Bukit Roppongi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bukit Roppongi
Bukit Roppongi yang dilihat dari Menara Tokyo
Map
Maklumat umum
LokasiMinato, Tokyo, Japan
Pembinaan bermula2000
Disiapkan pada
2003
PembukaanApril 23, 2003
PemilikMori Building
Maklumat ketinggian
Bumbung238 m (781 ka)[1]
Butiran teknikal
Bilangan tingkat
54
Keluasan tingkat
724,000 m2 (7,790,000 ka2)[2]
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekKohn Pedersen Fox Associates, PC was the Design Architect of the building, The Jerde Partnership was the Associate Architect for the Building

Bukit Roppongi (Roppongi Hills) merupakan bandar pintar terbesar di Tokyo, Jepun. Bandar ini merupakan bandar pintar dan moden yang dibuka pada tahun 2003. Di sini ia menempatkan pusat beli-belah yang menjual pelbagai barangan berjenama yang tidak boleh dimiliki di tempat lain, kehebatan reka bentuk bangunan di bandar itu, hasil kreativiti rakyat tempatan sememangnya cukup mengagumkan.

Selain pusat beli-belah Keyakizaka setinggi tujuh tingkat, termasuk tiga tingkat bawah tanah, bandar berkeluasan 11.6 hektar dan terletak di tengah-tengah kota kosmopolitan Tokyo itu turut menempatkan ibu pejabat Mori Building dikenali sebagai Menara Mori setinggi 54 tingkat.

Dibangunkan oleh syarikat pembangunan hartanah terkemuka tempatan bertaraf antarabangsa, Mori Building, di bandar moden itu juga dibangunkan empat bangunan kediaman dengan 837 unit yang berkonsep urban, Hotel Hyat Tokyo setinggi 21 tingkat, bangunan komersial Hollywood Beauty Plaza setinggi 12 tingkat dan bangunan ibu pejabat stesen televisyen TV Asahi setinggi lapan tingkat. Kira-kira 1,500 pekerja berkerja di kawasan itu, terutama dalam bidang teknologi maklumat (IT). Syarikat enjin pencarian Yahoo! turut membuka pejabat di situ.

Keyakizaka mempunyai 230 lot kedai berjenama antarabangsa seperti Louis Vuitton, Versace, Zara, dan Prada manakala di laluan pejalan kaki dipenuhi deretan kafe.

Pusat beli-belah itu mampu menarik seramai 200,000 pengunjung setiap hari yang sebahagian besarnya golongan pertengahan dan kaya.

Untuk mengimbangi pembangunan dan alam sekitar, pemaju menyediakan taman yang turut ditanam padi, yang terletak di aras bumbung Keyakizaka.

Bagi peminat seni, disediakan Mori Arts Center yang menganjurkan pameran kotemporari seperti seni rekaan pakaian, kejuruteraan dan seni media yang terletak di tingkat 54 di Menara Mori.

Dengan bayaran 1,500 yen (kira-kira RM50), pengunjung boleh memasuki Mori Arts Center, termasuk melihat pemandangan kota kosmopolitan Tokyo di dek peninjau di tingkat 53, yang terletak 250 meter dari aras laut.

Di Bukit Roppongi, United Buddy Bears turut dipamerkan pada tahun 2005 buat pertama kalinya di Jepun. Pameran ini dirasmikan oleh Presiden Republik Persekutuan Jerman, Horst Köhler, bersama-sama dengan Perdana Menteri Jepun, Junichiro Koizumi. Menurut Mori-Group, rakan kongsi projek ini di Tokyo, mereka mencatatkan lebih kurang 3 juta pengunjung sepanjang 6 minggu pameran.

Rujukan[sunting | sunting sumber]