun 2009.Kilang Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd memenuhi piawai kesihatan .Beliau turut menerima memorandum daripada Jawatankuasa Bertindak Menentang Penggunaan Sianida Bukit Koman di Parlimen. Kajian telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Geosains dan lain-lain. Negara Australia , Jerman dan lain-lain negara turut menggunakan bahan kimia sianida dalam kegiatan perlombongan emas mereka.[2]

  1. JAS telah meletakkan alat ukuran bunyi bising si situ dan mendapati tahap bunyi hanya 48.7 desibel iaitu masih di bawah paras yang ditetapkan JAS iaitu 55 desibel.
  2. Bau kurang menyenangkan sebenarnya masih di bawah paras yang ditetapkan JAS.
  3. Sampel air Sungai Koman dan sungai-sungai berdekatan tidak mengandungi sianida. Pemantauan berkala diteruskan .
  4. Kementerian Kesihatan mendapati tiada kesihatan penduduk terjejas akibat bahan kimia sianida.Pada Mac 2009 seramai 153 orang dikaji tahap kesihatan mereka. 93 orang diperiksa.6 daripada mereka mengadu sakit kepala dan pening. Doktor mengesahkan sakit kepala dan pening tiada kaitan dengan sianida.

Rujukan[sunting | sunting sumber]