Bukit Mahkota Kajang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Bukit Mahkota adalah sebuah bandar perumahan yang terletak di daerah Kajang, di negeri Selangor Darul Ehsan. Ianya telah dibangunkan oleh syarikat hartanah Lion Group Berhad.

Bukit Mahkota terletak bersebelahan dengan Bandar Seri Putra yang dimajukan oleh syarikat hartanah UM Land Sdn Bhd. Ia bersempadanan dengan pekan Bangi di utara, bandar Semenyih di timur, Bandar Nilai di selatan serta Sepang di barat.

Bandar ini dihubungkan terus dengan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban Mes-e37.png melalui plaza tol Putra Mahkota EXIT 213.

Oleh kerana kedudukan Bukit Mahkota berdekatan dengan Bandar Seri Putra dan pekan Bangi, banyak Kemudahan awam yang terdapat di Bandar Seri Putra dapat dinikmati oleh penduduk Bukit Mahkota, antaranya:

  • Tiga sekolah rendah awam, iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra,Sekolah kebangsaan Bandar Bukit Mahkota dan Sekolah Kebangsaan Bangi
  • Dua sekolah rendah agama, iaitu Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra, dan Sekolah Rendah Agama Al-Amin, Bangi
  • Sebuah sekolah menengah awam, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra
  • Pasar basah, Bangi
  • Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Perpustakaan awam Desa Mahkota
  • Balai polis Bandar Seri Putra, dan
  • Stesen KTM Komuter Bangi

Bandar ini turut dilengkapi dengan:-

Majoriti penduduk yang tinggal di bandar ini adalah Melayu Islam. Oleh kerana bilangan penduduk Islam yang semakin meningkat, sebuah masjid yang dinamakan Masjid At-Taqwa akan dibangunkan berdekatan bulatan jalan Seksyen 5 dan Seksyen 6.